IKLAN

JOM SERTAI KOMUNITI KITA JDT

Khamis, 22 Ogos 2013

37 MAUT, 16 CEDERA

37 MAUT, 16 CEDERA  
PASUKAN Bomba dan Penyelamat bersama Jabatan Pertahanan Awam mengangkat mayat mangsa kemalangan bas jatuh gaung di Genting Highland, semalam. - Foto Mokhsin Abidin


  • Bas terhumban dalam gaung di Jalan Genting Highlands
  • Mangsa terperosok, bertindih di bahagian depan bas
  • Nahas terburuk babitkan bas dalam sejarah negara

Genting Highlands: Seramai 37 terbunuh termasuk pemandu apabila sebuah bas yang membawa 52 penumpang terbabas dan terhumban ke dalam gaung, di kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur, petang semalam.

Seramai 16 penumpang cedera, kebanyakannya parah dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur, Hospital Selayang, Hospital Sungai Buluh dan Hospital Bentong.

Tragedi itu adalah kemalangan jalan raya terburuk dengan jumlah mangsa paling banyak terkorban di negara ini.

Dalam kejadian jam 2.22 petang itu, bas syarikat Genting Transport yang dalam perjalanan membawa penumpang ke stesen Hentian Pekeliling di ibu negara, dilaporkan gagal dikawal ketika menuruni bukit di laluan sehala, lalu terbabas dan terhumban ke gaung sedalam 67 meter.

Selepas terhumban, bas tersangkut pada pokok, manakala ada penumpang yang tercampak keluar dan ditemui di celah pokok.
Menurut seorang penumpang yang cedera, Nur Fathia Jaafar, 21, bas dipandu melebihi had laju sebelum merempuh penghadang jalan dan berpusing dan terhumban ke dalam gaung.

Rempuh penghadang jalan

Penolong Ketua Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Soimon Jahid, mengesahkan bas merempuh penghadang jalan sebelum terhumban.

“Berdasarkan siasatan di lokasi, sebahagian besar penumpang tercampak keluar, manakala sebahagian lagi ditemui terperangkap dan tersepit dalam bas.

“Pasukan penyelamat dari Balai Bomba Genting yang tiba di lokasi pada jam 2.30 petang mengesan sebahagian penumpang yang masih hidup di kawasan kejadian sebelum memulakan operasi menyelamat membawa mangsa naik ke jalan raya," katanya ketika di temui di lokasi kejadian malam tadi.

Hanya 49 tiket dijual

Katanya, hasil perancangan teliti semua agensi keselamatan yang terbabit, operasi menyelamat digerakkan sebelum 16 mangsa yang hidup dapat dibawa naik dan dihantar ke hospital.

“Sehingga jam 8 malam, pasukan penyelamat menemui 37 mayat. Kita belum dapat mengesan jumlah sebenar penumpang kerana hanya 49 tiket disahkan dijual untuk perjalanan berkenaan," katanya.

Operasi menyelamat dan membawa keluar semua mayat dilakukan lebih 450 pegawai dan anggota Bomba, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Rela dan kakitangan Genting Highlands Resort (GHR).

Turut meninjau operasi menyelamat adalah Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah; Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Ahli Parlimen Bentong, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

SUMBER - Bharian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DITAJA OLEH

IKLAN BERBAYAR

Kepada yang berminat untuk mengiklankan perniagaan dan Individu sila hantarkan pemohonan ke email :
johordarultakzimjdt@gmail.com