IKLAN

JOM SERTAI KOMUNITI KITA JDT

Selasa, 27 Ogos 2013

Kembara Mahkota KMJ 2013 ( Hari Ke Empat )

Aturcara Hari Keempat

27 Ogos 2013 – Selasa

0800 : SEBANA COVE
- DYMM Sultan Johor berangkat ke Kampung Johor Lama, Kota Tinggi
0900 – 1015 : KAMPUNG JOHOR LAMA, KOTA TINGGI

- Keberangkatan tiba DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ di Kampung Johor Lama, Kota Tinggi
  • Program DYMM Sultan Johor
- DYMM Sultan Johor bercemar duli
- Membuat pelepasan pertandingan memancing (kategori pantai)
- Menyampaikan hadiah kepada Pemenang Pertandingan Memancing (kategori laut dalam)
- Menyaksikan demonstrasi masakan belangkas, ikan asam pedas, siput gonggong, karipap gergasi dan air sakar (welcome drink)
- DYMM Sultan Johor berangkat ke khemah santapan
  • Program DYAM Tunku Mahkota Johor
- DYAM Tunku Mahkota Johor dipersilakan ke taklimat mengenai sejarah Kota Tinggi disampaikan oleh pihak Muzium Kota Tinggi dan Yayasan Warisan Johor
- DYAM Tunku Mahkota Johor berangkat ke khemah santapan
  • Program YAM Paduka-Paduka Anakanda
- YAM Paduka-paduka Anakanda berangkat ke :
      – Pertandingan memanah
      – Pertandingan cap teh
      – Pertandingan Klereng
      – Pertandingan Boling Padang
- YAM Paduka-Paduka Anakanda berangkat ke khemah santapan
- Majlis santapan
- Sembah ucapan oleh Pegawai Daerah Kota Tinggi
- Cabutan bertuah 3 kaum disempurnakan oleh DYMM Sultan Johor
- Persembahan cenderahati kepada DYMM Sultan Johor daripada Pegawai Daerah Kota Tinggi
- Persembahan cenderahati oleh DYMM Sultan Johor kepada Pegawai Daerah Kota Tinggi
- Bacaan doa keberangkatan oleh Kadi daerah Kota Tinggi
- DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ berangkat ke Dewan Serbaguna Kampung Rahmat, Kulaijaya
1045 – 1100 : DATARAN KOTA TINGGI, KOTA TINGGI (REHAT)
* DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ berehat seketika di bandar Kota Tinggi
1200 – 1315 : DEWAN SERBAGUNA KAMPUNG RAHMAT, KULAIJAYA
- Keberangkatan tiba DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ di Dewan Serbaguna Kampung Rahmat, Kulaijaya
- Bacaan doa keberangkatan oleh kadi daerah Kulaijaya
  • Program DYMM Sultan Johor
- DYMM Sultan Johor melihat pertandingan sukan rakyat
*DYAM Tunku Mahkota Johor serta paduka-paduka anakanda yang lain akan menyertai sukan rakyat sekiranya berminat
- DYMM Sultan Johor dan rombongan melawat ke pameran dan jualan oleh jabatan-jabatan dan masyarakat setempat
- DYMM Sultan Johor dan rombongan melihat pertandingan dan pertunjukan gasing
  • Program YAM Paduka Anakanda
- YAM Paduka Anakanda melawat ke pertandingan mewarna dan menyampaikan sumbangan bantuan kepada ibu tunggal
- YAM Paduka Anakanda  melawat ke khemah pertandingan memasak, gubahan, demonstrasi IKS dan pameran produk IKS
- YAM Paduka Anakanda menyampaikan  bantuan MAIJ dan JKM kepada penduduk miskin dan anak-anak yatim
- Majlis santapan
- Sembah ucapan daripada Pegawai Daerah Kulaijaya
- Cabutan bertuah 3 kaum disempurnakan oleh DYMM Sultan Johor
- Persembahan cenderahati kepada DYMM Sultan Johor oleh Pegawai daerah Kulaijaya
- Persembahan cenderahati oleh DYMM Sultan Johor kepada Pegawai Daerah Kulaijaya
- Bacaan doa keberangkatan oleh Kadi daerah Kulaijaya
- DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ berangkat ke Dewan Raya MPJBT, Gelang Patah, Johor
1515 – 1515 : DEWAN RAYA MPJBT, GELANG PATAH
- Keberangkatan tiba DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ di Dewan MPJBT Gelang Patah
- Bacaan doa keberangkatan oleh Kadi daerah Johor Bahru
  • Program DYMM Sultan Johor
- DYMM Sultan Johor dipersilakan ke dewan MPJBT Gelang Patah untuk melawat ke ruang pameran di luar dan di dalam dewan
  • Program DYAM Tunku Mahkota Johor
- DYAM Tunku Mahkota Johor dipersilakan ke Klinik Kesihatan Gelang Patah untuk program bersama –sama Jabatan Kesihatan Negeri Johor
- DYMM Sultan Johor dipersilakan ke tempat bersemayam di dalam dewan
- DYMM Sultan Johor dan DYMM Raja Zarith Sofiah berangkat ke Majlis Perasmian Penutup KMJ 2013 di Padang Awam Gelang Patah
1515 – 1615 : MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2013
- Keberangkatan tiba DYMM Sultan Johor dan DYMM Raja Zarith Sofiah di Padang Awam Gelang Patah
- Persembahan pancaragam oleh Polis Diraja Malaysia
- Lagu Bangsa Johor
- Bacaan doa majlis
- Sembah ucapan oleh YAB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin Menteri Besar Johor
- Cabutan bertuah 3 kaum disempurnakan oleh DYMM Sultan Johor
- Persembahan cenderahati kepada DYMM Sultan Johor oleh Pegawai Daerah Johor Bahru
- Persembahan cenderahati oleh DYMM Sultan Johor kepada Pegawai daerah Johor Bahru
- Persembahan cenderahati oleh DYMM Sultan Johor kepada ketua-ketua jabatan
- Majlis santapan
- Bacaan doa penutup Kembara Mahkota Johor 2013
- Sesi bergambar bersama rombongan KMJ
- Keberangkatan balik DYMM Sultan Johor
1645 : ISTANA PASIR PELANGI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DITAJA OLEH

IKLAN BERBAYAR

Kepada yang berminat untuk mengiklankan perniagaan dan Individu sila hantarkan pemohonan ke email :
johordarultakzimjdt@gmail.com