IKLAN

JOM SERTAI KOMUNITI KITA JDT

Memaparkan catatan dengan label jdt. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jdt. Papar semua catatan

Jumaat, 7 Disember 2012

WIEF rasmi karavan hadiah Sultan Ibrahim

 Karavan yang dianugerahkan oleh Sultan Johor mula digunakan sempena tiga hari persidangan WIEF.

JOHOR BAHRU – Polis Johor menjadi satu-satunya pasukan polis di negara ini yang memiliki karavan yang akan dijadikan pusat arahan kawalan dan komunikasi bergerak polis negeri di bandar raya ini tidak lama lagi.

Karavan yang mula digunakan pada Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) Ke-8 bermula Selasa lalu dan berakhir semalam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, di sini, itu dianugerahkan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, karavan itu dianugerahkan oleh Sultan Ibrahim bagi memantapkan lagi tugas pasukan polis negeri ini dalam menjalankan amanah mereka terutama program yang berskala besar.

“Kita gembira dengan pemberian ini dan pasti kita akan menggunakan dan memanfaatkan karavan itu dalam menjalankan penugasan sejajar usaha memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Beliau berkata, selepas forum itu, karavan yang dilengkapi tempat tidur, dapur dan pelbagai kemudahan asas lain akan diletakkan di kawasan di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan dan di tempat lain berdasarkan keperluan.

Mengulas kawalan keselamatan daripada pihaknya sepanjang WIEF Ke-8 berlangsung, Mohd Mokhtar berkata, semuanya berjalan lancar dan setakat ini pelbagai pihak terlibat berpuas hati dengan komitmen polis pada forum itu.

“Seperti yang kita sudah maklumkan sebelum ini bahawa kita mempunyai anggota yang cukup dalam memastikan kelancaran penugasan polis sepanjang WIEF ini berlangsung dan sehingga kini semuanya berjalan seperti dirancang,” katanya.

JDTns - Sinar

Darul Takzim FC

Darul Takzim FC nama baru Johor

Pasukan Liga Super, Johor FC akan dikenali sebagai Darul Takzim FC mulai musim depan.
Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin semalam megesahkan mereka telah menerima permohonan penukaran nama pasukan itu.

"Kami telah menerima permohonan Darul Takzim FC selepas mereka mengemukakan dokumen yang diperlukan, termasuk pengesahan dari Pejabat Komisioner Sukan tentang penukaran nama itu bulan lepas," kata Hamidin kepada Timesport.

"Kami tiada bantahan. Status quo Johor Liga Perdana akan kekal. Tunku Ismail Sultan Ibrahim adalah presiden Johor FA sementara Darul Takzim akan diuruskan oleh orang lain."

Pasukan Darul Takzim FC akan melibatkan pemain-pemain bintang seperti Muslim Ahmad, Aidil Zafuan, Zaquan Adha, Safiq Rahim, Norshahrul Idlan Talaha dan yang terkini, Safee Sali.

Dua pemain import, Simone Del Nero dan Dani Guiza juga akan beraksi untuk Darul Takzim FC.

JDTns -espnstar-my

Ekspo Aspirasi Sihat 8-9 Dis 2012 - KMM


Ekspo Aspirasi Sihat pada 8-9 Disember 2012 di Padang SMK Dato' Mohd Yunos Sulaiman Pekan Nanas Pontian anjuran kementerian Kesihatan, infosihat bersama-sama Pejabat Dearah Pontian.

Jom.

Geran tanah dinantikan penduduk Kampung Pesisir


Kampung Pesisir mempunyai kira-kira 400 penduduk yang rata-ratanya dalam kalangan nelayan.

PONTIAN - Kira-kira 400 penduduk di Kampung Pesisir dekat Jalan Sekolah Arab, di sini, berharap tanah yang didiami sejak 30 tahun lalu, diluluskan untuk pemilikan tetap oleh Kerajaan Negeri.

Ketua Umno Cawangan Kampung Pesisir, Rosli Mohd Tahir berkata, biarpun telah dimaklumkan mengenai tapak kediaman di situ berstatus kekal, namun penduduk berasa bimbang kerana tiada geran tanah yang diperoleh.

“Tahun lepas, penduduk telah menerima khabar gembira daripada Ahli Parlimen Tanjong Piai, Datuk Wee Jeck Seng di mana kerajaan bersetuju mengekalkan tapak rumah penduduk, di sini.
“Selain itu, Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman juga pernah membuat lawatan ke sini, pada awal bulan lalu,” katanya kepada  Sinar Harian, semalam.

Jelasnya, setiap tahun penduduk akan membuat permohonan ke pejabat tanah daerah bagi mendapatkan geran tanah kediaman mereka.

Biarpun sukar untuk memperoleh sebarang geran pada masa terdekat ini, namun Kerajaan Negeri boleh mempertimbangkan untuk memberikan penduduk status pajak atau Lesen Menduduki Sementara (TOL).

“Kami tidak pernah berputus asa berusaha memohon dan merayu agar diberikan geran tanah ke atas kawasan kediaman yang telah kami huni sejak 30 tahun lalu,
“Kami berharap agar kerajaan negeri mempertimbangkan untuk memberikan kami status pajak atau TOL kepada kami,” ujarnya.

Sementara itu, penduduk yang ditemui, Yusof Awang, 65, berkata, kunjungan yang sering diadakan pelbagai pihak dan agensi kerajaan sedikit melegakan penduduk.

Namun, katanya, selagi penduduk tidak diberikan sebarang surat atau geran tapak tanah rumah, kebimbangan tetap ada.

“Kampung ini pada mulanya hanya dihuni lapan penduduk sahaja, namun semakin lama semakin ramai yang tinggal di sini terutamanya golongan nelayan dan penarik beca.

“Sehingga hari ini, lebih daripada 45 rumah ada di Kampung Pesisir yang terletak berhampiran dengan Sungai Pontian Kechil,” katanya.
Bagi, Halifah Hamzah, 62, pula memberitahu, dia sudah tinggal di Kampung Pesisir sejak berusia 17  tahun lagi.
“Keadaan ketika itu tidak sama seperti hari ini. Kini, pelbagai kemudahan dinikmati penduduk,” katanya.

JDTns- Sinar

RM3.5 juta baiki saliran atasi banjir

Sebahagian penerima sumbangan wang ehsan banjir di Kompleks Penghulu Mukin Sedenak, Kampung Air Manis, Kulaijaya, semalam. 
 
KULAIJAYA 6 Dis. - Bagi mengatasi masalah banjir yang sering berlaku di Bukit Batu dan kawasan sekitarnya, sebanyak RM3.5 juta diperuntukkan untuk empat projek membaiki saliran dan pembetungan melibatkan kawasan Batu 24, Batu 21, Kelapa Sawit dan Kampung Bukit Batu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Batu, Cheong Chin Liang berkata, tiga projek berkenaan iaitu di Kelapa Sawit, Batu 21 dan Kampung Bukit Batu sudah siap manakala Batu 24 yang kini memasuki fasa kedua dijangka siap pada pertengahan bulan ini.

"Kesemua projek membaiki saliran dan pembetungan itu membabitkan dua fasa yang kesemuanya melibatkan peruntukan sebanyak RM3.5 juta. Kawasan yang terlibat dengan projek berkenaan menunjukkan perubahan apabila kekerapan terlibat dalam banjir sudah berkurangan.

JDT-utusan

DYMM SULTAN JOHOR DARUL TAKZIM

D.Y.M.M SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR
SULTAN DAN YANG DIPERTUAN BAGI NEGERI DAN JAJAHAN TAKLUK JOHOR DARUL TA'ZIM

