IKLAN

JOM SERTAI KOMUNITI KITA JDT

Isnin, 22 Disember 2014

VEP : Singapura kaji langkah Malaysia

SINGAPURA: Kementerian Pengangkutan (MOT) Singapura sedang mengkaji langkah Malaysia untuk mengenakan bayaran Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) sebanyak RM20 (S$7.55) terhadap kenderaan asing mulai pertengahan tahun depan dan akan memberi respons 'apabila tiba masanya', lapor Channel News Asia (CNA). Saluran televisyen tempatan itu memetik jurucakap kementerian berkenaan sebagai berkata: "Kami sedang mengkaji levi baharu itu dan akan membuat keputusan tentang respons kami apabila tiba masanya."

"Kami dapati, antara lain, ia tidak akan dikenakan secara seragam di semua sempadan darat Malaysia."

Respons itu dibuat susulan kepada laporan pada Ahad apabila Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi dipetik sebagai berkata kenderaan asing yang memasuki Johor dari Singapura akan dikenakan VEP RM20 mulai pertengahan tahun depan.

Aziz berkata, langkah itu sejajar dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Julai mengenai pelaksanaan VEP terhadap kenderaan yang berdaftar di negara asing yang memasuki Malaysia melalui Johor.

Katanya, Kementerian Pengangkutan sedang menyediakan butiran terperinci mengenai pelaksanaan VEP di dua pintu masuk di Johor - Tambak Johor dan Link Kedua, sebelum ia dilaksanakan. - BERNAMA

Sabtu, 13 Disember 2014

Tunku Abdul Jalil Stabil

JOHOR BAHRU 13 Dis. - Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim selamat menjalani rawatan di sebuah hospital pakar di Guangzhou, China.

Menurut Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli, beliau kini berada dalam keadaan stabil dan akan dibawa pulang ke tanah air dalam tempoh terdekat bagi menjalani sesi rawatan susulan.

Jumaat, 24 Oktober 2014

TMJ BERTUNANG DAN BERNIKAH HARI INI

Tunku Mahkota Johor tiba di Istana Bukit Serene untuk istiadat pernikahan

JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, 30, dilihat memasuki di Istana Bukit Serene, di sini, kira-kira jam 10 pagi tadi bagi melangsungkan istiadat pertunangan, majlis hantaran dan istiadat pernikahan bersama Cik Khaleeda Bustamam, 21. Ketibaan Tunku Ismail kemudiannya diiringi dengan ketibaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bersama Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah. Turut kelihatan pegawai tinggi kerajaan negeri dan orang kenamaan mula memasuki perkarangan Istana Bukit Serene, bermula jam 8 pagi tadi.

Isnin, 20 Oktober 2014

TMJ langsungkan perkahwinan 8 November ini.

Tunku Mahkota Johor melangsungkan perkahwinan 8 November ini

ISNIN, 20 OKTOBER 2014 - 11:02AM

TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. - Foto Dazar Suarman

JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bakal melangsungkan perkahwinannya dengan Cik Khaleeda Bustamam di Istana Besar di sini, pada 8 November ini.

Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli, berkata istiadat pertunangan dan pernikahan Tunku Ismail akan diadakan di Istana Bukit Serene di sini, pada Jumaat ini.

"Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan Raja Zarith Sofiah Sultan Idris memberi perkenan untuk Tunku Mahkota Johor melangsungkan perkahwinannya.

"Justeru, perkahwinan baginda akan dilangsungkan penuh istiadat Diraja Johor serta berunsurkan tentera," katanya pada sidang media di Bukit Timbalan, di sini sebentar tadi.

Sabtu, 2 Ogos 2014

NGO BANTAH KADAR TOL BARU

JOHOR BAHRU – Pelaksanaan kadar baharu di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) Bangunan Sultan Iskandar, di sini, terus mendapat bantahan dari pengguna jalan raya.

Terbaru sekumpulan badan bukan kerajaan (NGO) mengadakan ‘flash mob’ di Jalan Lingkaran Dalam, di sini, petang kelmarin bagi membantah pelaksanaan kadar baharu tol berkenaan.

Jurucakap NGO berkenaan, Steven Choong berkata, langkah itu diharap mendapat perhatian kerajaan agar mempertimbangkan semula keputusan melaksanakan kadar baru berkenaan.

“Kami mahu pihak berkuasa bersikap lebih telus dalam mengambil keputusan menaikkan kadar tol berkenaan.

“Kerajaan perlu memberi peluang kepada pihak-pihak berkepentingan, NGO, pemimpin serta pakar sosioekonomi untuk memperhalusi tindakan ini dan melihat kesannya dengan lebih mendalam,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Setiausaha PKR turut berharap pelaksanaan kadar baharu itu ditangguhkan agar dapat dibincangkan semula untuk mencari jalan penyelesaian lebih baik.

Sepanjang flash mob itu diadakan, kira-kira 30 individu memegang sepanduk sambil menyeru penunggang motosikal yang melalui jalan itu membunyikan hon masing-masing sebagai tanda setuju terhadap bantahan kadar baru tol. Bantahan kira-kira satu jam itu berlangsung  aman  tanpa insiden tidak diingini.

Ahad, 29 Jun 2014

Senarai Lokasi Bazaar Ramadhan Di Johor Bahru

BAZAR RAMADAN JOHOR BAHRU

Kawasan Zon Timur
• Jalan Harmoni 9 
• Taman Desa Tebrau 
• Jln Badik ,TMN Putri Wangsa 
• Jln Rambutan, Bandar Tiram 
• Jln Bayan, Bandar Masai 
• Jln Bunga Seroja, Plentong

Kawasan Zon Barat
• Taman Bukit Indah Jalan Indah 5/7 
• Taman Perling Jalan Camar Jalan Layang 16 
• Gelang Patah Medan Nusa Perintis 
• Taman Universiti Jalan Kemulian Jalan Pertanian 26 Jalan Kebudayaan 16  
• Taman Sri Pulai Jalan Ara 5 
• Taman Sri Skudai Jalan Emas 1  
• Bandar Baru Kangkar Pulai Jln Pulai Harmoni 1 
• Taman Impian Emas Jalan Emas 1 
• Taman Ungku Tun Aminah Jalan Perwira 3

LIKE dan Share kan tempat lokasi menarik bazar anda semua,

Jumaat, 27 Jun 2014

KMJ serah enjin bot bantu nelayan

PONTIAN  - Hari terakhir rombongan Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2014 dimulakan dengan keberangkatan tiba Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar ke Kampung Nelayan, Benut di sini hari ini.

Dalam kunjungan tersebut, Sultan Johor berkenan menyempurnakan pemberian sumbangan Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada 30 penduduk kampung, lima daripadanya menerima enjin bot.

Yang turut hadir Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan; Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri, Datuk Ir. Hasni Mohammad dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Tee Siew Kiong.

Penerima sumbangan, Hairul Iman Ramlan, 42, berkata, pemberian tersebut amat bermakna kerana membolehkannya pergi ke kawasan yang lebih jauh bagi mencari hasil tangkapan.

Katanya, enjin 30 kuasa kuda yang diberikan itu mampu membantu menambahkan jumlah kutipan dalam masa sehari berbanding enjin lama dengan 15 kuasa kuda yang digunakan.

Sementara itu, seorang penerima, Jamal Abu Bakar, 57, berkata, pemberian tersebut tepat pada masanya kerana enjin lama miliknya sudah uzur dan tidak berfungsi dengan baik.

Bagi Dawik Mohd. Ali, 50, dia terharu atas keprihatinan institusi diraja yang ingin membantu meringankan beban penduduk di negeri ini, sekali gus mampu meningkatkan ekonomi golongan nelayan.

Rombongan KMJ 2014 diteruskan ke destinasi seterusnya, Stadium Mini Pontian yang disambut kira-kira 5,000 warga daerah ini.

Di lokasi tersebut, baginda diiringi Pegawai Daerah Pontian, Kamarudin Abdullah dibawa melawat ke tapak pameran, menyaksikan pertandingan akhir Strongest Man, menandatangani billboard Saya Benci Merokok dan menyampaikan bantuan kepada warga miskin dan kurang upaya sekitar daerah ini.

Sementara itu, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar bersama-sama Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman pula menyaksikan klinik bola sepak serta mencuba sukan X-Tream Wall Climbing dan Flying Fox dalam kunjungan berkenaan.

Setelah meluangkan masa dua jam di stadium itu, baginda dan rombongan kerabat diraja berangkat ke Dataran Mahkota, Kota Iskandar, Nusajaya bagi acara penutupan rasmi KMJ 2014 setelah mengunjungi 10 daerah sekitar Johor dalam tempoh masa empat hari.

Khamis, 26 Jun 2014

26/06/2014 JOHOR CUTI SEMPENA JDT MENANG LIGA SUPER

JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri mengisytiharkan cuti umum esok bersempena kejayaan pasukan Johor Darul Takzim menjuarai Liga Super, malam ini.

Pengumuman itu dibuat, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ismail Karim di Dataran Bandaraya sebaik tamat perlawanan JDT menentang Sarawak berkesudahan 1-0 yang berlangsung di Stadium Negeri Sarawak.

"Pengumuman cuti ini dibuat setelah mendapat perkenan Tuanku Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar. "

Ia satu kejayaan selepas 24 tahun Johor tidak memenangi sebarang piala. "Ia tanda penghargaan kerajaan negeri buat rakyat Johor," katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Isnin, 23 Jun 2014

Penambakan Selat Johor tidak perlukan EIA

June 23, 2014

JOHOR BAHRU - Kerja penambakan laut bagi projek "Forest City" yang
dibimbangi Singapura berkemungkinan memberi kesan terhadap alam
sekitar republik itu, tidak memerlukan laporan Kesan Alam Sekitar (EIA)
kerana keluasan yang ditambak tidak melebihi 50 ekar (20 hektar).
Menurut Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor Mokhtar Abdul
Majid, pada ketika ini kerja penambakan laut di Selat Johor, berhampiran Laluan Kedua, Gelang Patah itu hanya melibatkan kawasan seluas 49 ekar (19.6 hektar).

"Memandangkan keluasan kawasan yang ditambak tidak melebihi 50
ekar, maka ia tidak memerlukan laporan EIA," katanya kepada Bernama
hari ini ketika ditanya tentang projek penambakan laut yang mendapat
perhatian kerajaan Singapura itu.

Beliau mengesahkan projek penambakan laut di Selat Johor terbabit
dilaksanakan oleh syarikat pemaju daripada China, Country Garden
Holdings Ltd dan anak syarikat kerajaan negeri, Kumpulan Prasarana
Rakyat Johor (KPRJ).

Mokhtar berkata, kerja penambakan laut itu bermula pada awal Mac lepas dan dijangka mengambil masa selama lapan bulan untuk siap.
Dua hari lepas, Kementerian Luar Singapura menyatakan
kebimbangannya tentang kemungkinan kesan merentasi sempadan ke
atas republik itu akibat projek pembangunan hartanah itu di Selat Johor.
Jurucakapnya berkata ada kewajipan antarabangsa bagi pihak berkuasa
Malaysia serta Singapura untuk bekerjasama dalam perkara itu dan
meminta Malaysia mengemukakan maklumat berkenaan kerja
penambakan terbabit.

Mokhtar berkata, pihak JAS Johor telahpun mengemukakan maklumat
tertentu berkenaan projek penambakan laut "Forest City" seluas 49 ekar
itu kepada ibu pejabat JAS bagi tindakan lanjut.

Selain penambakan laut melibatkan kawasan seluas 49 ekar, pihak JAS
Johor katanya, turut dimaklumkan terdapat cadangan tambahan untuk
menambak 5,000 ekar lagi di bawah projek "Forest City" itu.

Bagaimanapun, katanya pihak berkenaan perlu mengemukakan cadangan terperinci tentang penambakan laut itu dan laporan Kajian Terperinci Kesan Alam Sekitar (DEIA) kepada ibu pejabat JAS.
Memandangkan sehingga kini belum ada cadangan secara rasmi,
mahupun laporan DEIA tentang cadangan penambakan kawasan seluas
5,000 ekar di Selat Johor itu, beliau berkata pihaknya tidak dapat
mengulas lanjut tentangnya. - Bernama

ATURCARA KMJ HARI KEDUA 23 Jun 2014 – Isnin

23 Jun 2014 – Isnin

0800 : PADANG SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP MEDOI, SEGAMAT (Majlis Pelepasan)

- Bacaan doa keberangkatan oleh Kadi daerah Ledang
- DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ berangkat ke Dewan Orang Ramai Felda Bukit Serampang, Felda Sri Jaya

0915 - 1015 : DEWAN ORANG RAMAI FELDA BUKIT SERAMPANG, FELDA SRI JAYA

- Keberangkatan tiba DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ 2014
- Bacaan doa keberangkatan tiba oleh Kadi Daerah Ledang
- DYMM Sultan Johor bercemar duli melancarkan Kempen Johor Bebas Asap Rokok
- DYMM Sultan Johor di bawa melawat ke tapak pameran kraftangan berbentuk simen fero, ukiran sarung parang, ukiran papan manis dan pameran wau
- Majlis penyampaian bungkusan dan bantuan oleh Pejabat Kebajikan Masyarakat daerah dan MAIJ
- Majlis santapan bersama rakyat
- DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ berangkat Ke Kawasan Lapang Bukit Gambir, Ledang

1100 - 1230 : KAWASAN LAPANG BUKIT GAMBIR, LEDANG 

- Keberangkatan tiba DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ
- DYMM Sultan Johor di bawa ke tapak pameran
* Pameran masakan makanan kesihatan dan pameran kesihatan berupa urutan refleksologi, perubatan tradisional melayu,
perubatan tradisional cina dan akupuntur
* Pameran bas ( 8 buah bas )
* Aktiviti sukan rakyat seperti boling air, lastik, belon air, cap teh dan galah panjang
* Lawatan mini EXPO IKS Daerah Ledang berupa pameran kraftangan
- DYMM Sultan Johor berangkat ke Khemah DiRaja

Program DYMM Raja Zarith Sofiah
- Majlis kurniaan bungkusan sempena Sambutan Ulangtahun Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor disempurnakan oleh DYMM Raja Zarith Sofiah
- DYMM Raja Zarith Sofiah berangkat ke khemah DiRaja
- Sembah ucapan oleh Pegawai Daerah Ledang
- Persembahan cenderahati kepada DYMM Sultan Johor oleh Pegawai Daerah Ledang
- Persembahan cenderahati oleh DYMM Sultan Johor kepada Pegawai Daerah Ledang
- Bacaan doa keberangkatan oleh Kadi daerah Ledang
- Majlis santapan
- DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ berangkat ke Dataran Tanjung Emas, Muar

1315 – 1445 : DATARAN TANJUNG EMAS, MUAR 

- Keberangkatan tiba DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ 2014 di Dataran Tanjung Emas, Muar -
Bacaan doa keberangkatan oleh kadi daerah Muar
- DYMM Sultan Johor dipersilakan ke khemah pameran
* Jabatan Penjara (Demo sebatan)
* Agensi Antidadah Kebangsaan
* Belia Sihat (Gym, Angkat Berat dan Mr Badan Cantik)
* Wall Climbing dan demo Skateboard
* Pameran kesihatan
- DYMM Sultan Johor dipersilakan berangkat bagi menyaksikan dan melepaskan pertandingan mengangkat kenderaan Antara pasukan daerah dan pasukan rombongan KMJ 2014
- DYMM Sultan Johor diiringi vip dan seterusnya dipersilakan ke kawasan tebing sungai Muar untuk menyaksikan demonstrasi flying board
- DYMM Sultan Johor dan kerabat DiRaja dipersilakan ke khemah DiRaja
- Persembahan ucapan oleh Pegawai Daerah Muar
- Persembahan cenderahati kepada DYMM Sultan Johor oleh Pegawai Daerah Muar
- Persembahan cenderahati oleh DYMM Sultan Johor kepada Pegawai Daerah Muar
- Majlis santapan
- Bacaan doa keberangkatan oleh kadi daerah Muar
- DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ 2014 berangkat ke Dewan Semerah Batu Pahat

1515 – 1545 : DEWAN SEMERAH, BATU PAHAT

- Keberangkatan DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ di Dewan Semerah Batu Pahat
- Bacaan doa keberangkatan tiba oleh Kadi daerah Batu Pahat
- Pegawai Daerah Batu Pahat mengiringi DYMM Sultan Johor ke dalam Dewan Semerah untuk melihat pameran kraftangan dan majlis santapan petang
- DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ berangkat ke Stadium Jalan Ampuan Batu Pahat

1630 – 1830 : STADIUM BATU PAHAT, JALAN AMPUAN

- Keberangkatan tiba DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ 2014 di Stadium Batu Pahat

Program DYMM Sultan Johor
- DYMM Sultan Johor dibawa ke tapak permainan rakyat (menggunakan basikal di setiap aktiviti)
* Ke khemah permainan basikal lampu
* Ke khemah permainan basikal polo
* Ke khemah permainan basikal rakyat
* Ke khemah basikal bola
* Ke khemah permainan basikal lambat
- DYMM Sultan Johor berangkat ke Khemah DiRaja

Program DYMM Raja Zarith Sofiah
- DYMM Raja Zarith Sofiah akan dibawa ke majlis penyampaian bungkusan sempena sambutan ulangtahun Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor
- DYMM Raja Zarith Sofiah dibawa ke khemah mewarna dan khemah permainan sukaneka
- DYMM Raja Zarith Sofiah berangkat ke Khemah DiRaja

Program Dyam Tunku Mahkota Johor
- DYAM Tunku Mahkota Johor dibawa ke klinik JDT di Dataran Penggaram menaiki beca/basikal
- Permainan bola sepak bersama pasukan JDT
- DYAM Tunku Mahkota Johor berangkat ke Khemah DiRaja

- Persembahan ucapan oleh Pegawai Daerah Batu Pahat
- Persembahan cenderahati kepada DYMM Sultan Johor oleh Pegawai Daerah Batu Pahat
- Persembahan cenderahati oleh DYMM Sultan Johor kepada Pegawai daerah Batu Pahat
- Majlis santapan
- DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ 2014 berangkat ke Terminal Feri Minyak Beku, Batu Pahat untuk bermalam
- DYMM Raja Zarith Sofiah, YAM Tunku Temenggon Johor, YAM Tunku Laksamana Johor, YAM Tunku Tun Aminah dan YAM Tunku Putera Johor bersemayam di Hotel Katerina Batu Pahat
- DYAM Tunku Mahkota Johor dan YAM Tunku Panglima bersemayam di Hotel Prime City Kluang
1845 : TERMINAL FERI MINYAK BEKU, BATU PAHAT (BERMALAM)

-Keberangkatan tiba DYMM Sultan Johor di Terminal Feri Minyak Beku Batu Pahat

Ahad, 22 Jun 2014

Tuanku sertai sukan rakyat KMJ 2014

KULAIJAYA - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, berkenan
melihat dan turut serta dalam acara sukan rakyat di Dewan Felda Bukit
Permai, di sini, semalam.

Felda berkenaan adalah destinasi ketiga dikunjungi Sultan Johor pada
hari pertama Kembara Mahkota Johor 2014 selepas acara perasmian di
Dataran Bandaraya Johor Bahru dan kunjungan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Johor Bahru.

Turut berangkat, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah bersama Tunku
Mahkota Johor, Tunku Ismail; Tunku Puteri Johor, Tunku Aminah; Tunku
Temenggong Johor, Tunku Idris Shah; Tunku Panglima Johor, Tunku
Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan
Pegawai Daerah Kulaijaya, Abdul Halim Hasbullah.

Pada majlis itu, Sultan Ibrahim berkenan melawat ke khemah pameran
anyaman, pameran membuat parang dan gasing dan merasmikan
pelepasan konvoi basikal.

Baginda turut berkenan menyaksikan sukan rakyat antaranya tarik tali,
pertandingan potong kayu dan memanjat tiang licin.
Dalam ucapannya, Abdul Halim berkata, kehadiran Sultan Johor bersama kerabat diraja amat dinantikan rakyat.

“Rakyat di Kulaijaya merasa amat bersyukur dan gembira kerana Tuanku berkenan menyaksikan dan turut serta dalam sukan rakyat.

“Ini melambangkan betapa erat dan kasihnya institusi diraja negeri ini
kepada rakyat,” katanya.

Sebelum berangkat, Sultan Ibrahim berkenan menyampaikan bantuan
kepada anak yatim, golongan miskin, warga emas dan golongan orang
kurang upaya.

ATURCARA KMJ HARI KEDUA 22 Jun 2014 – Ahad

0800 – 0915 : DATARAN PANTAI SRI MERSING (PELEPASAN)

- Keberangkatan tiba DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ 2014 di Dataran Pantai Sri Mersing

Program DYMM Sultan Johor
- DYMM Sultan Johor dibawa untuk menyempurnakan gimik pemeriksaan kesihatan

- DYMM Sultan Johor dibawa ke lokasi Pameran Kesihatan :

*Demonstrasi Menyelamat
*Saringan Kesihatan Orang Awam
*Demonstrasi Masakan Makanan Sihat
*Senam Seni 1 Malaysia/J-Robik
*Demonstrasi Angkat Berat

- DYMM Sultan Johor dan rombongan dibawa ke khemah majlis penyampaian bantuan :

* Enjin bot – 9 buah
* Mesin pengisar – 1 unit
* Basikal – 30 unit
* Peralatan perniagaan – 1 unit
* Mesin rumput – 1 unit
* Motosikal roda tiga – 1 unit

- DYMM Sultan Johor dan rombongan dibawa ke pantai Dataran Sri Mersing, Mersing untuk menyaksikan :

* Gimik rondaan bot
* Pertandingan tarik tali pantai
* Pertandingan golf pantai
* Pertunjukan jet ski

Program DYYM Raja Zarith Sofiah
- DYMM Raja Zarith Sofiah dibawa untuk ke Taman Rekreasi Pantai Mersing untuk menyaksikan :
* Pertandingan gubahan kain pasang
* Demonstari masakan makanan sihat
* Pertandingan mewarna Taman Laut Sultan Iskandar Mersing

Program DYAM Tunku Mahkota Johor
- DYAM Tunku Mahkota Johor dibawa untuk menyempurnakan pertandingan mencari harta karun 10000 langkah
- DYAM Tunku Mahkota Johor dibawa untuk menyaksikan pertunjukan perahu layar

Program Yam Paduka Putera-Putera Dan Puteri
YAM TUNKU TEMENGGONG JOHOR

- YAM Tunku Temenggong Johor di bawa untuk menyaksikan pertandingan bola sepak pantai, sukaneka pantai, tarik upih, boling kelapa, lari dalam guni, sepak raga bulatan

YAM TUNKU LAKSAMANA JOHOR

- YAM Tunku Laksamana Johor merasmikan majlis pelepasan konvoi motosikal berkuasa tinggi dan basikal lumba daerah Mersing

YAM TUNKU PANGLIMA JOHOR

- YAM Tunku Panglima Johor menyaksikan pertunjukan modifikasi kenderaan kategori terbuka kereta dan terbuka motosikal standard

YAM TUNKU TUN AMINAH

- YAM Tunku Tun Aminah dibawa untuk merasmikan majlis pelepasan pertandingan akhir bola jaring pantai

YAM TUNKU PUTERA JOHOR

- YAM Tunku Putera Johor dibawa menyaksikan pertunjukkan layang-layang
- DYMM Sultan Johor beserta kerabat DiRaja berangkat ke Khemah DiRaja
- Persembahan ucapan oleh Pegawai Daerah Mersing
- Persembahan cenderahati kepada DYMM Sultan Johor oleh Pegawai Daerah Mersing
- Persembahan cenderahati oleh DYMM Sultan Johor kepada Pegawai Daerah Mersing
- Majlis santapan
- Bacaan doa keberangkatan oleh Kadi daerah Mersing
- DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ 2014 berangkat ke daerah Kluang

1000 – 1030 : DATARAN KAHANG, KLUANG

- Keberangkatan tiba DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ ke Dataran Kahang Kluang
- Bacaan doa keberangkatan oleh Kadi daerah Kluang - Lawatan ke gerai makanan dan minuman :
* Gerai teh tarik dan cendol
* Gerai murtabak dan mee goreng mamak
* Gerai buah-buahan tempatan – rojak buah, jus buah-buahan
- Santapan DiRaja
- DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ berangkat ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang

1100 – 1230 : HOSPITAL ENCHE’ BESAR HAJJAH KHALSOM, KLUANG

- Keberangkatan tiba DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ di di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang

Program DYMM Sultan Johor
- DYMM Sultan Johor dibawa melawat pameran-pameran :
* Pejabat Hutan (Pameran Pokok Herba)
* Pejabatan Pertanian (Pameran Lebah Kelutut)
* Pameran rawatan tradisional/alternatif : Akupuntur dan urutan lelaki
* Kempen makanan kesihatan
* Pameran Kastam Diraja Malaysia
* Pameran Kumpulan Perubatan Johor
DYMM Sultan Johor dibawa melawat :
* Bilik tekanan ujian dan bilik rawatan langsung
* Penerangan mengenai penyakit kanser

Program DYMM Raja Zarith Sofiah Dan Yam Tunku Tun Aminah
* Lawatan ke tingkat 6, wad 6B Kenanga (wad sakit puan/bersalin-28 katil)
* Majlis Kurniaan Bungkusan sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor

Program DYAM Tunku Mahkota Johor Dan Yam Paduka Putera-Putera
- Lawatan ke tingkat 2 :
* Bilik rawatan (shockwave)
* Bilik elektroterapi
* Bilik Pemulihan pernafasan
* Terapi lilin dan tangan
* Gimnasium pediatrik dan dewasa
- DYMM Sultan Johor beserta kerabat DiRaja dan rombongan KMJ 2014 berangkat ke khemah utama
- Persembahan ucapan oleh Pegawai Daerah Kluang
- Persembahan cenderahati kepada DYMM Sultan Johor oleh Pegawai Daerah Kluang
- Persembahan cenderahati kepada DYMM Sultan Johor oleh Pengarah Hospital
- Persembahan cenderahati oleh DYMM Sultan Johor kepada Pegawai daerah Kluang
- Persembahan cenderahati oleh DYMM Sultan Johor kepada Pengarah Hospital
- Majlis santapan
- Bacaan doa keberangkatan oleh Kadi daerah Kluang
- DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ 2014 berangkat ke Segamat

1345 – 1430 : CAFE MAJLIS DAERAH YONG PENG

- Keberangkatan tiba DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ di Cafe Majlis Daerah Yong Peng
- DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ berhenti seketika untuk majlis ramah mesra bersama-sama masyarakat setempat
- Keberangkatan DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ ke Taman Rekreasi Bandar Segamat

1600 – 1730 : TAMAN REKREASI BANDAR SEGAMAT

- Keberangkatan tiba DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ di Taman Rekreasi Bandar Segamat
- Bacaan doa keberangkatan oleh kadi daerah Segamat

Program DYMM Sultan Johor Dan Yam Tunku Putera Johor
- DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ berangkat ke Khemah DiRaja diiringi paluan kompang, tarian singa, serunai india serta persembahan silat lincah, wushu dan silambam di hadapan Khemah DiRaja
- DYMM Sultan Johor dan YAM Tunku Putera Johor berangkat ke litar kereta kawalan jauh

-YAM Tunku Putera Johor dipersembahkan sebuah kereta kawalan jauh oleh kelab Putra Segamat RC Team
- Demonstrasi permainan oleh YAM Tunku Putera Johor dan menyaksikan pertandingan kereta kawalan jauh
- DYMM Sultan Johor dan YAM Tunku Putera Johor berangkat ke Khemah DiRaja

Program DYMM Raja Zarith Sofiah Dan Yam Tunku Tun Aminah
- DYMM Raja Zarith Sofiah dan YAM Tunku Tun Aminah berkenan menyampaikan bungkusan kepada penerima-penerima sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor
- DYMM Raja Zarith Sofiah dan YAM Tunku Tun Aminah berangkat ke Khemah DiRaja

Program DYAM Tunku Mahkota Johor dan YAM Tunku Temenggong Johor
- DYAM Tunku Mahkota Johor dan YAM Tunku Temenggong Johor berangkat ke gelanggang permainan gasing.
- Demonstrasi pertandingan gasing oleh persatuan gasing pangkah Felda Tenang
- Pelepasan Pertandingan Gasing Akhir oleh DYAM Tunku Mahkota Johor
- DYAM Tunku Mahkota Johor dan YAM Tunku Temenggong Johor berangkat ke Khemah DiRaja

Program Yam Tunku Laksamana Johor Dan Yam Tunku Panglima Johor
- YAM Tunku Laksamana Johor dan YAM Tunku Panglima Johor berangkat ke tapak pelepasan aktiviti 10000 langkah
- Majlis pelepasan aktiviti 10000 langkah oleh YAM Tunku Laksamana Johor dan YAM Tunku Panglima Johor
- YAM Paduka-Paduka Putera melawat ke khemah pameran kesihatan
- YAM Tunku Laksamana Johor dan YAM Tunku Panglima Johor berangkat ke Khemah DiRaja
- Persembahan ucapan oleh Pegawai Daerah Segamat
- Persembahan cenderahati kepada DYMM Sultan Johor oleh Pegawai Daerah Segamat
- Persembahan cenderahati oleh DYMM Sultan Johor kepada Pegawai Daerah Segamat
- Majlis santapan
- DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ 2014 berangkat ke Felda Medoi
- DYMM Raja Zarith Sofiah dan YAM Tunku Tun Aminah berangkat ke Rumah VIP Segamat untuk bersemayam
- DYAM Tunku Mahkota Johor, YAM Tunku Temenggong Johor, YAM Tunku Laksamana Johor, Yang Amat Mulia Tunku Panglima Johor dan YAM Tunku Putera Johor berangkat ke Hotel VIP untuk bersemayam

1800 – 1830 : PADANG SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN LKTP MEDOI, SEGAMAT

- Keberangkatan tiba DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ 2014 di Padang Sekolah Kebangsaan LKTP Medoi Segamat
- DYMM Tuanku menaiki motosikal di sekitar kawasan Felda Medoi
* Pusat Internet Desa
* IKS Pembuatan Kuih Bepang Berhias
* Rumah Peneroka Tertua
- DYMM Sultan Johor berangkat balik ke padang
Sekolah Rendah Kebangsaan LKTP Medoi, Segamat

Kembara Mahkota Johor 2014 Edisi Ke 17

Johor Bahru: Selepas bermotosikal dan menaiki kereta api, Kembara
Mahkota Johor (KMJ) kali ke-17 pada tahun ini menampilkan Sultan
Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berangkat mencemar duli bertemu
rakyat dengan menggunakan bas khas.

KMJ selama empat hari dijangka bermula dari 21 hingga 24 Jun depan,
Sultan Ibrahim akan memandu sendiri dengan bas yang dibeli dari
Amerika Syarikat, jenama Prevost Marathon Coach.

Lebih unik, baginda akan memandu bas keluaran syarikat dari Kanada
yang menggunakan kaedah pemanduan sebelah kiri.

“Saya akan pandu sendiri, tidak ada masalah mengenainya kerana saya
ada lesen memandu,” titahnya ketika temubual eksklusif bersama The
New Straits Times Press (M) Berhad di Istana Pasir Pelangi di sini,
semalam.

Menurutnya, bas ditempah khas itu lengkap dengan peralatan dan
kemudahan termasuk tempat tidur dan baginda tidak perlu bermalam di
rumah rakyat seperti KMJ sebelum ini.

Katanya, baginda tidak mempunyai masalah bermalam di rumah rakyat dikunjunginya, namun keadaan itu menyebabkan mereka menjadi serba salah.

“Untuk tidak menyusahkan sesiapa, saya gunakan bas pada tahun ini dan akan tidur di dalamnya di tempat yang akan disinggahi nanti.

“Saya akui pastinya bas ini akan menjadi tumpuan rakyat di tempat kami singgah nanti. Saya juga berpeluang berbual dan minum bersama rakyat, walaupun bermalam dalam bas,” titahnya.

“Saya akui pastinya bas ini akan menjadi tumpuan rakyat di tempat kami singgah nanti. Saya juga berpeluang berbual dan minum bersama rakyat, walaupun bermalam dalam bas,” titahnya.

Sumber : metro

Sabtu, 21 Jun 2014

Sultan Ibrahim pandu bas mewah

JOHOR BAHRU – Siri jelajah diraja Kembara Mahkota Johor (KMJ) tidak terkecuali mempamerkan kelainan dan keunikan setiap kali penganjurannya yang tersendiri saban tahun.Mengetuai kembara, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan memilih buat julung kalinya sejak KMJ dicetuskan baginda sejak 2001 untuk memandu bas mewah Prevost Marathon Coach bermula hari ini sehingga 24 Jun depan.Penganjuran KMJ bertujuan mendampingi masyarakat khususnya golongan miskin di jajahan takluk negeri ini sekali gus mengeratkan hubungan institusi diraja dan rakyat.

KMJ dimulakan dengan kembara bermotosikal pada 2001 sehingga 2006, 2008, 2010 dan 2012 dan 2013; diikuti Jelajah Pulau pada 2004 dan 2007; Jelajah Perkampungan Orang Asli 2005; Jelajah Pendalaman 2009; Kembara Berkeretapi pada 2010 manakala pada 2011 penjelajahan menggunakan tiga kenderaan iaitu motosikal berkuasa tinggi, pacuan empat roda dan bot.Ia akan diiringi isteri baginda, Tuanku Zarith Sofiah Sultan Idris Shah bersama enam putera dan puteri iaitu Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail; Tunku Aminah; Tunku Abdul Jalil; Tunku Idris dan Tunku Abu Bakar bersama pemimpin negeri dan ketua jabatan akan menjelajah ke seluruh negeri ini, sejauh 858 kilometer.

Majlis bermula di Dataran Majlis Bandaraya Johor Bahru dan berakhir di Dataran Mahkota, Kota Iskandar, Nusajaya selain pelbagai acara diatur di setiap laluan yang disinggah baginda.Antaranya, pelancaran kempen Johor Bebas Asap Rokok, senam robik, pameran kesihatan dan permainan rakyat selaras tema KMJ kali ini yang mempromosi gaya hidup sihat selain keunikan sebuah van yang akan mengagihkan aiskrim secara percuma kepada rakyat.

Pada hari pertama, Sultan Ibrahim dan rombongannya akan mengembara sejauh 303 kilometer dari Johor Bahru ke Pasir Gudang, Kulaijaya, Kota Tinggi dan Mersing.Diikuti menjelajah 235 kilometer pada hari kedua dari Mersing ke Kluang, Batu Pahat dan Segamat dan hari keesokannya, melalui perjalanan 163 kilometer dari Segamat ke Ledang, Muar, Batu Pahat dan mengakhiri kembara pada hari keempat sejauh 157 kilomter dari Batu Pahat ke Pontian seterusnya tamat di Nusajaya.


Sumber : 
Sinar Harian

Peta Laluan Kembara Mahkota Johor 2014

Kembara Mahkota Johor 2014

Hari pertama [Sabtu, 21 Jun 2014]

Dataran Bandaraya Johor Bahru
Maktab Sains Mara Seri Alam, Pasir Gudang
Dewan Felda Bukit Permai, Kulaijaya
Taman Komuniti Bandar Tenggara
Hutan Lipur Panti, Kota Tinggi
Dataran Mersing / Dewan Jubli Intan
Istana Sri Mersing (bermalam)
(jumlah = 303 kilometer)

Hari kedua [Ahad, 22 Jun 2014]

Dataran Pantai Sri Mersing (pelepasan)
Dataran Kahang, Kluang
Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom, Kluang
Majlis Daerah Yong Peng, Batu Pahat
Taman reakrasi, Bandar Segamat
Felda Medoi, Segamat
Padang sekolah kebangsaan LKTP Felda Medoi, Segamat (bermalam)
(jumlah = 235 kilometer)

Hari ketiga [Isnin, 23 Jun 2014]

Padang LKTP, Sekolah Kebangsaan LKTP Medoi Segamat
Dewan Felda Sri Jaya, Ledang
Tapak perhentian bas Bukit Gambir, Ledang
Dataran Tanjung Emas, Muar
Dewan Semarah, Batu Pahat
Stadium Batu Pahat, Jalan Ampuan
Jeti Minyak Beku, Batu Pahat
(jumlah = 163 kilometer)

Hari keempat [Selasa, 24 Jun 2014]

Jeti Minyak Beku, Batu Pahat
Kampung Nelayan, Benut Pontian
Stadium Mini, Pontian
Kampung Ulu Pulai, Pontian
Dataran Mahkota, Kota Iskandar Nusajaya. (penutup)
(jumlah = 157 kilometer)

Jumlah keseluruhan perjalanan Kembara Mahkota Johor 2014 edisi yg ke-17 adalah sejauh 858 kilometer.

KEMBARA MAHKOTA JOHOR (KMJ) 2014 BERMULA PADA HARI INI

KMJ 2014 BERMULA HARI INI

Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) merasa cukup bertuah kerana dipilih sebagai tuan rumah bagi menganjurkan acara perasmian Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2014 di Dataran Majlis Bandaraya Johor Bahru.

Pegawai Daerah Johor Bahru, Amran A. Rahman berkata, pihaknya telah bersedia sepenuhnya bagi memastikan majlis pelancaran berjalan dengan jayanya sebelum Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bersama kerabat diraja Johor dan pemimpin kerajaan negeri memulakan kembara sejauh 858 kilometer ke seluruh pelosok negeri.

"Kami merasa amat bertuah kerana bukan sahaja menjadi tuan rumah acara pembukaan malah turut menganjurkan majlis penutupan di Dataran Mahkota, Kota Iskandar, Nusajaya pada Selasa ini.

"Dianggarkan seramai 4,000 orang yang terdiri daripada para jemputan, pelajar sekolah, kakitangan agensi kerajaan dan swasta hadir memeriahkan acara pelancaran esok," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Amran memberitahu, bersempena acara perlepasan itu juga, MBJB juga turut menganjurkan acara berbasikal yang mendapat penglibatan seramai 2,000 peserta melakukan kayuhan di sekitar bandar raya Johor Bahru.

Speaker Dewan Undangan Negeri Johor, Tan Sri Mohamad Aziz dijadualkan menyempurnakan acara pelepasan rombongan KMJ 2014 yang diketuai oleh Sultan Ibrahim sendiri.

Selepas acara perlepasan bermula, destinasi pertama dikunjungi KMJ 2014 ialah Maktab Rendah Sains Mara Johor Bahru di Bandar Seri Alam sebelum berangkat menuju ke Dewan Felda Bukit Permai, Layang-Layang, Kulaijaya.

Rombongan KMJ 2014 diteruskan ke destinasi seterusnya di Taman Komuniti, Bandar Tenggara, Kota Tinggi kira-kira 4.30 petang dan kemudiannya berangkat ke Hutan Lipur Panti, Kota Tinggi dan berakhir di Kampung Sri Lalang, Mersing.

Ahad, 15 Jun 2014

Jeritan maut Nor Balqis  

Johor Bahru: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut selepas dilanggar bas sekolah mini yang dinaikinya di Jalan Seroja, Taman Plentong di sini, petang tadi.

ORANG ramai cuba memberi bantuan kepada Nor Balqis yang terbaring di jalan raya.

Dalam kejadian jam 1.10 petang itu, mangsa Nor Balqis Atiqah Hamdan Rasan Tawani Ahmad yang juga murid tahun satu Sekolah Rendah Kebangsaan Permas Jaya 2 di sini, disahkan meninggal dunia pada jam 2.45 petang ketika mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital Sultan Ismail (HSI).

Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Abdul Samad Salleh berkata, siasatan dijalankan mendapati kejadian berlaku ketika pemandu bas itu berhenti di bahu jalan untuk menurunkan mangsa dan penumpang lain.

Menurutnya, bas itu kemudiannya bergerak ke depan sebelum pemandunya terdengar jeritan mangsa dan mendapati Nor Balqis terbaring di sebelah kanan di belakang mini itu. "Mangsa yang parah di kepala dan badannya dikejarkan ke unit kecemasan HSI namun disahkan meninggal dunia ketika dirawat,” katanya.

Rabu, 11 Jun 2014

Jagalah Johor, jangan jadi KL dan Pulau Pinang

Pertahan tanah daripada jatuh ke tangan orang luarPengumuman Menteri Besar Johor “menegah tanah milik Melayu dijual kepada orang asing” dan ucapan ADUN Kempas, Tengku Putra Haron Aminur Rashid dalam sidang Dewan Undangan Negeri Johor (BH 5 Jun 2014) merangsang saya menulis komentar ini. "">

Negeri Johor adalah salah satu benteng kukuh pertahanan kuasa peribumi Semenanjung. Kira-kira dua tahun lalu, ketika bandar Iskandar mula dibangunkan, Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan agar bandar baru yang gah ini tidak akan jadi milik orang Singapura. Amaran beliau hilang ditelan keghairahan ‘pembangunan’ dan publisiti menarik ‘pelaburan asing’.Menjual dan ‘menganugerahkan’ tanah kepada orang asing dan bukan peribumi – dengan apa bentuk dan cara pun - samalah dengan menjual bangsa dan negara. Janganlah kita asyik membaca laporan pencapaian ekonomi. Sekali sekala, elok juga dibaca lagi cerita jenaka Pak Pandir, Pak Kadok, Lebai Malang dan Mat Jenin. Jangan ketawa. Jadikan cermin untuk melihat bangsa kita.Kata Tengku Putra,

“Kekayaan bumi Johor seharusnya dinikmati oleh warga Johor yang sentiasa taat setia selama ini terhadap Kerajaan Barisan Nasional. Kesetiaan, ketaatan dan kemurnian hati warga Johor jangan sekali-kali dirobek apabila kita melayan orang asing atas nama menggamit pelaburan.”Tegasnya,

“Walaupun kita mengalu-alukan pelaburan asing ke bumi Johor - dari negara mana sekali pun - kita seharusnya bijak menilai pelaburan asing.” (Pelaburan di negeri manapun memang perlu berhati-hati. Pengaruh wang sangat berbahaya.)Beliau mengingatkan, “

Penjualan hartanah kepada pelabur asing hanya menguntungkan pihak yang membuat transaksi dan sekali gus menghijrahkan rakyat yang kurang berkemampuan ke kawasan luar bandar.” (Kisah rakyat peribumi berhijrah ke luar bandar, adalah cerita lama yang berlaku berterusan sejak zaman penjajahan hinggalah ke zaman merdeka.)Jual bangsa, negara Menjual dan ‘menganugerahkan’ tanah kepada orang asing dan bukan peribumi – dengan apa bentuk dan cara pun - samalah dengan menjual bangsa dan negara. Maka yang tidak boleh dijual, bukan saja tanah milik Melayu, tetapi tanah milik siapa pun, termasuk milik kerajaan (milik rakyat peribumi!).

Akibatnya kita jadi penumpang dan pengemis di bumi warisan nenek moyang. Ini sudah terjadi di semua negeri, terutama di Lembah Klang, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang!Tengku Putra juga mendedahkan berita “seorang hartawan hebat dari negara jiran” telah bersepakat dengan “pihak tempatan di Johor” untuk menubuhkan “sebuah syarikat keselamatan di Wilayah Pembangunan Iskandar”.

Beliau menegaskan, “Dengan pengawal keselamatan berjumlah 600 orang, lengkap bersenjata, pasukan kawalan keselamatan milik jutawan ini hampir menyamai satu batalion tentera.”Di bahagian akhir ucapannya Tengku Putra mengingatkan: “Dalam kerancakan kita membangunkan hartanah dan pelaburan lain di Johor ini, khususnya di kawasan saya di Kempas, saya menuntut agar kejujuran, ketegasan serta keikhlasan pentadbiran Datuk Menteri Besar tidak akan merelakan mana-mana pihak khususnya di bumi Kempas, menitiskan air mata.

”Negeri Johor adalah bumi tempat kelahiran UMNO. Sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) pada tahun 2013, Johor adalah kubu kebal kebanggaan ahli dan pendukung UMNO. Tetapi setelah diserang bertubi-tubi tahun demi tahun, kubu ini sudah mulai ditembusi musuh. Untuk pertama kalinya, kota kelahiran parti agung Melayu ini ditawan oleh DAP, apabila Lim Kit Siang berjaya mengalahkan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman pada PRU 2013.Pernahkah kita, khususnya orang Johor berfikir mengapa Lim Kit Siang boleh mengalahkan tokoh besar UMNO di Bandar Diraja, Johor Bahru?Akibat kemasukan modal asingUcapan, ADUN Kempas ini, luas dan dalam makna dan mesejnya. Bukan sekadar mengenai pembangunan ekonomi di Johor.

Tetapi juga akibat pembangunan dan kemasukan modal asing kepada bangsa pribumi dan negara kita, Malaysia.Hubaya! Hubaya! Kita sedang ghairah dengan pelbagai kegiatan ekonomi dan pelancongan, dan megah dengan sanjungan dunia. Pendatang asing pun sudah menguasai kita. Kita leka dan terus berebut wang dan kuasa - sesama kita.Tengku Putra mengingatkan “Kita telah pun kehilangan hak kedaulatan kita ke atas Pulau Batu Putih kepada Singapura.”

Barangkali - sementara masih ada segelintir lagi generasi tua yang memperjuangkan kemerdekaan - elok juga kita sama-sama mengingatkan: Mengapa dan bagaimana Pulau Singapura boleh jatuh kepada kuasa pendatang dari luar Bumi Nusantara? Bagaimana Pulau Pinang terlepas dari kuasa peribumi tempatan? Kuala Lumpur pun bakal terlepas juga. Ingatlah! Dalam dunia, tragedi seperti ini hanya berlaku di bumi kita.Janganlah kita asyik membaca laporan pencapaian ekonomi. Sekali sekala, elok juga dibaca lagi cerita jenaka Pak Pandir, Pak Kadok, Lebai Malang dan Mat Jenin. Jangan ketawa. Jadikan cermin untuk melihat bangsa kita.ADUN Kempas, tidak mahu ‘rakyat Johor, khususnya di bumi Kempas menitiskan air mata’, menyanyi lagu: Tudung periuk pandai menari. Menari lagu putera mahkota. Kain yang buruk berikan kami. Buat menyapu si air mata.Orang Pulau Pinang dan Kuala Lumpur dah lupa pun lagu ini. Majoriti generasi muda dah tak kisah lagi apa nak jadi. Yang penting, buatlah apa sahaja untuk wang. Zaman ini, maruah dan harga diri tak penting lagi. Boleh ketawa dan menjerit terpekik-pekik melihat telatah orang Melayu Mencari Bintang!

Ahad, 23 Februari 2014

Semua mangsa lemas ditemui

SEGAMAT: Suasana pilu menyelubungi lokasi kejadian lapan remaja lemas di Sungai Muar, Buloh Kasap selepas kesemua keluarga menangis sebaik sahaja penemuan tiga mayat terakhir, petang tadi.

Dua mayat mangsa lemas ditemui serentak pada jam 2.43 petang sebelum mayat terakhir ditemui kira-kira empat minit selepas itu.

Tiga mayat itu adalah Mohd Zaki Zaidi, 16; Mohd Izuan Hakimi Amin, 13, dan Mohd Hafizuddin Kamal, 16, dan ditemui kira-kira satu meter dari tempat mayat pertama ditemui semalam.

Sebelum itu, mayat Mohd Nazreen Zainal, 14 ditemui sebaik saja azan Zuhur dilaungkan untuk solat berjemaah, manakala mayat Mohd Shafiq Md Shukor, 16 ditemui jam 2.06 petang tadi.
Foto

PASUKAN Bomba dan Penyelamat mengangkat mayat keempat, Mohd Nazreen Zainal. FOTO Zulkarnain Ahmad Tajuddin

Lokasi mencari dan menyelamat bagi hari ini dipanjangkan sehingga tiga kilometer daripada lokasi semalam.

Operasi hari kedua membabitkan 70 anggota daripada pelbagai agensi keselamatan.

Seramai 20 anggota Unit Skuba Bomba dan Penyelamat Melaka dan Negeri Sembilan juga membantu pada operasi hari ini.

Semalam, 12 anggota Unit Skuba Bomba dan Penyelamat Johor terbabit dalam operasi mencari mangsa.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi semalam, lapan sekawan terjatuh ke dalam Sungai Muar akibat tergelincir dari tebing yang runtuh.

Namun, mayat Mohd Hafzul Daniel Norhashim, 16, ditemui pada jam 3.29 petang diikuti Mohd Zikri Zaidi, 14, pada jam 3.41 petang dan Nazrul Aminuddin Zamri, 15, pada 4.22 petang semalam.

Jenazah Mohd Hafizul selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sepinang, dekat sini, kira-kira jam 10 malam tadi.

Sabtu, 22 Februari 2014

Kerja sedut pasir di Sungai Muar dihenti

Tarikh: February 22, 2014

SEGAMAT - Pejabat Daerah Segamat mengarahkan kerja-kerja menyedut pasir berhampiran Sungai Muar di Pekan Buloh Kasap di sini, di mana tiga remaja lemas dan lima lagi masih hilang, dihentikan serta merta.
  
Pegawai Daerah Abdul Rahim Nin berkata syarikat berkenaan juga diarahkan membawa keluar peralatan mereka dari kawasan itu dengan segera.
  
Menurutnya kerja-kerja menyedut pasir itu telah menambah kedalaman sungai terbabit dan mendatangkan bahaya kepada penduduk sekitar.
  
"Pihak Jabatan Parit dan Saliran Daerah Segamat juga meminta syarikat itu membaiki tebing sungai yang runtuh itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian itu hari ini.
  
Abdul Rahim yang juga Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Daerah berkata pada masa ini, sebanyak 18 lesen dikeluarkan bagi kerja-kerja menyedut pasir di sepanjang Sungai Muar di daerah Segamat dengan 10 daripadanya aktif, tiga menunggu kelulusan lanjutan dan lima tidak aktif.

Petang semalam, pasukan penyelamat menemui mayat Mohd Hafizul Danial Norhashim, 16, Mohd Zikri Zaidi, 14 dan Nazirul Aminuddin Zamri, 15.
  
Pasukan itu masih meneruskan usaha mencari Mohd Shafiq Mohd Syukur, 16, Mohd Hafizuddin Kamal, 16, Mohd Zaki Zaidi, 16, Mohd Izuan Hakimi, 16 dan Mohd Nazreen Zainal, 14.
  
Kesemua mangsa tinggal di Taman Mewah, yang terletak berhampiran dengan lokasi kejadian, dan merupakan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Buloh Kasap.
  
Abdul Rahim berkata terdapat 40 penyelam terlibat dalam operasi mencari itu termasuk dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor dan Johor. - Bernama

Ahad, 9 Februari 2014

TMJ kutuk penyokong cetus kekecohan

9 Februari 2014

    TMJ kutuk penyokong cetus kekecohan Anggota polis menahan penyokong yang menimbulkan kekecohan selepas perlawanan malam, kelmarin.

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengutuk keras, tindakan penyokongnya atau negeri-negeri lain yang membuat kekacauan dan bergaduh sesama sendiri.

Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor berkata, para penyokong yang terlibat dalam membuat kekacauan akan berdepan tindakan tegas.

Menurutnya, tindakan persengketaan dan provokasi sehingga menimbulkan kekecohan seperti itu bukan sahaja boleh memecah-belah bangsa Melayu, malah boleh dipandang rendah oleh bangsa lain.

“Segala persengketaan, provokasi dan hina-menghina ini tiada manfaatnya dan sekiranya diikutkan perasaan hasad dengki, tiada kesudahannya.

"Jangan terlalu mudah bangsa Melayu berpecah-belah, sehingga diperlekehkan oleh bangsa lain.

“Kepada para penyokong Johor dan negeri-negeri lain yang menjaga disiplin dan tingkah laku, syabas saya ucapkan kepada anda semua.

“Tetapi kepada penyokong Johor dan negeri-negeri lain yang membuat kekacauan, saya mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan tersebut dan tindakan tegas akan diambil kepada mereka yang terlibat,” katanya yang dipetik melalui laman sosial Facebook, Johor Southern Tigers, di sini, semalam.

Tunku Ismail berkata, dalam semua penyokong memberi sokongan kepada pasukan masing-masing, sebaiknya mereka mengelak daripada terlibat dalam insiden pergaduhan sesama sendiri.

“Apa yang lebih penting, adalah para penyokong hendaklah memberi sokongan kepada pasukan masing-masing dan elakkan daripada bergaduh sesama sendiri, sesama umat Islam,” katanya.

Tunku Ismail turut mengucapkan tahniah di atas kejayaan pasukan Pahang dan mengharapkan JDT boleh berusaha lebih gigih untuk saingan perlawanan seterusnya.

“Tahniah saya ucapkan kepada pasukan Pahang. Kepada pasukan Johor, berusaha lebih gigih lagi pada masa akan datang,” katanya.

Sabtu, 8 Februari 2014

'Kita tidak boleh paksa orang lain suka JDT

JOHOR BAHRU - Presiden Kelab Penyokong Johor, Azlan Afandi Saufee Afandi menyeru penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) agar bersatu di belakang gergasi Liga Malaysia (Liga-M) itu kerana pasukan Harimau Selatan kini semakin banyak dilemparkan dengan perkara negatif.

"Kita tak boleh nak paksa orang lain untuk suka pada kita...jadi apa yang kita boleh lakukan adalah terus memberi sokongan tanpa berbelah bahagi kepada pasukan kegemaran kita," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini semalam.

Sementara itu, Azlan Afandi menyambut keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang memberi kemenangan percuma 3-0 kepada JDT ke atas T-Team dalam perlawanan pusingan kedua Piala FA dengan penuh rasa syukur dan gembira.Pada masa sama, beliau yakin FAM sudah meneliti perkara tersebut daripada pelbagai sudut sekali gus mereka (FAM) mempunyai asas yang munasabah untuk membuat keputusan sedemikian.

"Saya harap semua penyokong melupakan semua sengketa yang pernah wujud dan terus memberi sokongan kepada perlawanan yang akan datang," katanya.Jawatankuasa FAM dalam mesyuaratnya semalam membuat ketetapan tersebut berdasarkan Perkara 4.12.15b peraturan pertandingan Liga Malaysia 2013-2016 kerana kesalahan T-Team yang tidak menghabiskan baki perlawanan pada separuh masa kedua.

