IKLAN

JOM SERTAI KOMUNITI KITA JDT

Jumaat, 7 Disember 2012

Geran tanah dinantikan penduduk Kampung Pesisir


Kampung Pesisir mempunyai kira-kira 400 penduduk yang rata-ratanya dalam kalangan nelayan.

PONTIAN - Kira-kira 400 penduduk di Kampung Pesisir dekat Jalan Sekolah Arab, di sini, berharap tanah yang didiami sejak 30 tahun lalu, diluluskan untuk pemilikan tetap oleh Kerajaan Negeri.

Ketua Umno Cawangan Kampung Pesisir, Rosli Mohd Tahir berkata, biarpun telah dimaklumkan mengenai tapak kediaman di situ berstatus kekal, namun penduduk berasa bimbang kerana tiada geran tanah yang diperoleh.

“Tahun lepas, penduduk telah menerima khabar gembira daripada Ahli Parlimen Tanjong Piai, Datuk Wee Jeck Seng di mana kerajaan bersetuju mengekalkan tapak rumah penduduk, di sini.
“Selain itu, Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman juga pernah membuat lawatan ke sini, pada awal bulan lalu,” katanya kepada  Sinar Harian, semalam.

Jelasnya, setiap tahun penduduk akan membuat permohonan ke pejabat tanah daerah bagi mendapatkan geran tanah kediaman mereka.

Biarpun sukar untuk memperoleh sebarang geran pada masa terdekat ini, namun Kerajaan Negeri boleh mempertimbangkan untuk memberikan penduduk status pajak atau Lesen Menduduki Sementara (TOL).

“Kami tidak pernah berputus asa berusaha memohon dan merayu agar diberikan geran tanah ke atas kawasan kediaman yang telah kami huni sejak 30 tahun lalu,
“Kami berharap agar kerajaan negeri mempertimbangkan untuk memberikan kami status pajak atau TOL kepada kami,” ujarnya.

Sementara itu, penduduk yang ditemui, Yusof Awang, 65, berkata, kunjungan yang sering diadakan pelbagai pihak dan agensi kerajaan sedikit melegakan penduduk.

Namun, katanya, selagi penduduk tidak diberikan sebarang surat atau geran tapak tanah rumah, kebimbangan tetap ada.

“Kampung ini pada mulanya hanya dihuni lapan penduduk sahaja, namun semakin lama semakin ramai yang tinggal di sini terutamanya golongan nelayan dan penarik beca.

“Sehingga hari ini, lebih daripada 45 rumah ada di Kampung Pesisir yang terletak berhampiran dengan Sungai Pontian Kechil,” katanya.
Bagi, Halifah Hamzah, 62, pula memberitahu, dia sudah tinggal di Kampung Pesisir sejak berusia 17  tahun lagi.
“Keadaan ketika itu tidak sama seperti hari ini. Kini, pelbagai kemudahan dinikmati penduduk,” katanya.

JDTns- Sinar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DITAJA OLEH

IKLAN BERBAYAR

Kepada yang berminat untuk mengiklankan perniagaan dan Individu sila hantarkan pemohonan ke email :
johordarultakzimjdt@gmail.com