  1. D.Y.M.M Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, diputerakan pada 22hb. November 1958 di Hospital Besar Johor Bahru (Sekarang Hospital Besar Sultanah Aminah)
  2. Putera pertama dari sepuluh (10) orang adik beradik, Baginda mula menerima pelajaran di Taman Didikan Kanak-Kanak Tunku Ampuan Mariam Johor Bahru kemudian memulakan pelajaran formal di Sekolah Temenggong Abdul Rahman (1), Johor Bahru.
  3. Paduka ayahandanya D.Y.M.M Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail telah menghantar D.Y.M.M Tuanku belajar di Trinity Grammer School Australia pada tahun 1968 hingga 1970.
  4. Setelah tamat persekolahan, D.Y.M.M Tuanku telah dihantar ke Pusat Latihan Tentera Darat (PULADA), Kota Tinggi, selama 3 tahun untuk menerima latihan asas ketenteraan.
  5. Dalam bidang kesukanan pula, permainan polo merupakan permainan yang sangat-sangat digemari dan juga merupakan seorang pemain polo yang sangat handal dan terkemuka bukan sahaja di negeri ini bahkan dirantau Asia.D.Y.M.M Tuanku pernah menyertai permainan polo di Singapura, Manila dan Brunei.
  6. Selain bermain polo, D.Y.M.M Tuanku juga gemar bermain tenis, boating (Water ski), payung terjun, menembak dan memandu kereta laju (sport car).
  7. D.Y.M.M Tuanku sangat mengambil berat tentang kegiatan-kegiatan sosial di dalam negeri dan amat mesra dengan rakyat. D.Y.M.M Tuanku ialah Penaung Persatuan Bulan Sabit Merah Negeri Johor.
  8. D.Y.M.M Tuanku telah dilanik sebagai Tunku Mahkota Johor di dalam satu upacara yang sederhana tetapi penuh istihadat di Istana Besar Johor Bahru pada 3hb. Julai 1981. Pelantikan ini telah dilakukan oleh ayahandanya iaitu Almarhum D.Y.M.M Sultan Iskandar dengan disaksikan oleh Yang Maha Mulia Sultanah Zanariah, Kerabat-Kerabat Damping, Ahli Jumaah Majlis DiRaja, Pembesar-Pembesar Negeri dan Orang-Orang Kenamaan.
  9. D.Y.M.M. telah dilantik Pemangku Raja pada Hari Jumaat 22 Januari 2010 bersamaan 6 Safar 1431 Hijrah kerana ayahandanya gering. Dimasyurkan sebagai Sultan Johor pada hari Sabtu 23 Januari 2010 bersamaan 7 Safar 1431 Hijrah setelah ayahandanya mangkat.

    D.Y.M.M RAJA ZARITH SOFIAH BINTI ALMARHUM SULTAN IDRIS SHAH D.K. (JOHOR) S.P.M.J, S.P.C.M.

  1. D.Y.M.M Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah Al Mutawakkil Alallahi Shah, dilahirkan pada 14hb. Ogos 1959 di Hospital Batu Gajah, Perak.
  2. Beliau ialah puteri kedua dan anakanda yang ketiga kepada D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Perak dan D.Y.M.M. Raja Perempuan Perak.
  3. D.Y.M.M Raja Zarith Sofiah mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Datin Khadijah Kuala Kangsar hingga darjah enam. Setelah tamat pengajian di sekolah rendah, Beliau meneruskan pelajaran ke tingkatan satu di Sekolah Jenis Kebangsaan Raja Perempuan Kalsom Kuala Kangsar.
  4. Dalam bulan September 1972, D.Y.M.M Raja Zarith Sofiah telah melanjutkan pelajaran di Chaltenham Ladies College, di England hingga tingkatan enam.
  5. D.Y.M.M Raja Zarith Sofiah pada bulan September 1977 meneruskan pelajarannya di Davies's College, London dan tahun berikutnya diterima masuk ke Somerville College, di Universiti Oxford setelah lulus peperiksaan Oxford Entrance Examination.
  6. Beliau tamat pengajian di Universiti Oxford dengan mendapat Ijazah Bachelors of Arts dalam bulan Jun 1983 dan mengikut tradisi Universiti Oxford, D.Y.M.M Raja Zarith Sofiah telah menerima Ijazah Master of Arts selepas tiga tahun iaitu dalam tahun 1986.
  7. Dalam tahun 1980 D.Y.M.M Raja Zarith Sofiah telah berpeluang melawati Turki dan Mekah untuk menunaikan umrah bersama Paduka ayahanda dan bonda serta keluarga. Pada tahun 1985, D.Y.M.M Raja Zarith Sofiah telah menunaikan Haji bersama D.Y.M.M. Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan dan Yang DiPertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim.
  8. Seperti juga ayahandanya, D.Y.M.M Raja Zarith Sofiah adalah seorang yang kaya dengan bakat seni terutama sekali seni lukisan dan lukisan-lukisannya pernah menjadi hiasan buku cenderamata Pesta Lukisan Kanak-Kanak.
  9. D.Y.M.M Raja Zarith Sofiah seorang yang peramah dan mempunyai jiwa rakyat dan sentiasa menyedari dan menghargai segala pengorbanan anggota-anggota Pasukan Keselematan.
  10. Pada bulan Mac 1983, Paduka ayahandanya D.Y.M.M. Sultan Perak telah berkenan menganugerahkan Darjah Kebesaran 'Seri Paduka Cura DiManjakini (S.P.C.M.) kepada D.Y.M.M Raja Zarith Sofiah.

GAMBAR KELUARGA DI RAJA JOHOR


Gambar keluarga di raja johor , sempena hari raya 2012. Daulat tuanku.

JDTns

MERCU TANDA BANDAR DIRAJA DI MUO


MERCU tanda beridentiti empat gading gajah dan mahkota di atasnya terletak di bulatan Sulaiman dibuka kepada umum sempena Hari Keputeraan Sultan Johor dan Perisytiharan Bandar Maharani Bandar Diraja di Muar.Binaan yang begitu signifikan itu mendapat pembiayaan sepenuhnya daripada kerajaan negeri dan dilengkapi dengan laluan pejalan kaki, air pancut, landskap dan lampu warna warni yang mencantikkan lagi bandar ini pada waktu malam.Bulatan di mercu tanda itu dapat menghubungkan lima jalan utama di bandar ini iaitu Jalan Arab, Jalan Khalidi, Jalan Ibrahim, Jalan Sulaiman dan Jalan Temenggong Ahmad. -

JDTns

Pengisytiharan Bandar Maharani Bandar Diraja


Sultan Johor mahu Bandar Diraja miliki identiti sendiri.

"Penduduk di sini hendaklah sentiasa bekerjasama dan saling bantu-membantu dengan kerajaan atau Majlis Perbandaran bagi menjaga kebersihan bandar, sungai dan alam sekitar," titah baginda pada majlis pengisytiharan Bandar Maharani Bandar Diraja, di Dataran Tanjung Emas, di sini hari ini.

JDTns

SEJARAH JOHOR

Sejarah

Sebelum kedatangan Barat

Rencana utama: Sejarah Johor Kawasan Johor sudah pun bermula pada tahun 800 sebagai suatu petempatan perdagangan yang penting. Semasa abad ke-14, kawasan itu menjadi wilayah tanggungan Empayar Majapahit sehingga pemerintahan Kesultanan Melaka (1400-1511) yang mana negeri Johor menjadi pula salah sebuah jajahan pemerintahannya. Pada tahun 1511, Melaka dikuasai oleh pihak Portugis dan Sultan Mahmud Shah, Sultan Melaka ketika itu, melarikan diri ke Pahang dan kemudiannya ke Johor di mana beliau mengasaskan Kesultanan Johor.

Kesultanan Johor pada akhir abad ke-16 dan ke-17 mengalami perjuangan pewarisan yang berturut-turutan. Ia juga sering mengalami serangan daripada pihak Portugis dan Aceh. Pada 1641, Johor menyokong pihak Belanda menewaskan pihak Portugis di Melaka dan pada 1660, Johor telah menjadi sebuah entrepot yang maju.

wiki

JOHOR DARUL TAKZIM




Johor Darul Ta'zim ialah sebuah negeri di Malaysia yang terletak di selatan Semenanjung Malaysia. Negeri ini bersempadanan dengan negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang. Negeri Johor juga dikelilingi oleh kawasan perairan seperti Laut China Selatan di timur, Selat Tebrau di selatan serta Selat Melaka di bahagian barat.
Dengan keluasan kira-kira 19,210 kilometer persegi (7,420 bt2), Johor merupakan negeri ke-5 terbesar dalam negara Malaysia dan negeri ke-3 terbesar di Semenanjung Malaysia. Selain itu, negeri ini juga mempunyai jumlah penduduk ke-2 terbesar selepas negeri Selangor dan negeri ke-7 terpadat di dalam negara.
Ibu negeri Johor ialah Johor Bahru iaitu sebuah bandar raya di selatan negeri ini. Bandar raya tersebut merupakan bandar ketiga terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Di samping itu, bandar-bandar utamanya ialah Batu Pahat, Muar dan juga Kluang. Nama rasminya iaitu "Darul Ta'zim" berasal daripada perkataan Arab yang membawa maksud tempat perlindungan yang bermaruah.

DITAJA OLEH

IKLAN BERBAYAR

Kepada yang berminat untuk mengiklankan perniagaan dan Individu sila hantarkan pemohonan ke email :
johordarultakzimjdt@gmail.com