JOM SERTAI KOMUNITI KITA JDT
Isnin, 17 Disember 2012
Persatuan Bolasepak Negeri Johor
Persatuan Bola Sepak Negeri Johor merupakan sebuah badan yang bertanggungjawab menyelaras dan memajukan sukan bola sepak di negeri Johor. Persatuan Bolasepak Negeri Johor telah bergabung dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebagai badan induk rasmi dalam sukan bolasepak di Malaysia.
Persatuan yang dinaungi oleh DYAM Tunku Mahkota Johor ini telah ditubuhkan pada 29 Disember 1955 dan berpusat di Kluang pada awalnya. Persatuan Bolasepak Negeri Johor serta telah didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 dan kemudiannya didaftarkan semula di bawah Persuruhjaya Sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997.
Sepanjang tempoh penubuhannya, Persatuan Bola Sepak Negeri Johor telah menempa beberapa kejayaan antaranya menjadi juara Piala Malaysia pada tahun 1985 dan 1991, Juara Piala Razak pada tahun 1983 serta menjadi Juara Piala FA pada tahun 1998. Di samping itu, persatuan juga telah diberi kepercayaan untuk mengelola pusingan awal dan suku akhir “Kejohanan Piala Remaja Dunia” pada tahun 1997 serta Pertandingan Kelayakan Piala Dunia Zon Asia antara Iran dan Jepun pada tahun yang sama.
Persatuan juga telah berjaya melahirkan ramai pemain yang membarisi pasukan negara dalam saingan peringkat antarabangsa seperti Dollah Don, Syed Ahmad, Mazlan Hamid, Othman Dollah, Wan Jamak Hassan, Kamaruddin Ahmad, Ismail Ibrahim, Dollah Salleh, Ramli Dol, Mohd Som Abidin, Nasir Yusof, Khalid Shahdan, Lahat Daduk, Salleh Md Noor, Hassan Miskam, Serbegeth Singh, Liew Kim Tu, Omar Salim dan ramai lagi.
JDTns
Langgan:
Catatan (Atom)
DITAJA OLEH
IKLAN BERBAYAR
Kepada yang berminat untuk mengiklankan perniagaan dan Individu sila hantarkan pemohonan ke email :
johordarultakzimjdt@gmail.com