JOM SERTAI KOMUNITI KITA JDT
Rabu, 12 Disember 2012
Perdana Menteri Malaysia dari tahun 1957 hingga 2009
Gambar kad pengenalan Perdana Menteri Malaysia dari tahun 1957 hingga 2009.
Kacak2 belaka semuanya masa muda.
JDTns - only in malaysia
Selasa, 11 Disember 2012
JOHOR FC, JOHOR DARUL TAKZIM
JOHOR FC AKAN DIKENALI SEBAGAI JOHOR DARUL TAKZIM
Titah baginda, Mengikut undang-undang yang telah ditetapkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Persatuan Bolasepak Negeri Johor diminta mengunakan nama kelab yang didaftarkan mengikut Persuruhjaya Sukan.
Sehubungan itu
Titah Baginda lagi, bagi pihak Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Baginda memohon maaf pada pihak media dan penyokong bolasepak Johor jikalau ada belaku salah faham atau kekeliruan berkaitan perkara ini.
#Ringkasan
PASUKAN JOHOR DARUL TAKZIM
- Liga Super 2013
- Pengurus/ Ketua Jurulatih - Fandi Ahmad
- Jurulatih - Ismail Ibrahim
- Pemain Pilihan - Daniel Guiza, Del Nero, Safee Sali, Safiq Rahim,
PASUKAN JOHOR
- Liga Perdana 2013
- Pengurus - Hj. On Jabbar
- Ketua Jurulatih - Azmi Mohamed
- Pemain Pilihan - Orlando, Andre Silva, Farid Ramli, Khairul Ismail
Usaha murni warga Komuniti FB Segamat
Meneruskan langkah usaha murni warga Komuniti FB Segamat, semoga usaha mendatang akan menarik lebih ramai penyertaan bukan sekadar "CAKAP LEBEH...HABUK TARAK...." dgn fb pun boleh wat benda elok terpulang pada individu tersebut. Kita mewakili Johor Darul Takzim. Tunjukan Nilai murni kita
supaya semua masyarakat dapat contohi.
JDTsas
Hajat remaja saksi Malaysia lawan Thai tidak kesampaian
Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 malam itu, motosikal yang dibonceng Mohd Sauki Amri Hassan, 17 bersama rakannya, Mohd Raushad Azhar, 17, dilanggar sebuah kereta dari belakang ketika hendak membelok ke kanan sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah kereta lain.
Mohd Sauki Amri meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Mohd Raushad yang cedera parah kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.
Bapa arwah Mohd Sauki Amri, Hassan Khalid, 51 berkata, anaknya itu baru saja selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 25 November lalu.
Menurutnya, pada pagi hari kejadian, Mohd Sauki yang merupakan anak keenam dari lapan beradik itu keluar bermain sepak takraw.
“Tiada perubahan yang ketara pada arwah, saya tak sangka kelmarin adalah hari terakhir dia bersama saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di Kampung Sungai Bunyi, di sini, semalam.
Hassan yang tidak dapat menahan kesedihan memberitahu anaknya itu ada berhajat untuk melanjutkan pelajaran di kolej kemahiran selepas mendapat keputusan SPM kelak.
“Saya terkejut apabila seorang rakan arwah datang ke rumah memberitahu mengenai Amri terlibat dalam kemalangan.
“Ketika diberitahu, saya seolah-olah tidak percaya kerana arwah baru saja keluar 30 minit dan masih lagi terbayang kata-katanya yang meminta izin daripada saya untuk keluar dari rumah,” katanya.
Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Parit Wakaf, Jalan Medan Sari, selepas solat Zohor, semalam.
Sementara itu, menurut rakan karib arwah, Fakrul Faiz Abd Rahman, 17, dia tidak menyangka kemalangan yang dilihat di depan mata melibatkan dua rakannya.
“Saya lihat ada kemalangan berlaku ketika dalam perjalanan menuju ke restoran, ketika itu saya tidak terlintas di fikiran Amri dan Raushad akan terlibat dalam kemalangan itu.
“Namun setelah menghampirinya, saya terkejut melihat nombor pendaftaran motosikal yang ditunggang Raushad,” katanya.
Fakrul Faiz berkata, dia, Amri, Raushad dan seorang lagi rakan Mohd Nor Azwan, biasanya akan keluar menonton perlawanan bola sepak bersama di sebuah restoran di Taman Pontian Jaya.
“Pada petang itu, saya ada menghubungi Amri untuk ajaknya keluar bersama-sama bagi menyaksikan perlawanan separuh akhir Malaysia bertemu Thailand,” katanya.
Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Zahaliman Jamin yang mengesahkan kejadian itu berkata, pemandu salah sebuah kenderaan yang melanggar mangsa dilaporkan melarikan diri, dan polis kini sedang berusaha menjejakinya.
JDTns- sinar
TMJ mohon maaf kekeliruan nama Johor Darul Takzim
SENAI - Pasukan Johor FC di bawah Perbadanan Johor (Johor Corporation) yang telah diambil alih sepenuhnya oleh Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) akan menggunakan nama baru iaitu Johor Darul Takzim.
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga Presiden PBNJ bertitah, mengikut undang-undang yang telah ditetapkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Persatuan Bolasepak Negeri Johor diminta menggunakan nama kelab yang didaftarkan mengikut Pesuruhjaya Sukan.
“Pasukan ini akan beraksi dalam saingan Liga Super musim hadapan. Manakala pasukan Johor yang beraksi dalam liga Perdana akan kekal menggunakan nama Johor.
“Baginda memohon maaf pada pihak media dan penyokong bola sepak Johor jikalau ada berlaku salah faham atau kekeliruan berkaitan perkara ini,” titahnya yang disampaikan menerusi Pegawai Media PBNJ, Ghazali Samad.
Pasukan Johor Darul Takzim akan beraksi dalam Liga Super 2012 dibawah pengurusan dan ketua jurulatih, Fandi Ahmad dibantu jurulatih Ismail Ibrahim yang disertai barisan pemain bintang seperti Daniel Guiza, Del Nero, Safee Sali, Safiq Rahim, Manakala pasukan Johor beraksi dalam Liga Perdana, diurus oleh On Jabbar dibantu ketua jurulatih, Azmi Mohamed bersama barisan pemain pilihan Orlando, Andre Silva, Farid Ramli, Khairul Ismail.
JDTns-sinar
Isnin, 10 Disember 2012
Piala FA: Fandi optimis Darul Takzim FC mampu mara jauh
Dalam undian Piala FA 2013 di Shah Alam hari ini, Darul Takzim akan menentang Perak pada perlawan pusingan pertama.
Ketika ditemui pemberita selepas undian itu, Fandi berkata pertemuan dengan Perak merupakan satu perlawanan yang dijangka sengit namum mereka memiliki kelebihan beraksi di laman sendiri.
Bagaimanapun, bintang lagenda bola sepak Singapura berusia 50 tahun itu tidak meletakkan sasaran awal meskipun pasukan itu dibarisi beberapa pemain kebangsaan termasuk penyerang Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha.
"Saya bagaimanapun berkeyakinan mampu mengembalikan pasukan ini sebagai sebuah pasukan yang disegani dalam masa dua tahun lagi," kata Fandi.
Pasukan Johor itu mula mendapatkan perhatian peminat bola sepak negara apabila mereka mula mendapatkan pemain-pemain bintang termasuk bekas kapten Selangor, Safiq Rahim serta pasangan kembar Mohamad Aidil dan Mohamad Zaquan Adha Abdul Radzak.
Pasukan itu turut membawa masuk bintang Sepanyol Daniel Guiza serta bekas pemain kelab Lazio dari Itali, Simone Del Nero untuk memantapkan lagi pasukan tersebut bagi menghadapi Liga Super musim depan.
Fandi berkata, kesemua pemain baharu yang mengikat kontrak bersama pasukan berkenaan akan menjalani latihan pusat sebaik sahaja skuad kebangsaan menamatkan aksi mereka pada Piala AFF Suzuki yang sedang berlangsung ketika ini.
Sementara itu, Perak merancang dua perlawanan persahabatan menentang kelab Liga Singapura, Balestier Khalsa FC dari Singapura pada 18 dan Johor pada 22 Disember ini sebagai persiapan terakhir menghadapi Liga Super 2013 yang bermula 8 Januari depan.
Ketua jurulatihnya, Mohd Azraai Khor Abdullah berkata, kelab Singapura itu telah mengesahkan perlawanan itu manakala Johor belum memberikan kata putus.
Beliau berkata, sekiranya pertemuan dengan Johor tidak dapat diadakan maka mereka akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan sebuah pasukan Liga Perdana bagi menguji barisan pemain.
Mengulas mengenai pertemuan dengan pasukan berstatus 'bintang', Darul Takzim itu, Mohd Azraai Khor berkata beliau yakin anak didiknya mampu memberikan persembahan terbaik pada perlawanan berkenaan.
"Saya akui begitu bermotivasi untuk bertemu pasukan Darul Takzim FC yang bakal dibarisi ramai pemain kebangsaan namun saya yakin anak buah saya mampu memberi kejutan pada perlawanan itu nanti," katanya.
Skuad Seladang sebelum ini telah berjaya mendapatkan beberapa pemain tempatan untuk memperkuatkan pasukan seperti bekas penjaga gol Negeri Sembilan, Mohd Farizal Marlias, bekas penyerang Terengganu Abdul Hadi Yahya, bekas pemain tengah Felda United Yong Kuong Yong dan bekas pertahanan Kedah, V. Thirumurugam.
Mereka turut mendapatkan khidmat dua pemain import iaitu bekas penyerang kelab BEC Tero Sasana, Karim Rouani dari Perancis dan bekas pertahanan kelab Bangkok Glass FC, Rafael Souza Silva Novais dari Brazil. - Bernama
JDTns
203 atlet ditawar biasiswa sukan
MERSING – Atlet yang cemerlang di peringkat kebangsaan dan antarabangsa akan ditawarkan biasiswa sukan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.
Setiausaha Bahagian Sukan kementerian itu, Dr. Saharudin Ismail berkata, sehingga kini seramai 203 atlet IPT telah ditawarkan pembiayaan biasiswa sukan bagi tahun ini.
“Penawaran biasiswa ini merupakan jumlah terbesar sejak ia diperkenalkan pada 2006. Setiap atlet akan mendapat manfaat sekaligus membantu menaikkan semangat kesukanan di kalangan mereka.
“Usaha ini dilihat dapat meningkatkan mutu atlet sekaligus mengharumkan negara dalam acara yang dipertandingkan,” katanya.
Beliau ditemui dalam majlis perasmian penutup Kursus Sparring Sistem Protective Scoring System (PSS) taekwondo KPT 2012, di Politeknik Mersing.
Saharudin berkata, usaha kementerian ini juga merupakan salah satu insentif bagi menggalakkan pembangunan sukan di kalangan penuntut IPT sektor tempatan mahupun swasta di negara ini.
“Ia juga merupakan usaha dalam membentuk golongan atlet yang berdaya saing di kalangan mereka,” katanya.
JDTns - sinar
Ahad, 9 Disember 2012
HARGA SAYUR MELAMBUNG
Tinjauan Sinar Harian ke lokasi berkenaan mendapati, faktor cuaca tidak menentu menyebabkan tanaman tidak menjadi hingga menyebabkan kekurangan bekalan di pasaran.
Peniaga sayur, Muhamad Khalid, 42, berkata, selain faktor cuaca, permintaan yang tinggi dari pelanggan ketika bekalan kurang menyebabkan peniaga terpaksa menaikkan harga barang tersebut.
“Bekalan seperti cili merah, tomato, sayuran hijau semakin berkurangan, harga yang dikenakan kepada kami berbeza dari kebiasaannya. Kami terpaksa menaikkan harga," katanya kepada Sinar Harian.
Bagi Hasnah Tapri, 50, dia mengakui harga sayur-sayuran meningkat sejak Hari Raya Aidiladha yang lalu dan menjangkakan harga barang akan kembali normal selepas Tahun Baru Cina.
“Sejak raya haji lepas, harga sayur meningkat, rata-rata pelanggan mengeluh harga dikenakan tinggi. Walau bagaimanapun, atas faktor cuaca yang tidak menentu setiap tahun, pelanggan kini sudah sedia maklum,” katanya.
Sementara itu, pelanggan, Aminah Tahar, 54, berkata, harga sayuran yang biasa dibelinya semakin naik malah tidak menunjukkan sebarang perubahan harga buat masa terdekat ini.
“Saya berharap musim tengkujuh ini bakal berakhir secepat mungkin seperti sedia kala dan harga akan kembali kepada asal seperti dulu supaya tidak membebankan pengguna,” katanya.
JDTns- sinar
Tanah penghujung benua Asia di Tanjung Piai
Promosikan tanah penghujung benua Asia.
Tanah penghujung benua Asia di Tanjung Piai akan terus menjadi ikon pelancongan kepada pengunjung dari dalam dan luar negara di daerah ini.
Ahli Parlimen Tanjung Piai, Datuk Wee Jeck Seng, berkata, usaha tersebut akan menjadi nilai tambah kepada promosi pelancongan Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ) kerana kawasan yang terletak di dalam Tanjung Piai (TNJTP) itu adalah lokasi penting selain Kukup Laut yang dikenali ramai
JDTns
Sabtu, 8 Disember 2012
1,272 usahawan IKS Johor terima TEKUN RM10.4 juta
seorang penerima sambil diperhatikan oleh Kamaruzaman Subari di Bakri, Muar semalam.
MUAR 7 Dis. - Sebanyak RM10.4 juta disalurkan pihak Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) kepada 1,271 pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) di Parlimen Bakri sejak Januari 2001 hingga awal bulan ini.
Pengurus TEKUN Parlimen Bakri, Kamaruzaman Subari berkata, pada tahun ini sahaja seramai 200 usahawan IKS telah menerima dana berjumlah RM2.09 juta, sekali gus melepasi sasaran peminjam iaitu seramai 120 orang.
"Peningkatan bilangan peminjam TEKUN bukan hanya berlaku di Parlimen Bakri, tetapi di seluruh negara berikutan peningkatan peruntukan yang disediakan kerajaan untuk membantu golongan usahawan dalam bidang IKS.
TMJ: 'Hadiah saya kepada rakyat Johor'
Jumaat, 7 Disember 2012
LEBIHAN BELANJAWAN 2013 JOHOR
NUSAJAYA - Kerajaan Johor hari ini membentangkan Belanjawan 2013 dengan lebihan RM4.4 juta apabila hasil negeri dianggar berjumlah RM908.66 juta dan perbelanjaan mengurus pula sebanyak RM904.26 juta.
Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman berkata hasil cukai tahun depan dianggar bertambah sebanyak RM24.93 juta, menjadikan hasil cukai keseluruhan berjumlah RM354.61 juta.
"Kutipan dari hasil bukan cukai pula dianggar meningkat sebanyak RM59.02 juta menjadikannya berjumlah RM358.94 juta manakala terimaan bukan hasil dianggar sebanyak RM196.29 juta," katanya ketika membentangkan Bajet Johor 2013 pada persidangan dewan undangan negeri, di sini.
Abdul Ghani berkata perbelanjaan mengurus sebanyak RM904.26 juta itu meliputi perbelanjaan emolumen dengan anggaran RM380.57 juta, perbelanjaan perkhidmatan dan bekalan sebanyak RM260.44 juta, perolehan aset (RM14.59 juta), pemberian dan kenaan bayaran tetap (RM231.22 juta) serta lain-lain perbelanjaan berjumlah RM17.44 juta.
Beliau berkata peruntukan pembangunan untuk tahun depan adalah sebanyak RM297.32 juta dengan RM62.75 juta daripadanya diperuntukkan kepada Pejabat Menteri Besar, RM83.46 juta bagi Jabatan Kerja Raya dan RM41.83 juta bagi pertanian dan pembangunan luar bandar.
Katanya sebanyak RM31.27 juta diperuntukkan kepada Jabatan Agama Negeri Johor, Kerajaan Tempatan dan Perumahan (RM12.46 juta), pejabat-pejabat daerah dan tanah (RM52.50 juta) manakala projek-projek pembangunan perhutanan dan pelancongan sebanyak RM10.55 juta.
Tabung Amanah Warisan Johor pula katanya terus melaksanakan aktiviti-aktiviti pelaburan untuk menjana pendapatan kepada kerajaan negeri.
"Daripada jumlah modal sebanyak RM390.40 juta, nilai kumpulan wang Tabung Amanah Warisan Negeri Johor sehingga akhir Oktober lepas terus mencatatkan peningkatan kepada RM413.59 juta berbanding RM348.75 juta, akhir tahun lepas.
"Prestasi tabung sehingga akhir Oktober lepas telah berjaya merekodkan jumlah keuntungan bersih sebanyak RM64.84 juta berbanding RM29.24 juta dalam tahun 2011," katanya.
Abdul Ghani berkata Bajet Johor 2013 yang bertemakan 'Mensejahterakan Rakyat' menggariskan tiga strategi utama iaitu menggalakkan pelaburan dan pemerkasaan modal insan; memperteguh pengurusan fiskal dan perkhidmatan awam; serta meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Beliau berkata, tahun depan, kerajaan negeri akan memberi penumpuan lebih khusus untuk menggalakkan pelaburan domestik memandangkan peratusan pelaburan tempatan terkumpul di Iskandar Malaysia telah meningkat kepada 63 peratus sehingga September lepas.
Katanya, bagi menjadikan Johor sebagai negeri pengeluar makanan yang utama di negara ini, kerajaan negeri akan membangunkan kawasan seluas 3,600 hektar di Mersing sebagai hab jaminan makanan untuk tanaman kontan dan ternakan ruminan selain pembangunan pengeluaran makanan di Kluang dan Kota Tinggi, ketika ini.
Dijangkakan hampir 5,500 unit rumah akan dibina tahun depan di bawah program Perumahan Rakyat (PPR) dengan 5,074 unit daripadanya untuk dijual atau disewa, katanya.
"Belanjawan 2013 akan mengambil kira semua potensi yang membawa Johor ke satu tahap lebih tinggi demi melimpahkan kemakmuran kepada rakyat. Kerajaan negeri yakin rakyat Johor sudah pun mula merasai pengalaman yang berbeza kesan kerancakan kegiatan pembangunan dan ekonomi yang sedang pesat sekarang," katanya. - Bernama
WIEF rasmi karavan hadiah Sultan Ibrahim
JOHOR BAHRU – Polis Johor menjadi satu-satunya pasukan polis di negara ini yang memiliki karavan yang akan dijadikan pusat arahan kawalan dan komunikasi bergerak polis negeri di bandar raya ini tidak lama lagi.
Karavan yang mula digunakan pada Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) Ke-8 bermula Selasa lalu dan berakhir semalam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, di sini, itu dianugerahkan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, karavan itu dianugerahkan oleh Sultan Ibrahim bagi memantapkan lagi tugas pasukan polis negeri ini dalam menjalankan amanah mereka terutama program yang berskala besar.
“Kita gembira dengan pemberian ini dan pasti kita akan menggunakan dan memanfaatkan karavan itu dalam menjalankan penugasan sejajar usaha memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Beliau berkata, selepas forum itu, karavan yang dilengkapi tempat tidur, dapur dan pelbagai kemudahan asas lain akan diletakkan di kawasan di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan dan di tempat lain berdasarkan keperluan.
Mengulas kawalan keselamatan daripada pihaknya sepanjang WIEF Ke-8 berlangsung, Mohd Mokhtar berkata, semuanya berjalan lancar dan setakat ini pelbagai pihak terlibat berpuas hati dengan komitmen polis pada forum itu.
“Seperti yang kita sudah maklumkan sebelum ini bahawa kita mempunyai anggota yang cukup dalam memastikan kelancaran penugasan polis sepanjang WIEF ini berlangsung dan sehingga kini semuanya berjalan seperti dirancang,” katanya.
JDTns - Sinar
Darul Takzim FC
Darul Takzim FC nama baru Johor
"Kami telah menerima permohonan Darul Takzim FC selepas mereka mengemukakan dokumen yang diperlukan, termasuk pengesahan dari Pejabat Komisioner Sukan tentang penukaran nama itu bulan lepas," kata Hamidin kepada Timesport.
"Kami tiada bantahan. Status quo Johor Liga Perdana akan kekal. Tunku Ismail Sultan Ibrahim adalah presiden Johor FA sementara Darul Takzim akan diuruskan oleh orang lain."
Pasukan Darul Takzim FC akan melibatkan pemain-pemain bintang seperti Muslim Ahmad, Aidil Zafuan, Zaquan Adha, Safiq Rahim, Norshahrul Idlan Talaha dan yang terkini, Safee Sali.
Dua pemain import, Simone Del Nero dan Dani Guiza juga akan beraksi untuk Darul Takzim FC.
JDTns -espnstar-my
Ekspo Aspirasi Sihat 8-9 Dis 2012 - KMM
Jom.
Geran tanah dinantikan penduduk Kampung Pesisir
Ketua Umno Cawangan Kampung Pesisir, Rosli Mohd Tahir berkata, biarpun telah dimaklumkan mengenai tapak kediaman di situ berstatus kekal, namun penduduk berasa bimbang kerana tiada geran tanah yang diperoleh.
“Tahun lepas, penduduk telah menerima khabar gembira daripada Ahli Parlimen Tanjong Piai, Datuk Wee Jeck Seng di mana kerajaan bersetuju mengekalkan tapak rumah penduduk, di sini.
“Selain itu, Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman juga pernah membuat lawatan ke sini, pada awal bulan lalu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Jelasnya, setiap tahun penduduk akan membuat permohonan ke pejabat tanah daerah bagi mendapatkan geran tanah kediaman mereka.
Biarpun sukar untuk memperoleh sebarang geran pada masa terdekat ini, namun Kerajaan Negeri boleh mempertimbangkan untuk memberikan penduduk status pajak atau Lesen Menduduki Sementara (TOL).
“Kami tidak pernah berputus asa berusaha memohon dan merayu agar diberikan geran tanah ke atas kawasan kediaman yang telah kami huni sejak 30 tahun lalu,
“Kami berharap agar kerajaan negeri mempertimbangkan untuk memberikan kami status pajak atau TOL kepada kami,” ujarnya.
Sementara itu, penduduk yang ditemui, Yusof Awang, 65, berkata, kunjungan yang sering diadakan pelbagai pihak dan agensi kerajaan sedikit melegakan penduduk.
Namun, katanya, selagi penduduk tidak diberikan sebarang surat atau geran tapak tanah rumah, kebimbangan tetap ada.
“Kampung ini pada mulanya hanya dihuni lapan penduduk sahaja, namun semakin lama semakin ramai yang tinggal di sini terutamanya golongan nelayan dan penarik beca.
“Sehingga hari ini, lebih daripada 45 rumah ada di Kampung Pesisir yang terletak berhampiran dengan Sungai Pontian Kechil,” katanya.
Bagi, Halifah Hamzah, 62, pula memberitahu, dia sudah tinggal di Kampung Pesisir sejak berusia 17 tahun lagi.
“Keadaan ketika itu tidak sama seperti hari ini. Kini, pelbagai kemudahan dinikmati penduduk,” katanya.
JDTns- Sinar
RM3.5 juta baiki saliran atasi banjir
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Batu, Cheong Chin Liang berkata, tiga projek berkenaan iaitu di Kelapa Sawit, Batu 21 dan Kampung Bukit Batu sudah siap manakala Batu 24 yang kini memasuki fasa kedua dijangka siap pada pertengahan bulan ini.
"Kesemua projek membaiki saliran dan pembetungan itu membabitkan dua fasa yang kesemuanya melibatkan peruntukan sebanyak RM3.5 juta. Kawasan yang terlibat dengan projek berkenaan menunjukkan perubahan apabila kekerapan terlibat dalam banjir sudah berkurangan.
JDT-utusan
DYMM SULTAN JOHOR DARUL TAKZIM
D.Y.M.M SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR
SULTAN DAN YANG DIPERTUAN BAGI NEGERI DAN JAJAHAN TAKLUK JOHOR DARUL TA'ZIM
- D.Y.M.M Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, diputerakan pada 22hb. November 1958 di Hospital Besar Johor Bahru (Sekarang Hospital Besar Sultanah Aminah)
- Putera pertama dari sepuluh (10) orang adik beradik, Baginda mula menerima pelajaran di Taman Didikan Kanak-Kanak Tunku Ampuan Mariam Johor Bahru kemudian memulakan pelajaran formal di Sekolah Temenggong Abdul Rahman (1), Johor Bahru.
- Paduka ayahandanya D.Y.M.M Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail telah menghantar D.Y.M.M Tuanku belajar di Trinity Grammer School Australia pada tahun 1968 hingga 1970.
- Setelah tamat persekolahan, D.Y.M.M Tuanku telah dihantar ke Pusat Latihan Tentera Darat (PULADA), Kota Tinggi, selama 3 tahun untuk menerima latihan asas ketenteraan.
- Dalam bidang kesukanan pula, permainan polo merupakan permainan yang sangat-sangat digemari dan juga merupakan seorang pemain polo yang sangat handal dan terkemuka bukan sahaja di negeri ini bahkan dirantau Asia.D.Y.M.M Tuanku pernah menyertai permainan polo di Singapura, Manila dan Brunei.
- Selain bermain polo, D.Y.M.M Tuanku juga gemar bermain tenis, boating (Water ski), payung terjun, menembak dan memandu kereta laju (sport car).
- D.Y.M.M Tuanku sangat mengambil berat tentang kegiatan-kegiatan sosial di dalam negeri dan amat mesra dengan rakyat. D.Y.M.M Tuanku ialah Penaung Persatuan Bulan Sabit Merah Negeri Johor.
- D.Y.M.M Tuanku telah dilanik sebagai Tunku Mahkota Johor di dalam satu upacara yang sederhana tetapi penuh istihadat di Istana Besar Johor Bahru pada 3hb. Julai 1981. Pelantikan ini telah dilakukan oleh ayahandanya iaitu Almarhum D.Y.M.M Sultan Iskandar dengan disaksikan oleh Yang Maha Mulia Sultanah Zanariah, Kerabat-Kerabat Damping, Ahli Jumaah Majlis DiRaja, Pembesar-Pembesar Negeri dan Orang-Orang Kenamaan.
- D.Y.M.M. telah dilantik Pemangku Raja pada Hari Jumaat 22 Januari
2010 bersamaan 6 Safar 1431 Hijrah kerana ayahandanya gering.
Dimasyurkan sebagai Sultan Johor pada hari Sabtu 23 Januari 2010
bersamaan 7 Safar 1431 Hijrah setelah ayahandanya mangkat.
D.Y.M.M RAJA ZARITH SOFIAH BINTI ALMARHUM SULTAN IDRIS SHAH D.K. (JOHOR) S.P.M.J, S.P.C.M.
- D.Y.M.M Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah Al Mutawakkil Alallahi Shah, dilahirkan pada 14hb. Ogos 1959 di Hospital Batu Gajah, Perak.
- Beliau ialah puteri kedua dan anakanda yang ketiga kepada D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Perak dan D.Y.M.M. Raja Perempuan Perak.
- D.Y.M.M Raja Zarith Sofiah mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Datin Khadijah Kuala Kangsar hingga darjah enam. Setelah tamat pengajian di sekolah rendah, Beliau meneruskan pelajaran ke tingkatan satu di Sekolah Jenis Kebangsaan Raja Perempuan Kalsom Kuala Kangsar.
- Dalam bulan September 1972, D.Y.M.M Raja Zarith Sofiah telah melanjutkan pelajaran di Chaltenham Ladies College, di England hingga tingkatan enam.
- D.Y.M.M Raja Zarith Sofiah pada bulan September 1977 meneruskan pelajarannya di Davies's College, London dan tahun berikutnya diterima masuk ke Somerville College, di Universiti Oxford setelah lulus peperiksaan Oxford Entrance Examination.
- Beliau tamat pengajian di Universiti Oxford dengan mendapat Ijazah Bachelors of Arts dalam bulan Jun 1983 dan mengikut tradisi Universiti Oxford, D.Y.M.M Raja Zarith Sofiah telah menerima Ijazah Master of Arts selepas tiga tahun iaitu dalam tahun 1986.
- Dalam tahun 1980 D.Y.M.M Raja Zarith Sofiah telah berpeluang melawati Turki dan Mekah untuk menunaikan umrah bersama Paduka ayahanda dan bonda serta keluarga. Pada tahun 1985, D.Y.M.M Raja Zarith Sofiah telah menunaikan Haji bersama D.Y.M.M. Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan dan Yang DiPertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim.
- Seperti juga ayahandanya, D.Y.M.M Raja Zarith Sofiah adalah seorang yang kaya dengan bakat seni terutama sekali seni lukisan dan lukisan-lukisannya pernah menjadi hiasan buku cenderamata Pesta Lukisan Kanak-Kanak.
- D.Y.M.M Raja Zarith Sofiah seorang yang peramah dan mempunyai jiwa rakyat dan sentiasa menyedari dan menghargai segala pengorbanan anggota-anggota Pasukan Keselematan.
- Pada bulan Mac 1983, Paduka ayahandanya D.Y.M.M. Sultan Perak telah berkenan menganugerahkan Darjah Kebesaran 'Seri Paduka Cura DiManjakini (S.P.C.M.) kepada D.Y.M.M Raja Zarith Sofiah.
MERCU TANDA BANDAR DIRAJA DI MUO
MERCU tanda beridentiti empat gading gajah dan mahkota di atasnya terletak di bulatan Sulaiman dibuka kepada umum sempena Hari Keputeraan Sultan Johor dan Perisytiharan Bandar Maharani Bandar Diraja di Muar.Binaan yang begitu signifikan itu mendapat pembiayaan sepenuhnya daripada kerajaan negeri dan dilengkapi dengan laluan pejalan kaki, air pancut, landskap dan lampu warna warni yang mencantikkan lagi bandar ini pada waktu malam.Bulatan di mercu tanda itu dapat menghubungkan lima jalan utama di bandar ini iaitu Jalan Arab, Jalan Khalidi, Jalan Ibrahim, Jalan Sulaiman dan Jalan Temenggong Ahmad. -
JDTns
DITAJA OLEH
IKLAN BERBAYAR
Kepada yang berminat untuk mengiklankan perniagaan dan Individu sila hantarkan pemohonan ke email :
johordarultakzimjdt@gmail.com