FAM bersedia panggil TMJ

PENGERUSI Jawatankuasa Pertandingan, Datuk Seri Afandi Hamzah (kanan) dan Hamidin Mohd. Amin menjawab soalan wartawan dalam sidang akhbar mengenai insiden pergaduhan melibatkan JDT dan T-Team, di Wisma FAM, Petaling Jaya semalam.

PETALING JAYA - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tetap akan memanggil Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sekiranya perlu untuk membantu siasatan atau dikenakan pertuduhan berhubung insiden di dalam terowong membabitkan pemain import T-Team, Evaldo Goncalves sewaktu perlawanan Piala FA di Johor Bahru pada Sabtu lalu.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, pihaknya tidak akan memilih bulu kepada mana-mana pihak demi mencari keadilan, dan ini termasuk terhadap Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) itu.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya tidak dapat mengulas lanjut berhubung insiden di dalam terowong menuju bilik persalinan di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos itu kerana Jawatankuasa Tatatertib serta Sekretariat FAM sedang melakukan siasatan.

"FAM melalui Sekretariat dan Jawatankuasa Tatatertib akan membuat susulan dalam tempoh yang terdekat terhadap isu di dalam terowong mengikut proses setelah meneliti semua laporan yang kami dapat, jika terdapat bukti menunjukkan adanya pergaduhan dan pertelingkahan, kes ini akan dibawa untuk perbicaraan.

"Perlu saya nyatakan di sini, tiada sebarang kompromi dalam hal ini dan sekiranya FAM perlu membawa Tunku Mahkota Johor menghadiri mesyuarat tatatertib, kami akan buat.

"Saya sedia maklum laporan polis dalam hal ini telah dibuat, cuma FAM akan bertindak mengikut bidang kuasa kami dan hal lain diserahkan kepada pihak keselamatan," katanya dalam sidang akhbar di Wisma FAM semalam.

Mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM semalam hanya membincangkan mengenai status keputusan perlawanan antara kedua-dua pasukan dan akan menetapkan tarikh persidangan selewat-lewatnya pada minggu hadapan jika terdapat kes dalam laporan insiden terbabit.

Pihak pengurusan T-Team mendakwa Evaldo telah ditumbuk oleh pegawai pengurusan tertinggi PBNJ ketika menuju ke bilik persalinan sementara jurulatih kecergasan, Stefano Impagliazzo ditendang di bahagian kemaluan.

Susulan kejadian itu, T-Team menerusi Ketua Pegawai Operasi, Syahrizan Mohd. Zain membuat laporan polis di Kuala Terengganu atas faktor keselamatan pemain pada 3 Februari lalu.

Perkembangan kes berkenaan bertambah menarik apabila jurulatih JDT, Cesar Ferrando Jimenez pula membuat laporan polis di Balai Polis Sentral, Johor Baharu Selatan pada hari yang sama selepas mendakwa kolar bajunya ditarik oleh Impagliazzo dan ditolak oleh salah seorang pemain T-Team.

Jumaat, 7 Februari 2014

Hindari politik dalam sukan.

Tarikh: February 7, 2014

PPerlawanan JDT menentang T-Team seharusnya menjadi iktibar.INSIDEN kekecohan yang berlaku ketika aksi pusingan kedua Piala FA 2014 antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan T-Team di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Larkin, 1 Februari lalu, wajar dijadikan iktibar.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Johor, Datuk Zulkurnain Kamisan berkata, semua pihak perlu menghindari permainan politik dalam kancah sukan termasuk bola sepak.

Menurutnya, kejadian yang berlaku tempoh hari menunjukkan wujudnya kejadian mempolitikkan sukan bola sepak sehingga ada yang cuba menuding jari seterusnya mempersalahkan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) tanpa bukti kukuh.“Sukan bola sepak sepatutnya dijadikan landasan menyatupadukan rakyat, bukannya dicampuradukkan dengan pelbagai isu yang boleh ‘melemaskan’ peminat.“Sebagai badan induk sukan yang profesional, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) seharusnya lebih terbuka dan profesional dalam menangani perkara ini," katanya, semalam.

Mengulas mengenai keputusan FAM yang berpihak kepada JDT dengan kemenangan 3-0 ke atas T-Team, beliau memberitahu keputusan itu adalah tepat."Keputusan yang tepat setelah melihat beberapa faktor dan siasatan termasuklah mengambil keterangan dua pihak," katanya.

Luahan terbuka dan berani Syafik Yahya kepada Sultan Johor

syafiqyahya

Kami baru sahaja mendapat kiriman dari rakan kami bernama Syafik Yahya, di dalam surat tersebut beliau telah meluahkan rasa hatinya terhadap pemerintahan Sultan Johor, anak muda ini meluahkan pendapatnya dan diharap semoga luahan dan pendapat ini dapat menjadi panduan dan perkongsian untuk kita bersama..

Teguran Suci Rakyat Marhaen kepada Sultan Johor

Bismillahirrahmannirrahim,

Adapun patik rakyat biasa, tiada harta berjuta ria, cukup dengan sekadar yang ada. Tidak selayaknya menasihati tuanku yang disanjung merata-rata.

Tiadalah berita yang mendukacitakan selain membaca keratan akhbar tentang enam 6 bidang tanah seluas 46.94 hektar pegangan bebas oleh vendor (tuanku) telah dijual kepada pelabur asing pada harga RM 4.5 billion.

Urusniaga tersebut menyaksikan transaksi rekod jualan lebih sekali ganda daripada urusniaga jualan tanah di Danga Bay juga kepada pelabur asing pada Disember tahun lepas iaitu pada RM 860 kaki persegi.

Penarikan pelaburan asing dari China itu bagi membangunkan segmen pasaran hartanah disamping segmen pendidikan, pelancongan dan lain-lain. Hal ini adalah sejajar dengan hasrat kerajaan negeri untuk maju seperti Singapura, begitu menurut laporan akhbar.

Bentuk pelaburan asing secara langsung begini memang mendatangkan pembangunan infrastruktur yang pantas dan rancak. Namun, sejauh manakah rakyat seperti kami mendapat limpahan daripada projek-projek pembangunan ini? Ini antara perkara yang perlu diperhalusi.
Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar

Pertama , melihatkan kepada harga tanah sekaki persegi RM860 itu, sudah pastinya unjuran harga premis-premis bangunan akan melonjak kepada sekurang-kurangnya RM1400-1500 kaki persegi.

Andai sebuah kediaman berkeluasan 22″ x 70″ iaitu anggaran biasa kediaman rumah teres setingkat seluas 1540 kaki didarab dengan harga premis RM1400 kaki persegi (sekurang-kurangnya) menjadikan nilai hartanah tersebut sekitar RM2.15 juta.

Bagaimana pula dengan kediaman semi D, banglo, pusat komersial serta premis perniagaan lain yang sudah tentunya jauh lebih mahal. Sudah pastinya harga-harga tersebut jauh dari kemampuan rata-rata rakyat biasa seperti kami.

Akhirnya, akibat ketidakmampuan pemilikan hartanah tersebut pastinya ekuiti tersebut akan jatuh ke tangan pelabur asing akibat didorong oleh kuasa beli yang tinggi, faktor permintaan yang baik serta lokasi yang strategik.

Jika perkara sebegini berterusan, maka tidak hairanlah jika lambat laun generasi warisan kita hanya akan mampu menyanyikan lagu “anak kecil main api” yang antara liriknya ..”nenek moyang kaya raya, tergadai seluruh harta benda” sebagai salah satu subjek kurikulum menaikkan semangat survival di sekolah pada masa akan datang. Pada ketika itu, segalanya sudah terlambat.

Kedua 2, kepesatan pembangunan mestilah sejajar dengan purata pendapatan rakyat dan pembangunan modal insan. Andai ia tidak sejajar, dibimbangi rakyat marhaen akan ibarat merempat di bumi sendiri. Tinggal di sekitar bangunan pencakar langit dan premis-premis mewah. Namun hakikatnya seperti di drama-drama melayu yang sembang projek berjuta, anak orang kaya tapi hakikatnya tidaklah seperti yang disangka.

Pembangunan modal insan meliputi aspek pendidikan yang baik, ilmu kemahiran termasuklah pengetahuan asas perniagaan dan perdagangan haruslah dibangunkan seiring dengan pembangunan infra. Patik percaya di bawah pentadbiran ke bawah Duli Tuanku, Johor akan membangun sebagai sebuah kerajaan yang maju malah setanding dengan Singapura satu hari nanti insyaa Allah.

Ketiga 3, patik sebagai rakyat lebih gembira Khazanah Nasional mahupun Johor Corp sebagai peneraju dalam kesemua pelaburan hartanah di Iskandar Malaysia. Itu lebih mengembirakan berbanding melihat pelabur asing menguasai dan mendominasi Iskandar Malaysia satu persatu. Biarlah pembangunan itu sedikit perlahan berbekalkan modal sedia ada juga suntikan dana dari kerajaan negeri dan pusat tapi bukan dengan menjual bidang-bidang tanah secara langsung kepada pelabur asing.

Sebagai rakyat yang menjunjung kasih tuanku, patik gembira andai Johor boleh kembali gah sebagai tempat perdagangan maju dan masyhur seperti yang diceritakan dalam buku sejarah di sekolah suatu ketika dahulu.

Semoga Allah kurniakan kesihatan kepada tuanku untuk terus mentadbir Johor dengan adil, saksama dan penuh hikmah untuk manfaat sekian rakyat jelata. Maafkan patik andai ada kata-kata yang ‘beraja di mata, bersultan di hati’ yang mungkin mengguris.

Patik mungkin tidak dapat menyampaikan surat dari hati ini kepada tuanku tapi sekadar mampu berkongsi di ruangan maya agar ada insan-insan yang boleh panjangkan kepada tuanku. Patik yang menjunjung kasih.

Keratan akhbar: 6 bidang tanah seluas 46.94 hektar pegangan bebas oleh vendor Sultan Johor telah dijual kepada pelabur asing pada harga RM 4.5 billion.

Rakyat Marhaen,

Syafik Yahya

P/S: Tahniah kami ucapkan, kerana kelantangan anda untuk bersuara walaupun hanya di alam maya, tetapi pada hemat kami ramai dikalangan rakyat Malaysia khususnya orang Johor merasai perkara yang sama, cuma takut untuk meluahkan pendapat, diharap dengan perkongsian anda ini, dapat membuka mata pihak-pihak tertentu untuk mengambil berat tentang hal ini, biarlah kita berjuang pada hari ini agar generasi akan datang tidak menyalahkan kita, tidak menuding jari atas kesilapan yang telah kita lakukan hari ini.. Pamerkan hak kita sebagai rakyat untuk bersuara.

Sumber : http://suarainsan.net/luahan-terbuka-dan-berani-syafik-yahya-kepada-sultan-johor/

Rabu, 5 Februari 2014

Siapa serang siapa?

Cesar Ferrando Jiminez (kanan), bersama peguam Baljit Sigh Sidhu (tengah) dan Fahmy Yahya menunjukkan salinan laporan polis yang dibuat di Balai Polis Johor Bahru Selatan, semalam.

JOHOR BAHRU - Selepas pasukan T-Team mendakwa pemain mereka ditumbuk dan membuat laporan polis di Kuala Terengganu kelmarin, semalam Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) pula tampil membuat laporan polis berhubung insiden pergaduhan yang berlaku semasa perlawanan pusingan kedua Piala FA antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan T-Team di Stadium Tan Sri Hassan Yunos di sini, Sabtu lalu.

Laporan tersebut dibuat oleh Ketua Jurulatih, Cesar Ferrando Jiminez yang juga Pengurus Pasukan JDT di Balai Polis Sentral, di sini pukul 2 petang dengan diiringi oleh Naib Presiden PBNJ, Onn Jabar; Setiausaha Kehormat PBNJ, Mohd. Fahmy Yahya dan peguam, Datuk Baljit Singh Sidhu.Menurut Baljit, laporan berkenaan dibuat bagi menjelaskan perkara sebenar yang berlaku termasuk insiden di terowong ekoran terlalu banyak tohmahan selain perkara sebenar diputarbelitkan oleh pihak T-Team sedangkan yang menjadi mangsa dalam kejadian itu adalah Jiminez."Terlalu banyak tohmahan tentang insiden itu, fakta juga tidak diberi dengan jelas dan disebabkan itu, dia (Jiminez) tampil buat laporan bahawa dia yang diserang oleh jurulatih kecergasan T-Team dan pemain yang memakai jersi nombor 16 pasukan tersebut."Dalam insiden itu, kolar baju dia telah ditarik oleh jurulatih kecergasan T-Team...itu sebenarnya yang berlaku.

Dia (Jiminez) diserang termasuk dengan kata-kata kesat dan selain itu tiada apa yang berlaku," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan berkenaan.Kelmarin, polis Terengganu menerima empat laporan daripada pasukan bola sepak T-Team berhubung kekecohan itu yang dibuat pihak pengurusan, dua pemain import serta jurulatih kecergasan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu.Ketua Pegawai Operasi T-Team, Syahrizan Mohd. Zain yang membuat laporan tersebut mendakwa pemain T-Team, Elvaldo Rodriguez telah ditumbuk di muka oleh pegawai tertinggi PBNJ, manakala jurulatih kecergasan pasukan, Stefano Impagliazzo disepak di bahagian kemaluan.Baljit berkata, PBNJ akan menyiasat secara terperinci perkara tersebut termasuk mengambil tindakan sewajarnya sekiranya terdapat fitnah atau tohmahan tidak berasas dan pada masa sama akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).Katanya,

laporan itu disiasat mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut, namun enggan mengulas lanjut.

Pelarasan tarif insurans diluluskan BNM

KUALA LUMPUR 4 Feb. - Bank Negara Malaysia (BNM) telah meluluskan pelarasan kadar baharu tarif insurans kenderaan untuk tahun ini, dengan anggaran peningkatan sekitar RM2 hingga RM23.

Tarif baharu itu akan berkuat kuasa pada 15 Februari ini, ke atas setiap kenderaan baharu yang dibeli atau insurans yang diperbaharui semula.

Kelulusan itu antara lain membabitkan pelarasan tarif asas bagi perlindungan komprehensif dan perlindungan pihak ketiga untuk kenderaan persendirian dan motosikal.

Pelarasan itu merupakan kali ketiga sejak 2012, selepas BNM membenarkan peningkatan premium setiap tahun antara 2012 hingga 2015.

Difahamkan, BNM telah pun menghantar notis pelarasan itu kepada Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) minggu lalu.

Di dalam notis tersebut, PIAM perlu memastikan ahli-ahlinya yang terdiri daripada lebih 30 pemain industri insurans mengikut kadar premium terbaharu itu bagi memastikan pengguna tidak keliru dengan pelarasan tersebut.

Pada 2011, BNM telah meluluskan pelarasan kadar premium insurans itu sebagai sebahagian daripada Rangka Kerja Perlindungan Motor Baharu.

Menurut bank pusat itu, pelarasan tersebut merupakan kali pertama sejak 30 tahun lalu dan membabitkan jumlah yang kecil serta dilakukan secara berperingkat dalam tempoh empat tahun bermula 2012.

Institut Automotif Malaysia (MAI) sebelum ini meramalkan jumlah jualan keseluruhan industri (TIV) kenderaan baharu tahun ini bakal mencapai 670,000 unit.

Perkembangan ini dilihat memberi manfaat kepada syarikat insurans am yang kini boleh meraih kutipan premium yang lebih tinggi.

Selasa, 4 Februari 2014

Gaduh: PBNJ buat laporan polis

JOHOR BAHRU 4 Feb. - Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) hari ini membuat laporan polis tentang insiden pergaduhan semasa perlawanan pusingan kedua Piala FA antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan T-Team di Stadium Tan Sri Hassan Yunos di sini, Sabtu lalu.

Laporan tersebut dibuat oleh Ketua Jurulatih, Cesar Ferrandi Jiminez yang juga Pengurus Pasukan JDT di Balai Polis Sentral di sini.

Jurulatih JDT pula dakwa jadi mangsa

Jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), César Ferrando Jiménez hari ini membuat laporan polis berhubung dakwaan kejadian di dalam terowong masuk ke bilik persalinan pemain di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin, Sabtu lepas.

Menurut peguamnya Datuk Baljit Singh Siddhu, dalam laporan itu Ferrando menyatakan bahawa beliau merupakan mangsa dalam kejadian itu.

"Jiménez berkata beliau adalah mangsa dalam kejadian itu tetapi T-Team telah memutar belit fakta," katanya kepada pemberita di Balai Polis Sentral Johor Baharu Selatan di sini hari ini.

Menurut Baljit, Ferrando menyatakan bahawa instruktur kecergasan T-Team telah bertindak menarik kolar bajunya, manakala pemain T-Team berjersi nombor 16 menolaknya.

"Kita akan lihat perkara ini secara terperinci dan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana fitnah atau tohmahan mengenai perkara tersebut," katanya.

Setiausaha Kehormat JDT, Mohd. Fahmy Yahya turur hadir di balai polis tetapi pihak media yang turut berada di situ tidak diberikan salinan laporan polis tersebut.

Perlawanan antara JDT dan T-Team di Stadium Larkin itu ditangguhkan selepas separuh masa pertama apabila T-Team yang ketinggalan 1-2 tidak mahu meneruskan permainan atas alasan keselamatan.

Semalam pemain T-Team, pihak pengurusaan dan jurulatih kecergasannya membuat empat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Terengganu berhubung insiden itu.

Pemain dan jurulatih kecergasan T-Team yang didakwa terlibat ialah pemain import dari Brazil, Evaldo Rodrigues dan jurulatih Stefano Impagliazzo. - BERNAMA

PBNJ sedia beri kerjasama

JOHOR BAHRU - Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) sedia memberi kerjasama kepada pihak polis berhubung siasatan insiden pergaduhan sehingga menyebabkan perlawanan Piala FA antara Johor Darul Ta'azim (JDT) dan T-Team di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Sabtu lalu ditangguhkan.

PBNJ dalam kenyataan ringkas satu perenggan memberitahu, pihaknya dimaklumkan bahawa laporan polis telah dibuat oleh pihak T-Team mengenai insiden tersebut.

Aksi separuh masa kedua perlawanan itu terpaksa ditangguhkan apabila semua pemain T-Team enggan meneruskan perlawanan kerana mendakwa seorang pemainnya dikasari pihak pengurusan tertinggi pasukan JDT semasa di terowong menuju ke bilik persalinan sejurus tamat masa pertama.

Kejadian itu bermula ekoran pertelingkahan antara Jurulatih Kecergasan T-Team, Stefano Impagiazzo dengan Ketua Jurulatih JDT, Cesar Fernando Jimenez yang kemudian mendapat campur tangan pemain serta pihak pengurusan pasukan.

Sementara itu, dalam kenyataan lain PBNJ memaklumkan pihaknya akan memasang kamera litar tertutup (CCTV) di dalam terowong dan bilik persalinan bagi tujuan pemantauan.

"Diharapkan juga persatuan-persatuan bola sepak yang lain yang tiada CCTV di terowong stadium masing-masing dapat mengambil langkah yang sama untuk kemajuan bola sepak negara khususnya," menurut kenyataan itu.

Dalam satu lagi kenyataan, PBNJ turut menasihatkan penyokong JDT agar bertenang.

"...tidak ada apa yang perlu dirisaukan, bersangka baik dengan benda yang kita tak pasti, sematkan di dalam diri anda bola sepak untuk perpaduan bukan untuk medan perbalahan," ujar kenyataan di dalam laman sosial itu.

Nasib JDT jadi mangsa konspirasi!

Nasib JDT jadi mangsa konspirasi

    JDTPasukan JDT gagal meneruskan kemaraan ke peringkat separuh akhir kempen Piala Malaysia, musim ini.

ZAMAN kegemilangan sukan bola sepak tanah air pernah menyaksikan Malaysia melayakkan diri ke Sukan Olimpik Munich 1972 dan Sukan Olimpik Moscow 1980.

Begitu hebat Malaysia pada waktu itu hinggakan pasukan bola sepak berstatus seperti dunia Jepun dan Korea Selatan turut menggeruni pasukan ini di era tersebut.

Namun kemegahan itu tidak lama kerana selepas tiga abad berlalu, secara perlahan-lahan Jepun dan Korea Selatan meninggalkan Malaysia jauh ke belakang daripada segi kualiti, mutu dan gaya permainan.

Situasi itu kerana dua negara terbabit telah mengorak langkah menerapkan corak permainan moden dan profesional dalam liga masing-masing. Liga Jepun dan Korea Selatan berubah daripada budaya permainan yang semata-mata bergantung kepada aspek fizikal pemain kepada permainan penuh taktikal serta strategi.

Budaya Liga Malaysia pula kekal di takuk lama dengan mengamalkan budaya permainan kasar, bola melambung-lambung, menghantar terus bola bahagian atas untuk direbut beramai-ramai oleh pemain dengan harapan nasib menyebelahi.

Cukup menggelikan hati apabila pendokong bola sepak Malaysia yang mendakwa diri mereka pakar sukan bola sepak menyifatkan corak permainan `kuno' itu sebagai kelas dan hebat. Natijahnya, pasukan-pasukan bola sepak di Malaysia seronok sendiri dalam liganya sendiri hingga tahun 2012 tanpa dunia mempedulikan.

Kemunculan JDT

Selepas bertahun-tahun BUDAYA permainan hambar diamalkan dalam liga Malaysia, tiba-tiba liga ini kembali mendapat perhatian antarabangsa gara-gara kemunculan JDT hasil penjenamaan semula dilakukan Tengku Mahkota Johor ke atas pasukan itu sejak tahun lalu.

Pasukan bola sepak selatan tanah air dengan jolokan Harimau Selatan itu dilihat serius mahu membawa pembaharuan dalam liga Malaysia bagi mempertingkatkan martabat kekampungan liga Malaysia kepada martabat profesional dan moden.

Pelaburan jutaan ringit dibuat sejak tahun lalu untuk memastikan hasrat itu tercapai dengan mengubah infrastruktur Stadium Larkin supaya menjadi stadium pertama di Malaysia mencapai standard Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa).

JDT turut menjadi pasukan pertama di Malaysia berjaya menarik pemain profesional bertaraf antarabangsa iaitu Pablo Aimar (kiri) dan Luciano Figueroa Pablo Aimar selain mengumpulkan pemain-pemain ternama tanah air dibawah satu bumbung pada musim ini.

Pengurusan JDT yang diketuai Tengku Mahkota Johor pastinya berhasrat kemahiran dan corak permainan profesional Aimar dan Figueroa kelak mempengaruhi corak permainan pemain tempatan apabila mereka bermain bersama-sama dalam sebuah pasukan.

Bagaimanapun, akibat gara-gara tidak mendapat sokongan badan berkepentingan dalam industri sukan bola sepak tanah air iaitu FAM dan pihak media, pasukan JDT berhadapan laluan sukar merealisasikan hasrat murni tersebut.

Cukup ketara FAM bersikap dingin ke atas pasukan JDT dan sering membuat keputusan tidak menyebelahi pasukan itu dengan insiden paling ketara pada perlawanan di Pahang tahun lalu yang menyaksikan penyokong JDT dicederakan dengan batu tetapi Persatuan Bola Sepak Negeri Johor 2012 (PBNJ) pula dipersalahkan dan didenda.

Lebih teruk pada musim ini, FAM dengan jelas enggan memastikan mutu pengadilan yang baik dan adil dalam setiap perlawanan membabitkan JDT - seolah-olah memberi `license' atau `green light' kepada setiap pasukan lawan untuk mengasari dan mencederakan pemain JDT.

Keputusan berat sebelah dan tidak profesional pengadil menyukarkan pemain JDT mempamerkan permainan gaya profesional dan moden sepanjang 90 minit perlawanan sedangkan corak permainan profesional mendambakan mutu pengadilan yang profesional.

Malah, pemain profesional dunia seperti Aimar turut mempersoalkan perkara itu hingga mendapat liputan meluas media luar negara - berdasarkan peraturan Fifa pengadil dikehendaki melindungi pemain bertaraf bintang kerana mereka golongan berisiko dianiaya atau dicederakan di atas padang. Itu tidak berlaku dalam liga Malaysia.

Semalam sekali lagi menyaksikan pasukan JDT dianiaya apabila pasukan lawan dengan sengaja enggan meneruskan perlawanan di Stadium Larkin selepas menyedari penguasaan penuh JDT dalam perlawanan terbabit sewaktu JDT mendahului mereka 2-1.

Dakwa pasukan lawan, berlaku pertelingkahan antara jurulatih dan mereka enggan meneruskan permainan disebabkan hal itu - cukup remeh alasan tersebut kerana pertelingkahan mulut antara jurulatih mahupun pemain sewaktu perlawanan lumrah dalam permainan bola sepak di seluruh dunia.

Berdasarkan peraturan Fifa, JDT perlu mendapat KEMENANGAN PERCUMA memandangkan pasukan lawan menarik diri semasa permainan berlangsung.

Malangnya, Komissioner Perlawanan, Zainal Mukri dengan bersahaja memaklumkan bahawa perlawanan itu cuma ditangguhkan. Jelas FAM mahu membantu mengelakkan pasukan lawan tumpas kepada JDT malam semalam.

Desas-desus mula tersebar tentang teori konspirasi untuk memastikan JDT kecundang teruk pada persaingan tahun ini bagi mengaibkan usaha TMJ berikutan bimbang dengan pemilihan pucuk kepimpinan FAM pada tahun ini.

Sudah tiba masa Menteri Belia dan Sukan memantau dan menangani perkembangan negatif ini kerana usaha JDT mewujudkan budaya permainan bertaraf antarabangsa dan moden di Malaysia pasti terhalang sekiranya isu iri hati dan hasad dengki ini tidak diatasi segera.

Penulis difahamkan kebanyakan wartawan sukan di Malaysia pula amat fanatik terhadap pasukan negeri masing-masing dan terlalu bimbang kemunculan JDT menggugat peluang pasukan kesayangan mereka menguasai Liga Malaysia.

Sikap tidak profesional wartawan sukan Malaysia terbukti melalui beberapa insiden berlebihan seperti kenyataan-kenyataan berbaur provokasi yang sering dilemparkan oleh pengulas sukan bagi memburuk-burukkan kredibiliti TMJ dan pasukan itu.

Begitu juga dengan kenyataan-kenyataan peribadi ramai wartawan sukan melalui akaun Facebook mereka yang terus menerus memperlekehkan dan mempertikaikan TMJ dan sebarang perkara yang membabitkan pasukan itu.

Laporan akhbar pula memutar belit kenyataan pengurusan JDT dan menyiarkan artikel bagi niat memberi imej buruk kepada pasukan itu.

Kini semua pihak menunggu keputusan FAM berhubung tindakan pasukan lawan JDT menarik diri semasa perlawanan sedang berlangsung di Stadium Larkin semalam.

Namun, penulis yakin keputusan itu nanti sekali lagi tidak menyebelahi JDT - Nasib JDT kerana jadi mangsa konspirasi dan iri hati.

Ahmad Albab
NOTA: Artikel ini pandangan peribadi penulis daripada Melaka. - Kredit: Abangwan OK

TMJ beri keterangan insiden Larkin

Presiden Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ) Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim Ismail memberi keterangan berhubung insiden kekecohan di Stadium Tan Sri Datuk Hassan Yunos, Larkin Sabtu lalu kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Laman Facebook JDTFC hari ini mengeluarkan gambar Ismail yang juga Tengku Mahkota Johor (TMJ) keluar dari kenderaan di hadapan pejabat PBNJ.

Dimuatkan juga keterangan bertulis: "TMJ hadir di Pejabat PBNJ untuk beri keterangan kepada pihak FAM."

Ia dipercayai berkaitan insiden pergaduhan pada perlawanan Piala FA antara kedua pasukan antara Johor Darul Takzim (JDT) dan T-Team pada Sabtu.

Dalam pertemuan itu, T-Team enggan meneruskan perlawanan pada babak kedua selepas mendakwa pemain importnya Evaldo Rodrigues Goncalves Cardoso dan Fabio Flor serta jurulatih kecergasan Stefano Impagliazzo dikasari pengurusan tertinggi JDT.

Insiden itu didakwa berlaku ketika mereka menuju ke bilik persalinan selepas tamat separuh masa pertama.

Insiden Larkin: T-Team buat 4 laporan polis

12:33PM Feb 4 2014

Polis Terengganu menerima empat laporan daripada pasukan bola sepak T-Team berhubung insiden kekecohan perlawanan pusingan kedua Piala FA di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor, Sabtu lepas.

Ketua Polis Negeri Datuk Jamshah Mustapa berkata pihak pengurusan, dua pemain import serta jurulatih kecergasan Stefano Impagliazzo membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu antara pukul 9 malam dan 12.30 tengah malam tadi.

"Kami akan menyiasat dan akan memanggil serta merakamkan percakapan saksi-saksi yang berada di tempat kejadian bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi Bernama di Kuala Terengganu Isnin.

Pada pertemuan dengan Johor Darul Ta'zim (JDT), T-Team enggan meneruskan perlawanan pada babak kedua selepas mendakwa pemain importnya Evaldo Rodrigues dan Fabio Flor serta Impagliazzo dikasari oleh pengurusan tertinggi JDT ketika menuju ke bilik persalinan selepas tamat separuh masa.

T-Team, yang ketinggalan 2-1 pada separuh masa, mendakwa mereka tidak dapat meneruskan perlawanan atas faktor keselamatan.

- Bernama

Isnin, 3 Februari 2014

‘Aksi kampung’: PBSNT

Kuala Terengganu: “Seperti bola sepak kampung,” itu luahan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid yang kesal dan tidak berpuas hati berhubung insiden yang menimpa penyerang import T-Team, Evaldo Rodrigues yang didakwa ditumbuk pengurusan Johor Darul Ta’zim (Johor DT) manakala jurulatih kecergasan, Stefano Impagiazzo dikasari pegawai keselamatan pada perlawanan pusingan kedua Piala FA di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam kelmarin.

Wan Ahmad Nizam berkata, beliau meminta siasatan terperinci dijalankan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk mengetahui siapa yang bersalah dalam insiden itu selain menjaga maruah bola sepak tanah air.

“Saya akui insiden menimpa pemain T-Team yang ditumbuk hingga hidung berdarah dan dikasari amat mendukacitakan serta memalukan kerana sepatutnya perkara sebegini tidak berlaku dalam era bola sepak profesional, tapi apa yang berlaku sebaliknya.

“Saya akan minta Ketua Pegawai Eksekutif T-Team, Ab Rasid Jusoh membuat laporan polis supaya insiden itu tidak akan berulang sambil menyerahkan kebijaksanaan badan induk bola sepak negara membuat keputusan berhubung isu itu,” katanya.
Foto

PEMAIN Johor DT terpaksa menunggu di tepi padang apabila pasukan T-Team enggan meneruskan perlawanan, kelmarin.

Sementara itu, pengurusan T-Team sudah menghantar laporan penuh kepada FAM berhubung insiden perlawanan itu yang membabitkan pemainnya dengan Johor DT.

FAM ambil tindakan tegas

Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memberi jaminan akan mengenakan tindakan tegas terhadap mana-mana pemain dan pegawai yang terbabit dalam insiden kekecohan aksi Piala FA antara Johor Darul Ta’zim (Johor DT) dan T-Team kelmarin.

Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, walaupun kes itu dianggap berprofil tinggi namun mereka tetap akan menjalankan prosedur siasatan yang sama membabitkan kedua-dua pasukan sebaik menerima laporan perlawanan hari ini.

“Saya akan menerima laporan daripada Komisioner Perlawanan, Pengadil, Koordinator Perlawanan dan kedua-dua pasukan esok (hari ini). Saya sudah berbincang dengan Datuk Afandi (Hamzah) untuk mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) Khamis ini bagi membincangkan isu ini.

“Jika ada bukti pegawai dan pemain melanggar peraturan tatatertib pertandingan, kita akan bawa mereka menghadap Jawatankuasa Tatatertib bagi tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Arena Metro semalam.

Perlawanan di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin kelmarin terpaksa ditangguh selepas pasukan pelawat T-Team bimbingan Mohd Azraai Khor Abdullah enggan meneruskan perlawanan apabila mendakwa ada pemain dan pegawai mereka dipukul dalam insiden kekecohan di terowong ketika menuju ke bilik persalinan pada rehat babak pertama.

DITAJA OLEH

IKLAN BERBAYAR

Kepada yang berminat untuk mengiklankan perniagaan dan Individu sila hantarkan pemohonan ke email :
johordarultakzimjdt@gmail.com