IKLAN

JOM SERTAI KOMUNITI KITA JDT

Selasa, 20 Ogos 2013

‘Ini keputusan saya’

Johor Bahru: Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) mengesahkan Fandi Ahmad (gambar) meletak jawatan sebagai pengurus pasukan, semalam.

Dalam kenyataan yang diedarkan semalam, PBNJ dan Fandi bersetuju untuk 'berpisah’ menerusi kata sepakat dan mengikut haluan masing-masing selepas kedua-dua pihak membuat pertimbangan teliti sebelum kata putus dibuat.
“Fandi jurulatih cemerlang dan berdedikasi dalam membentuk pasukan ini menjadi mantap. Keputusan ini dipersetujui bersama dan bagi pihak PBNJ, kami ingin mencari pendekatan taktikal berbeza.

“Pintu sentiasa terbuka buat Fandi kembali menyertai PBNJ dan pengurusan persatuan negeri tetap menganggap beliau sebagai sebahagian daripada keluarga kami, malah akan menyokong dalam apa jua yang beliau ceburi pada masa akan datang.
FotoFANDI (tengah) ketika mengendalikan skuad Harimau Selatan.

“Berita ini amat mendukacitakan buat PBNJ dan seluruh penyokong Johor DT, namun kami tetap mendoakan yang terbaik buat beliau yang sudah banyak menabur bakti kepada pembangunan bola sepak Johor,” menurut kenyataan PBNJ itu.

Fandi mula menjejak kaki dalam kancah Liga Malaysia (Liga M) musim lalu ketika membimbing Johor dalam saingan Liga Perdana dan kemudiannya dinaikkan pangkat musim mengendalikan skuad Harimau Selatan pada saingan Liga Super.

Kelibat legenda bola sepak Singapura itu berjaya membentuk barisan mantap dan selepas hanya enam bulan, Johor DT layak ke final Piala FA sebelum tewas 0-1 kepada Kelantan di Stadium Bukit Jalil, 29 Jun lalu.

Menyedari betapa perubahan harus dilakukan bagi memulihkan prestasi Johor DT, pengurusan PBNJ melakukan rombakan drastik apabila melantik Azmi Mohamad memegang jawatan ketua jurulatih mengambil alih tugas Fandi yang dilantik sebagai pengurus pasukan sebelum saingan Piala Malaysia bermula dan jawatan itu akan di ambil alih Cesar Ferrando Giminez bermula Liga M musim depan.

Fandi dalam kenyataan yang ditandatangani beliau sendiri menyatakan sudah membuat pertimbangan sewajarnya dan melepaskan jawatan pengurus pasukan.

“Bola sepak adalah hidup saya dan tidak boleh dipisahkan. Keputusan ini memang berat tapi demi karier saya sebagai jurulatih dan keluarga, saya terpaksa membuat keputusan ini.

“Saya berharap tiada pihak membuat sebarang spekulasi berhubung peletakan jawatan ini dan saya berterima kasih kepada Presiden PBNJ Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang sentiasa memberi sokongan ketika saya membimbing Johor DT. Ingin saya katakan keputusan ini dibuat menerusi persefahaman antara saya dan PBNJ,” kata Fandi.

Sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DITAJA OLEH

IKLAN BERBAYAR

Kepada yang berminat untuk mengiklankan perniagaan dan Individu sila hantarkan pemohonan ke email :
johordarultakzimjdt@gmail.com