IKLAN

JOM SERTAI KOMUNITI KITA JDT

Memaparkan catatan dengan label Pasir Gudang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pasir Gudang. Papar semua catatan

Selasa, 18 Disember 2012

RM115 juta bina dua dermaga di Tanjung Langsat



18 Disember 2012
PASIR GUDANG – Dua dermaga baru yang bernilai RM115 juta sedang dibina dan dijangka bakal beroperasi pada awal 2014 di Jeti Cecair Pelabuhan Tanjung Langsat, di sini.

Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation, Kamaruzzaman Abu Kassim berkata, kapasiti mengendalikan kargo cecair di pelabuhan itu akan meningkat daripada 24 juta tan kepada 31 juta tan setahun apabila dermaga itu mula beroperasi.

Menurutnya, jumlah kapal yang berlabuh di pelabuhan itu disasarkan akan meningkat daripada 50 kapal kepada 80 kapal kelak.

“Dua dermaga baru ini berkapasiti 60,000 dwt (berat tanpa muatan) dan 110,000 wt.

“Johor Corporation sedang giat meningkatkan kemudahan dan tahap perkhidmatan pelabuhan ini sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Selatan Johor sebagai pusat pertumbuhan industri minyak dan gas,” katanya dalam ucapan perasmian Latihan Kecemasan PAGEMA, di sini, semalam.

Teks ucapannya dibacakan oleh Naib Presiden Bahagian Hartanah dan Perniagaan Amal Johor Corporation, Yusof Rahmat.

Dalam pada itu, Yang Di-Pertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), On Jabbar@Jaafar menyeru pihak industri yang belum menjadi ahli Pagema supaya segera mendaftar keahlian.

Menurutnya, walaupun yuran dikenakan sebanyak RM1,000 setahun, tetapi pelbagai kemudahan yang disediakan mampu membantu pihak industri ketika berlaku kecemasan.

“Kita sarankan pihak industri terutama yang berisiko tinggi mendaftar sebagai ahli kerana manfaatnya besar dalam situasi kecemasan.

“Jika berlaku kecemasan, kita akan panggil ahli yang ada peralatan lengkap untuk bantu,” katanya.

JDTns- sinar

DITAJA OLEH

IKLAN BERBAYAR

Kepada yang berminat untuk mengiklankan perniagaan dan Individu sila hantarkan pemohonan ke email :
johordarultakzimjdt@gmail.com