JOHOR BAHRU 19 Dis. - Pencapaian calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun 2012 bagi negeri ini adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun iaitu meningkat kepada 2.69 mata berbanding 2.70 pada tahun 2011 mengikut Gred Purata Negeri (GPN).
Pengarah Pelajaran Johor, Mohd. Nor A. Ghani berkata, daripada jumlah 52,572 calon yang menduduki peperiksaan PMR, seramai 3,916 mendapat keputusan semua A manakala calon mencapai tahap menguasai semua mata pelajaran seramai 37,283 orang.
Menurut beliau, secara keseluruhannya, prestasi calon PMR 2012 negeri Johor mengatasi pencapaian nasional dari segi GPN iaitu 2.71, calon cemerlang pula ialah 6.29 peratus dan calon menguasai adalah 68.89 peratus.
JDTns - Utusan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan