JOM SERTAI KOMUNITI KITA JDT
Jumaat, 7 Disember 2012
WIEF rasmi karavan hadiah Sultan Ibrahim
JOHOR BAHRU – Polis Johor menjadi satu-satunya pasukan polis di negara ini yang memiliki karavan yang akan dijadikan pusat arahan kawalan dan komunikasi bergerak polis negeri di bandar raya ini tidak lama lagi.
Karavan yang mula digunakan pada Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) Ke-8 bermula Selasa lalu dan berakhir semalam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, di sini, itu dianugerahkan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, karavan itu dianugerahkan oleh Sultan Ibrahim bagi memantapkan lagi tugas pasukan polis negeri ini dalam menjalankan amanah mereka terutama program yang berskala besar.
“Kita gembira dengan pemberian ini dan pasti kita akan menggunakan dan memanfaatkan karavan itu dalam menjalankan penugasan sejajar usaha memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Beliau berkata, selepas forum itu, karavan yang dilengkapi tempat tidur, dapur dan pelbagai kemudahan asas lain akan diletakkan di kawasan di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan dan di tempat lain berdasarkan keperluan.
Mengulas kawalan keselamatan daripada pihaknya sepanjang WIEF Ke-8 berlangsung, Mohd Mokhtar berkata, semuanya berjalan lancar dan setakat ini pelbagai pihak terlibat berpuas hati dengan komitmen polis pada forum itu.
“Seperti yang kita sudah maklumkan sebelum ini bahawa kita mempunyai anggota yang cukup dalam memastikan kelancaran penugasan polis sepanjang WIEF ini berlangsung dan sehingga kini semuanya berjalan seperti dirancang,” katanya.
JDTns - Sinar
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
DITAJA OLEH
IKLAN BERBAYAR
Kepada yang berminat untuk mengiklankan perniagaan dan Individu sila hantarkan pemohonan ke email :
johordarultakzimjdt@gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan