IKLAN

JOM SERTAI KOMUNITI KITA JDT

Memaparkan catatan dengan label Johor Baharu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Johor Baharu. Papar semua catatan

Sabtu, 22 Disember 2012

KES BUNUH : Dendam punca wanita dibunuh



NOR ROZIAH menjadi mangsa pembunuhan kejam akibat perselisihan faham dan dendam di Johor Bahru kelmarin.

JOHOR BAHRU - Polis percaya perselisihan faham dan dendam merupakan motif utama kes pembunuhan kejam melibatkan seorang wanita yang mayatnya dibungkus dengan plastik hitam sebelum cuba dibakar di dalam sebuah kereta di Kampung Desa Idaman, Bukit Batu, Sedenak kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Dr. Hashim Haron berkata, operator kilang di Singapura, Nor Roziah Zakaria, 25, disyaki mempunyai masalah perhubungan dengan bekas teman lelakinya yang berusia 36 tahun.

"Kita minta teman lelakinya supaya tampil untuk membantu siasatan," katanya ketika dihubungi.
Semalam Kosmo! melaporkan, mayat janda anak dua itu ditemui pada pukul 7.30 pagi dibungkus dengan plastik hitam di tempat duduk pemandu kereta jenis Perodua Viva sebelum cuba dibakar berdekatan sebuah dusun di kampung tersebut.

Difahamkan, anak perempuan tunggal daripada lima beradik itu pernah membuat laporan polis baru-baru ini berhubung seorang lelaki yang tidak disenanginya.


JDTns - Kosmos

KES BUNUH : Mayat bayi rentung ditemui

JOHOR BAHRU – Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun dijumpai mati dibakar dengan perut terburai sebelum dibuang di kaki sebuah bukit di Jalan Salleh, Bukit Chagar di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Johor Bahru Selatan (JBS), Superitendan Abdul Samad Salleh berkata, anggota badan mangsa didapati rentung 80 peratus.



Pihaknya juga percaya, kanak-kanak malang itu dibakar dengan sejenis minyak dan kemudian dibungkus dalam plastik. Bagaimanapun, identitinya masih belum dikenal pasti.

“Mayat itu dipercayai berada di kawasan ini kira-kira 12 jam yang lalu dan perut kanak-kanak terbabit juga didapati terburai,” katanya kepada Kosmo!.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

JDTns Sumber: Kosmo

Isnin, 17 Disember 2012

DATARAN MAHKOTA



DATARAN MAHKOTA

Tumpuan utama

Tarikan utama berlandskap indah yang menghubungkan semua komponen Kota Iskandar, memukau pelawat, pelancong dan kakitangan awam dalam suasana yang santai dan ceria. Dataran Mahkota adalah titik tumpuan Kota Iskandar dan secara simboliknya ia melambangkan kepercayaan kepada Tuhan yang satu.

Berteraskan ciri-ciri dataran perbandaran tradisional, Dataran Mahkota mengubah persepsi dengan penekanan kepada kehijauan yang mendamaikan, dedaun yang menyegarkan dan air yang menenangkan. Menghubungkan dua bangunan utama – Bangunan Dewan Negeri (Bangunan Sultan Ismail) dan Pejabat Menteri Besar & Sekretariat (Bangunan Dato' Jaafar Muhammad), ia menjadi lokasi sempurna untuk majlis rasmi negeri. Berdasarkan inilah, lima komponen telah diterapkan ke dalam rekaannya: bukit sambutan, dataran istiadat, medan pancutan air, tembok warisan dan pentas terbuka.

JDTns - UEM

DITAJA OLEH

IKLAN BERBAYAR

Kepada yang berminat untuk mengiklankan perniagaan dan Individu sila hantarkan pemohonan ke email :
johordarultakzimjdt@gmail.com