Januari 2013Suhairi (kanan) bersama petugas stadium memeriksa Lampu limpah lepasi standard FAM pencahayaan lampu limpah Stadium Larkin.LAMPU limpah di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunus, Larkin berada di tahap terbaik apabila berjaya mencatatkan bacaan pencahayaan melebihi 1,110 lux.
Setiausaha Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Suhairi Hashim berkata, lampu limpah di stadium Larkin kini berjaya melepasi standard ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenai tahap kecerahan walaupun sebelum ini stadium itu tidak tersenarai dalam empat stadium yang boleh bermain pada waktu malam.“Kita ukur kecerahan cahaya lampu menggunakan alat digital light meter dan hasilnya amat baik kerana dapat bacaan melebihi 1,110 dalam bacaan tersebut.“Walaupun pegawai FAM akan datang 5 Januari ini untuk meneliti keadaan lampu limpah di sini, tetapi ujian dijalankan malam tadi (kelmarin) amat berkesan dan stadium ini sesuai bermain pada waktu malam," katanya.Suhairi berkata, sejumlah RM5.6 juta diperuntukkan untuk baiki empat tiang dan lampu-lampu stadium berkenaan.
Sementara itu katanya, kerja membaik pulih tempat duduk utama berjalan lancar dan sebanyak 2,944 tempat duduk baru disediakan berbanding 2,200 sebelum ini.Menurutnya pihak stadium juga telah menyediakan ruang solat di bahagian tempat duduk belakang bagi menampung jumlah penonton yang semakin ramai serta membaiki tandas-tandas yang sedia ada bagi keselesaan orang ramai.Suhairi berkata, menjelang perlawanan pertama Liga Super di Stadium Larkin, semua penyokong dijangka dapat duduk dengan selesa serta memberi sokongan padu kepada pasukan Harimau Selatan iaitu Johor Darul Takzim dan Johor.
JDTns
Tiada ulasan:
Catat Ulasan