IKLAN

JOM SERTAI KOMUNITI KITA JDT

Memaparkan catatan dengan label Tuanku Ismail. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tuanku Ismail. Papar semua catatan

Sabtu, 7 Februari 2015

Senarai Rasmi Pemain JDT Musim 2015

Senarai Rasmi Pemain JDT Musim 2015. Seperti yang diketahui umum, tempoh pendaftaran pemain untuk sesi pertama liga Malaysia untuk musim 2015 telah pun berakhir pada 5 Disember 2015 yang lalu. Semua pasukan telah siap mendaftarkan pemain untuk saingan liga Malaysia musim depan iaitu musim 2015. Bagi pasukan Johor Darul Ta’zim atau lebih dikenali dengan nama JDT, banyak pemain yang dikekalkan dan ada juga pemain yang digugurkan dan digantikan dengan pemain yang baru. Berikut adalah senarai rasmi barisan pemain JDT untuk musim 2015 yang dikeluarkan oleh media rasmi Johor Southern Tiger.


Seperti yang dikeluarkan oleh fanpage rasmi Johor Southern Tiger, inilah antara senarai rasmi pemain Johor Darul Takzim (JDT) musim 2015.

Foto : Johor Southern Tiger
Ketua Jurulatih/Pengurus JDT 
– Bojan Hodak.
Penjaga gol
– Mohd Farizal Marlias
– Muhammad Al-Hafiz Hamzah
– Mohd Izham Tarmizi
Pertahanan
– Marcos Antonio Elias Santos
– Aidil Zafuan Abdul Radzak
– Mahali Jasuli
– Asraruddin Putra Omar
– Mohamad Fandi Othman
– Mohd Fadhli Mohd Shas
– Mohamad Amer Saidin
– Mohd Daudsu Jamaluddin
Barisan tengah
– Hariss Harun
– Jasazrin Jamaluddin
– Junior Eldstàl
– Kunalan Subramaniam
– Mohd Safiq Rahim
– Gary Steven Robbat
– Suppiah Chanturu
– Amirul Hadi Zainal
– Mohd Shakir Shaari
– Nazrin Nawi
Penyerang
– Luciano Figueroa
– Jorge Pereyra Diaz
– Amri Yahyah
– Mohd Safee Mohd Sali

Jumaat, 24 Oktober 2014

TMJ BERTUNANG DAN BERNIKAH HARI INI

Tunku Mahkota Johor tiba di Istana Bukit Serene untuk istiadat pernikahan

JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, 30, dilihat memasuki di Istana Bukit Serene, di sini, kira-kira jam 10 pagi tadi bagi melangsungkan istiadat pertunangan, majlis hantaran dan istiadat pernikahan bersama Cik Khaleeda Bustamam, 21. Ketibaan Tunku Ismail kemudiannya diiringi dengan ketibaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bersama Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah. Turut kelihatan pegawai tinggi kerajaan negeri dan orang kenamaan mula memasuki perkarangan Istana Bukit Serene, bermula jam 8 pagi tadi.

Ahad, 16 Disember 2012

Fandi optimis Johor Darul Takzim mampu mara jauh

 
Fandi AhmadKetua jurulatih Johor Darul Takzim FC, Fandi Ahmad optimis bahawa pasukannya mampu melangkah ke pusingan seterusnya dalam saingan Piala FA yang bermula 25 Januari ini.

Dalam undian Piala FA 2013 di Shah Alam hari ini, Johor Darul Takzim akan menentang Perak pada perlawan pusingan pertama.
Ketika ditemui pemberita selepas undian itu, Fandi berkata pertemuan dengan Perak merupakan satu perlawanan yang dijangka sengit namum mereka memiliki kelebihan beraksi di laman sendiri.

Bagaimanapun, bintang lagenda bola sepak Singapura berusia 50 tahun itu tidak meletakkan sasaran awal meskipun pasukan itu dibarisi beberapa pemain kebangsaan termasuk penyerang Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha.

“Saya bagaimanapun berkeyakinan mampu mengembalikan pasukan ini sebagai sebuah pasukan yang disegani dalam masa dua tahun lagi,” kata Fandi.

Pasukan Johor itu mula mendapatkan perhatian peminat bola sepak negara apabila mereka mula mendapatkan pemain-pemain bintang termasuk bekas kapten Selangor, Safiq Rahim serta pasangan kembar Mohamad Aidil dan Mohamad Zaquan Adha Abdul Radzak.

Pasukan itu turut membawa masuk bintang Sepanyol Daniel Guiza serta bekas pemain kelab Lazio dari Itali, Simone Del Nero untuk memantapkan lagi pasukan tersebut bagi menghadapi Liga Super musim depan.
Fandi berkata, kesemua pemain baharu yang mengikat kontrak bersama pasukan berkenaan akan menjalani latihan pusat sebaik sahaja skuad kebangsaan menamatkan aksi mereka pada Piala AFF Suzuki yang sedang berlangsung ketika ini.

Sementara itu, Perak merancang dua perlawanan persahabatan menentang kelab Liga Singapura, Balestier Khalsa FC dari Singapura pada 18 dan Johor pada 22 Disember ini sebagai persiapan terakhir menghadapi Liga Super 2013 yang bermula 8 Januari depan.

Ketua jurulatihnya, Mohd Azraai Khor Abdullah berkata, kelab Singapura itu telah mengesahkan perlawanan itu manakala Johor belum memberikan kata putus.

Beliau berkata, sekiranya pertemuan dengan Johor tidak dapat diadakan maka mereka akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan sebuah pasukan Liga Perdana bagi menguji barisan pemain.

Mengulas mengenai pertemuan dengan pasukan berstatus ‘bintang’, Darul Takzim itu, Mohd Azraai Khor berkata beliau yakin anak didiknya mampu memberikan persembahan terbaik pada perlawanan berkenaan.
“Saya akui begitu bermotivasi untuk bertemu pasukan Darul Takzim FC yang bakal dibarisi ramai pemain kebangsaan namun saya yakin anak buah saya mampu memberi kejutan pada perlawanan itu nanti,” katanya.
Skuad Seladang sebelum ini telah berjaya mendapatkan beberapa pemain tempatan untuk memperkuatkan pasukan seperti bekas penjaga gol Negeri Sembilan, Mohd Farizal Marlias, bekas penyerang Terengganu Abdul Hadi Yahya, bekas pemain tengah Felda United Yong Kuong Yong dan bekas pertahanan Kedah, V. Thirumurugam.

Mereka turut mendapatkan khidmat dua pemain import iaitu bekas penyerang kelab BEC Tero Sasana, Karim Rouani dari Perancis dan bekas pertahanan kelab Bangkok Glass FC, Rafael Souza Silva Novais dari Brazil.

JDTns- sinar

Sabtu, 15 Disember 2012

Tiga padang bola sepak sintetik akan dibina di Johor


KOTA ISKANDAR: Tiga padang bola sepak sintetik (rumput tiruan) bernilai RM4.4 juta akan dibina di Muar, Kluang dan Kota Tinggi pada tahun hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Md Jais Sarday, berkata kos padang yang bernilai RM1.5 juta setiap satu itu merupakan peruntukan yang diterima daripada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. "Kita berharap pembinaan padang bola sepak berkenaan akan dapat meningkatkan mutu sukan bola sepak selaras dengan perkembangan terkini sukan itu.

"Pada masa ini, kita sedang merancang untuk menaik taraf dan membangunkan Stadium Larkin secara bersepadu yang dilengkapi dengan gelanggang sukan, kawasan kediaman, pusat perniagaan, taman rekreasi, hotel dan taman tema bercirikan sukan mini.

"Selain itu, Perbadanan Stadium Johor juga merancang untuk menaik taraf Kompleks Sukan Kluang dan Stadium Hoki Johor Bahru di Taman Daya dengan penambahan kelengkapan yang moden bagi persediaan menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (Sukma) 2018 dan Kejohanan Hoki Dunia 2018," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan ucapan penggulungan pada sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) kali Ke-12 di sini semalam.

Jais berkata Kerajaan Negeri juga bersetuju menubuhkan anak syarikat bagi menjana pendapatan untuk menampung kos penyelenggaraan prasarana sukan, selain mengenakan kadar sewa bagi prasarana berkenaan pada harga yang paling minimum.

Katanya lagi, Kerajaan Negeri juga akan melancarkan hala tuju sukan negeri untuk tempoh 15 tahun akan datang melalui perancangan melahirkan atlet sukan cemerlang dan menjadikan Johor destinasi sukan antarabangsa.

"Bagi merealisasikan hasrat itu, kita mensyaratkan sebahagian kawasan perumahan menyediakan prasarana sukan asas mengikut keperluan semasa. Ia bukan sahaja bagi memenuhi keperluan atlet malah membantu melahirkan masyarakat berbudaya sukan serta mengamalkan gaya hidup sihat,"katanya.

JDTns - Medcom

WWW 1 Berwajah Baru Warna Biru


WWW 1 warna biru

14 dec 2012 - Gambar terbaru kereta Satria Neo WWW 1 Tuanku Sultan Johor. Tuanku memandu sendiri ketika mencemar duli menonton perlawanan persahabatan diantara Johor Darul Takzim dan Pelita Bandung di Stadium Larkin malam tadi. Berkeputusan masa penuh 
FT  Johor Darul Takzim (2) - (0) Pelita Bandung Raya FC
.
JDTns - Kesultanan Johor

DITAJA OLEH

IKLAN BERBAYAR

Kepada yang berminat untuk mengiklankan perniagaan dan Individu sila hantarkan pemohonan ke email :
johordarultakzimjdt@gmail.com