DYMM SULTAN JOHOR DARUL TAKZIM
D.Y.M.M SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR
SULTAN DAN YANG DIPERTUAN BAGI NEGERI DAN JAJAHAN TAKLUK JOHOR DARUL TA'ZIM
- D.Y.M.M Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, diputerakan
pada 22hb. November 1958 di Hospital Besar Johor Bahru (Sekarang
Hospital Besar Sultanah Aminah)
- Putera pertama dari sepuluh (10) orang adik beradik, Baginda mula
menerima pelajaran di Taman Didikan Kanak-Kanak Tunku Ampuan Mariam
Johor Bahru kemudian memulakan pelajaran formal di Sekolah Temenggong
Abdul Rahman (1), Johor Bahru.
- Paduka ayahandanya D.Y.M.M Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum
Sultan Ismail telah menghantar D.Y.M.M Tuanku belajar di Trinity Grammer
School Australia pada tahun 1968 hingga 1970.
- Setelah tamat persekolahan, D.Y.M.M Tuanku telah dihantar ke Pusat
Latihan Tentera Darat (PULADA), Kota Tinggi, selama 3 tahun untuk
menerima latihan asas ketenteraan.
- Dalam bidang kesukanan pula, permainan polo merupakan permainan
yang sangat-sangat digemari dan juga merupakan seorang pemain polo yang
sangat handal dan terkemuka bukan sahaja di negeri ini bahkan dirantau
Asia.D.Y.M.M Tuanku pernah menyertai permainan polo di Singapura, Manila
dan Brunei.
- Selain bermain polo, D.Y.M.M Tuanku juga gemar bermain tenis, boating (Water ski), payung terjun, menembak dan memandu kereta laju (sport car).
- D.Y.M.M Tuanku sangat mengambil berat tentang kegiatan-kegiatan
sosial di dalam negeri dan amat mesra dengan rakyat. D.Y.M.M Tuanku
ialah Penaung Persatuan Bulan Sabit Merah Negeri Johor.
- D.Y.M.M Tuanku telah dilanik sebagai Tunku Mahkota Johor di dalam
satu upacara yang sederhana tetapi penuh istihadat di Istana Besar Johor
Bahru pada 3hb. Julai 1981. Pelantikan ini telah dilakukan oleh
ayahandanya iaitu Almarhum D.Y.M.M Sultan Iskandar dengan disaksikan
oleh Yang Maha Mulia Sultanah Zanariah, Kerabat-Kerabat Damping, Ahli
Jumaah Majlis DiRaja, Pembesar-Pembesar Negeri dan Orang-Orang Kenamaan.
- D.Y.M.M. telah dilantik Pemangku Raja pada Hari Jumaat 22 Januari
2010 bersamaan 6 Safar 1431 Hijrah kerana ayahandanya gering.
Dimasyurkan sebagai Sultan Johor pada hari Sabtu 23 Januari 2010
bersamaan 7 Safar 1431 Hijrah setelah ayahandanya mangkat.
D.Y.M.M RAJA ZARITH SOFIAH BINTI ALMARHUM SULTAN IDRIS SHAH D.K. (JOHOR) S.P.M.J, S.P.C.M.
- D.Y.M.M Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah Al
Mutawakkil Alallahi Shah, dilahirkan pada 14hb. Ogos 1959 di Hospital
Batu Gajah, Perak.
- Beliau ialah puteri kedua dan anakanda yang ketiga kepada D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Perak dan D.Y.M.M. Raja Perempuan Perak.
- D.Y.M.M Raja Zarith Sofiah mendapat pendidikan awal di Sekolah
Rendah Jenis Kebangsaan Datin Khadijah Kuala Kangsar hingga darjah enam.
Setelah tamat pengajian di sekolah rendah, Beliau meneruskan pelajaran
ke tingkatan satu di Sekolah Jenis Kebangsaan Raja Perempuan Kalsom
Kuala Kangsar.
- Dalam bulan September 1972, D.Y.M.M Raja Zarith Sofiah telah
melanjutkan pelajaran di Chaltenham Ladies College, di England hingga
tingkatan enam.
- D.Y.M.M Raja Zarith Sofiah pada bulan September 1977 meneruskan
pelajarannya di Davies's College, London dan tahun berikutnya diterima
masuk ke Somerville College, di Universiti Oxford setelah lulus
peperiksaan Oxford Entrance Examination.
- Beliau tamat pengajian di Universiti Oxford dengan mendapat Ijazah
Bachelors of Arts dalam bulan Jun 1983 dan mengikut tradisi Universiti
Oxford, D.Y.M.M Raja Zarith Sofiah telah menerima Ijazah Master of Arts
selepas tiga tahun iaitu dalam tahun 1986.
- Dalam tahun 1980 D.Y.M.M Raja Zarith Sofiah telah berpeluang
melawati Turki dan Mekah untuk menunaikan umrah bersama Paduka ayahanda
dan bonda serta keluarga. Pada tahun 1985, D.Y.M.M Raja Zarith Sofiah
telah menunaikan Haji bersama D.Y.M.M. Sultan Ibrahim Ibni Almarhum
Sultan Iskandar, Sultan dan Yang DiPertuan bagi Negeri dan Jajahan
Takluk Johor Darul Ta'zim.
- Seperti juga ayahandanya, D.Y.M.M Raja Zarith Sofiah adalah
seorang yang kaya dengan bakat seni terutama sekali seni lukisan dan
lukisan-lukisannya pernah menjadi hiasan buku cenderamata Pesta Lukisan
Kanak-Kanak.
- D.Y.M.M Raja Zarith Sofiah seorang yang peramah dan mempunyai
jiwa rakyat dan sentiasa menyedari dan menghargai segala pengorbanan
anggota-anggota Pasukan Keselematan.
- Pada bulan Mac 1983, Paduka ayahandanya D.Y.M.M. Sultan Perak
telah berkenan menganugerahkan Darjah Kebesaran 'Seri Paduka Cura
DiManjakini (S.P.C.M.) kepada D.Y.M.M Raja Zarith Sofiah.
IKLAN BERBAYAR
Kepada yang berminat untuk mengiklankan perniagaan dan Individu sila hantarkan pemohonan ke email :
johordarultakzimjdt@gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan