IKLAN

JOM SERTAI KOMUNITI KITA JDT

Ahad, 16 Disember 2012

Lima pemain Harimau lapor diri di Johor Darul Takzim

 Lima pemain kebangsaan yang baru selesai mengharungi saingan separuh akhir Piala Suzuki AFF akan melaporkan diri untuk menyertai kelab Johor Darul Takzim menghadapi kempen Liga Malaysia (Liga M), esok.

Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha, Aidil Zafuan Abd Radzak, Azmi Muslim dan Safiq Rahim diberikan cuti rehat sehingga 23 Disember sebelum memulakan latihan pertama bersama skuad Harimau Selatan kendalian Fandi Ahmad.
 
“Biarlah mereka berehat dulu, saya tidak mahu memberi tekanan dengan latihan mendadak sebaliknya mereka perlu juga bersama keluarga masing-masing,” kata Fandi.

Mengulas corak permainan skuad Harimau Selatan yang mengatasi kelab Pelita Bandung (Pelita Jaya FC) 2-0 pada aksi persahabatan di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin, kelmarin, Fandi menegaskan masih ada kelemahan perlu diperbaiki.

Tumpuan pastinya menjurus kepada aspek kawalan bola dan umpanan tidak tepat selepas dua pemain import, Daniel Guiza dan Simone Del Nero tampak kurang mendapat sokongan dari rakan sepasukan.

Yang pasti aksi persahabatan itu berjaya menggamit kehadiran lebih 10,000 penyokong sekali gus mengembalikan gema ‘Sorakan Larkin' yang sekian lama sepi malah Fandi sendiri teruja dengan sokongan padu peminat itu.

JDTns - BH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DITAJA OLEH

IKLAN BERBAYAR

Kepada yang berminat untuk mengiklankan perniagaan dan Individu sila hantarkan pemohonan ke email :
johordarultakzimjdt@gmail.com