Pertahan tanah daripada jatuh ke tangan orang luarPengumuman Menteri Besar Johor “menegah tanah milik Melayu dijual kepada orang asing” dan ucapan ADUN Kempas, Tengku Putra Haron Aminur Rashid dalam sidang Dewan Undangan Negeri Johor (BH 5 Jun 2014) merangsang saya menulis komentar ini. "">
Negeri Johor adalah salah satu benteng kukuh pertahanan kuasa peribumi Semenanjung. Kira-kira dua tahun lalu, ketika bandar Iskandar mula dibangunkan, Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan agar bandar baru yang gah ini tidak akan jadi milik orang Singapura. Amaran beliau hilang ditelan keghairahan ‘pembangunan’ dan publisiti menarik ‘pelaburan asing’.Menjual dan ‘menganugerahkan’ tanah kepada orang asing dan bukan peribumi – dengan apa bentuk dan cara pun - samalah dengan menjual bangsa dan negara. Janganlah kita asyik membaca laporan pencapaian ekonomi. Sekali sekala, elok juga dibaca lagi cerita jenaka Pak Pandir, Pak Kadok, Lebai Malang dan Mat Jenin. Jangan ketawa. Jadikan cermin untuk melihat bangsa kita.Kata Tengku Putra,
“Kekayaan bumi Johor seharusnya dinikmati oleh warga Johor yang sentiasa taat setia selama ini terhadap Kerajaan Barisan Nasional. Kesetiaan, ketaatan dan kemurnian hati warga Johor jangan sekali-kali dirobek apabila kita melayan orang asing atas nama menggamit pelaburan.”Tegasnya,
“Walaupun kita mengalu-alukan pelaburan asing ke bumi Johor - dari negara mana sekali pun - kita seharusnya bijak menilai pelaburan asing.” (Pelaburan di negeri manapun memang perlu berhati-hati. Pengaruh wang sangat berbahaya.)Beliau mengingatkan, “
Penjualan hartanah kepada pelabur asing hanya menguntungkan pihak yang membuat transaksi dan sekali gus menghijrahkan rakyat yang kurang berkemampuan ke kawasan luar bandar.” (Kisah rakyat peribumi berhijrah ke luar bandar, adalah cerita lama yang berlaku berterusan sejak zaman penjajahan hinggalah ke zaman merdeka.)Jual bangsa, negara Menjual dan ‘menganugerahkan’ tanah kepada orang asing dan bukan peribumi – dengan apa bentuk dan cara pun - samalah dengan menjual bangsa dan negara. Maka yang tidak boleh dijual, bukan saja tanah milik Melayu, tetapi tanah milik siapa pun, termasuk milik kerajaan (milik rakyat peribumi!).
Akibatnya kita jadi penumpang dan pengemis di bumi warisan nenek moyang. Ini sudah terjadi di semua negeri, terutama di Lembah Klang, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang!Tengku Putra juga mendedahkan berita “seorang hartawan hebat dari negara jiran” telah bersepakat dengan “pihak tempatan di Johor” untuk menubuhkan “sebuah syarikat keselamatan di Wilayah Pembangunan Iskandar”.
Beliau menegaskan, “Dengan pengawal keselamatan berjumlah 600 orang, lengkap bersenjata, pasukan kawalan keselamatan milik jutawan ini hampir menyamai satu batalion tentera.”Di bahagian akhir ucapannya Tengku Putra mengingatkan: “Dalam kerancakan kita membangunkan hartanah dan pelaburan lain di Johor ini, khususnya di kawasan saya di Kempas, saya menuntut agar kejujuran, ketegasan serta keikhlasan pentadbiran Datuk Menteri Besar tidak akan merelakan mana-mana pihak khususnya di bumi Kempas, menitiskan air mata.
”Negeri Johor adalah bumi tempat kelahiran UMNO. Sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) pada tahun 2013, Johor adalah kubu kebal kebanggaan ahli dan pendukung UMNO. Tetapi setelah diserang bertubi-tubi tahun demi tahun, kubu ini sudah mulai ditembusi musuh. Untuk pertama kalinya, kota kelahiran parti agung Melayu ini ditawan oleh DAP, apabila Lim Kit Siang berjaya mengalahkan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman pada PRU 2013.Pernahkah kita, khususnya orang Johor berfikir mengapa Lim Kit Siang boleh mengalahkan tokoh besar UMNO di Bandar Diraja, Johor Bahru?Akibat kemasukan modal asingUcapan, ADUN Kempas ini, luas dan dalam makna dan mesejnya. Bukan sekadar mengenai pembangunan ekonomi di Johor.
Tetapi juga akibat pembangunan dan kemasukan modal asing kepada bangsa pribumi dan negara kita, Malaysia.Hubaya! Hubaya! Kita sedang ghairah dengan pelbagai kegiatan ekonomi dan pelancongan, dan megah dengan sanjungan dunia. Pendatang asing pun sudah menguasai kita. Kita leka dan terus berebut wang dan kuasa - sesama kita.Tengku Putra mengingatkan “Kita telah pun kehilangan hak kedaulatan kita ke atas Pulau Batu Putih kepada Singapura.”
Barangkali - sementara masih ada segelintir lagi generasi tua yang memperjuangkan kemerdekaan - elok juga kita sama-sama mengingatkan: Mengapa dan bagaimana Pulau Singapura boleh jatuh kepada kuasa pendatang dari luar Bumi Nusantara? Bagaimana Pulau Pinang terlepas dari kuasa peribumi tempatan? Kuala Lumpur pun bakal terlepas juga. Ingatlah! Dalam dunia, tragedi seperti ini hanya berlaku di bumi kita.Janganlah kita asyik membaca laporan pencapaian ekonomi. Sekali sekala, elok juga dibaca lagi cerita jenaka Pak Pandir, Pak Kadok, Lebai Malang dan Mat Jenin. Jangan ketawa. Jadikan cermin untuk melihat bangsa kita.ADUN Kempas, tidak mahu ‘rakyat Johor, khususnya di bumi Kempas menitiskan air mata’, menyanyi lagu: Tudung periuk pandai menari. Menari lagu putera mahkota. Kain yang buruk berikan kami. Buat menyapu si air mata.Orang Pulau Pinang dan Kuala Lumpur dah lupa pun lagu ini. Majoriti generasi muda dah tak kisah lagi apa nak jadi. Yang penting, buatlah apa sahaja untuk wang. Zaman ini, maruah dan harga diri tak penting lagi. Boleh ketawa dan menjerit terpekik-pekik melihat telatah orang Melayu Mencari Bintang!