IKLAN

JOM SERTAI KOMUNITI KITA JDT

Ahad, 18 Ogos 2013

Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2013

 

Aturcara Hari Pertama

Pada hari pertama Kembara Mahkota Johor 2013, destinasi pertama ialah ke Kg. Sg. Tempayan, Pekan Nenas, Pontian.

Berikut ialah jadual aturcara hari pertama.

24.8.2013 (Sabtu)

SAMPAI BERLEPAS LOKASI MASA MAJLIS MASA PERJALANAN JARAK
- 0750 ISTANA PASIR PELANGI, JOHOR BAHRU 60 MIN 10 MIN 17 KM
1000 1045 KG SG TEMPAYAN PEKAN NENAS, PONTIANLALUAN –PUSAT BANDAR PASIR GUDANG, L/RAYA PASIR GUDANG, JLN JB/A.HITAM(SKUDAI),JLN PONTIAN, PEKAN NENAS, KG SG BURONG, KG SG TEMPAYAN . 45 MIN 60 MIN 66 KM
1130 1245 DATARAN DATUK JALOK, BENUT, PONTIANLALUAN –BANDAR PONTIAN, AYER BALOI, SANGLANG, BENUT. 75 MIN 45 MIN 51 KM
1345 1430 DESA SRI BANANG, MINYAK BEKU,  BATU PAHATLALUAN –JLN BENUT, TAMPOK, RENGIT, SENGGARANG, TG LABOH, SG SULOH, MINYAK BEKU 45 MIN 60 MIN 53 KM
1500 1615 SUNGAI SIMPANG KIRI, PARIT SULONG, BATU PAHATLALUAN –SG AYAM, PATAH PEDANG, MINYAK BEKU, JLN JERAGAN, JLN AMPUAN,JLN RAHMAT, JLN SULTANAH, JLN ZABEDAH, JLN TONGKANG PECAH, JLN PT JALIL, JLN Y/PENG, JAMBATAN -PT SULONG. img-icon 75 MIN 30 MIN 30 KM
1700 1800 PANCHOR,  MUARLALUAN –JLN PT SULONG-MUAR, KANGKAR SENANGA, PAGOH, JLN PANCHOR 60 MIN 45 MIN 37 KM
1830 - ISTANA TANJUNG, MUAR  (BERMALAM)LALUAN –SIMPANG PAGOH, PEKAN BKT PASIR, BY PASS, JLN ABD RAHMAN, JLN OMRI,ISTANA TANJUNG - 30 MIN 39 KM


JUMLAH  -  293 KM


Sabtu, 17 Ogos 2013

Pemilik pusat kecantikan dibunuh kejam

JOHOR BAHRU  - Seorang wanita pemilik sebuah pusat kecantikan ditemui mati dalam keadaan terlentang berlumuran darah akibat ditikam dan dikelar di premisnya di Jalan Indah, Taman Bukit Indah di sini hari ini.
Dalam kejadian pukul 11.30 pagi itu, mangsa berusia 39 tahun ditikam sebanyak dua kali di bahagian perut. Mangsa turut dikelar empat kali di leher serta masing-masing satu di belakang badan dan pergelangan tangan kanan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Nusajaya, Deputi Supritendan Razak Md Said berkata, hasil siasatan awal percaya motif kejadian adalah samun kerana dua telefon bimbit, sebuah komputer riba dan sejumlah wang didapati hilang selepas kejadian. – UTUSAN

Sabtu, 27 Julai 2013

TRANSFORMASI JOHOR BAHRU

Transformasi Johor Bahru

Pusat Bandaraya Johor Bahru sedang mengalami era kerunduman dengan pembangunan terbengkalai serta kadar jenayah yang tinggi. Tujuan utama Transformasi Johor Bahru adalah untuk mengembalikan zaman kegemilangan bandaraya ini serta mengangkat reputasi Pusat Bandaraya Johor Bahru kepada bandaraya berkelas dunia yang berkebolehan dari segi aktiviti, kemudahan infrastruktur serta selesa dan selamat didiami. Transformasi Johor Bahru terletak di tengah Pusat Bandaraya Johor Bahru dan merangkumi keluasan sehingga 1500 ekar.Pusat Bandaraya Johor Bahru perlu melalui proses revetalisasi dan rejuvenasi bagi menjadikannya sebuah bandaraya yang berkembang, sekaligus dapat menarik aktiviti-aktiviti ekonomi tanpa mengabaikan nilai-nilai budaya dan warisan.3 fasa utama dalam Transformasi Johor Bahru:

1-Pemuliharaan dan pengaktifan semula Sungai Segget
2-Mengoptimasi bandaraya dengan menjadikan warisan dan budaya sebagai asset ekonomi.
3-Membaikpulih kawasan Pusat Bandaraya Johor Bahru untuk persekitaran yang sesuai didiami.

Dengan adanya program Transformasi Johor Bahru ini, ia akan membuka lebih banyak peluang ekonomi, meningkatkan penjagaan alam sekitar dan alam bina dan menambahbaik identiti dan komuniti penduduk Johor Bahru.

#jb

JDTns

Jumaat, 26 Julai 2013

MAJALAH HARIMAU SELATAN

Dikabarkan Majalah yang kedua akan di keluarkan pada minggu depan. Pasti banyak berita menarik di muatkan. Dapatkan segera.

JDTns

Jumaat, 19 April 2013

Karnival Azam Kerja 1Malaysia

Karnival Azam Kerja 1Malaysia akan di adakan seperti ketetapan berikut :-

Tarikh : 25/4/2013 ( Khamis )

Masa : 10.00pg - 6.00ptg

Tempat : Dataran Segamat

Aktiviti :-
1) Success story bersama Mejar Dr Faiz Khaleed
2) Temuduga Terbuka ( Lebih 30 majikan )
3) Klinik kerjaya
4) Aduan/ khidmat nasihat perburuhan
5) Pendaftaran online pencari kerja
6) Pameran agensi-agensi kerajaan

Semua di jemput hadir. Mohon kerjasama untuk share dan hebahkan kpd kwn2 anda.


JDTns

JDT susun strategi untuk balas dendam

 Fandi Ahmad
Fandi Ahmad


19 April 2013 
 
JURULATIH Johor Darul Takzim (JDT), Fandi Ahmad menegaskan bahawa beliau kini menyusun strategi baru untuk kembali membalas dendam terhadap Pahang dalam pertemuan liga Super di Stadium Larkin malam ini.

Katanya, misi membalas dendam ekoran kekalahan 2-3 kepada pasukan bimbingan Dollah Salleh pada 8 Januari lepas semakin membara lebih-lebih lagi akan beraksi di halaman sendiri nanti.

“Saya akui barisan pemain penat selepas terpaksa bertarung dengan Selangor untuk menempah slot ke separuh akhir Piala FA. Apa pun saya bangga komitmen pemain yang tinggi mampu menjelmakan kemenangan buat JDT.

“Tapi, kita harus lupakan seketika detik gembira layak ke separuh akhir Piala FA dan kembali menumpu kepada kancah liga dalam usaha mengejar dan memintas pendahulu, Lions XII.

“Ini kerana, perlawanan menentang Pahang amat penting buat kami kerana tidak mahu keciciran mata dengan pendahulu liga, Lions XII dan Selangor. Peluang bermain di laman sendiri harus digunakan sepenuhnya meraih tiga mata penuh,” kata Fandi kepada Sinar Harian Online.

Mengakui bangga dengan komitmen pemain yang bertungkus-lumus layak ke separuh akhir Piala FA, Fandi bagaimanapun berharap momentum itu dapat dikekalkan bagi memastikan tiga mata tidak terlepas.

“Kalau aksi bertenaga seperti tempoh hari ditunjukkan, saya percaya peluang kami untuk mencatat kemenangan menjadi lebih mudah.

“Apa yang penting pemain harus bersedia mental dan fizikal dengan semangat juang yang begitu tinggi.,” jelas Fandi yang akan membuat rombakan pemain pada perlawanan itu nanti.

“Saya mungkin buat sedikit rombakan terutama di benteng pertahanan kerana mungkin Kamarul Afiq Kamaruddin diketepikan andai kecederaan belum pulih.

“Tapi saya ada pilihan sama ada menyenaraikan Muslim Ahmad bergandingan bersama Aidil Zaquan Abd Radzak,” ujarnya.

Pahang, Johor DT uji kemampuan

  KUANTAN - Kunjungan skuad Tok Gajah ke Johor Bahru malam ini berdepan Johor Darul Takzim boleh dijadikan kayu pengukur untuk pertembungan separuh akhir Piala FA nanti.

Pengurus pasukan Pahang, Datuk Che Nasir Salleh berkata, semua pemain harus mempamerkan aksi terbaik untuk menang dalam perlawanan tersebut sebagai penyuntik semangat menjelang saingan separuh akhir Piala FA 2013.

Pahang layak ke separuh akhir Piala FA dengan agregat 2-0 setelah menumpaskan Sime Darby FC manakala JDT menewaskan Selangor menerusi penentuan sepakan penalti pada pusingan suku akhir.
"Kita sudah menang dengan JDT dalam perlawanan pembukaan Liga Super 2013 dengan jaringan 3-2 dan saya tidak mahu kemenangan tersebut melekakan para pemain kerana skuad Harimau Selatan semakin bertenaga dengan kehadiran dua pemain import baharu.

"Pada masa sama saya menaruh kepercayaan tinggi terhadap dua awang import baharu Pahang, Damion Delano Stewart dari Jamaica yang bermain di posisi pertahanan dan Matias Conti dari Argentina sebagai penyerang untuk memastikan kejayaan Pahang," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.

Menurutnya, perlawanan malam ini juga dijangka sengit apabila kedua-dua pasukan mempertaruhkan dua penyerang import dari Argentina.

"Kita ada Matias manakala Johor memiliki Leonel Jorge Nunez dan mereka mempamerkan aksi mantap apabila kedua-dua pemain tersebut menjaringkan dua gol dalam saingan Piala FA baru-baru ini," ujarnya.
Sementara itu, ketua pasukan, Jalaluddin Jaafar berkata, beliau mahu semua pemain bermain bersungguh-sungguh untuk mencipta kemenangan dalam perlawanan malam ini.

Katanya, kehadiran Delano dan Matias banyak membantu mengubah corak permainan skuad Tok Gajah terutama di bahagian serangan dan pertahanan.


© Utusan Melayu (M) Bhd

Ahad, 24 Februari 2013

Ben, Ruby tarikan baharu Zoo Johor

Mohd. Nazri Mansor (kiri) memegang Ben manakala Raja Zulkifli Raja Hassan memegang Ruby, masing-masing baharu berusia sebulan di Zoo Johor, Johor Bahru


 
JOHOR BHARU 18 Feb. - Orang ramai berpeluang untuk melihat dan berjinak-jinak dengan 'anak buah' baharu Zoo Johor iaitu dua ekor anak harimau yang diberi nama Ben dan Ruby bermula Mei ini.

Pengasuh haiwan berkenaan, Mohd. Nazri Mansor berkata, kedua-dua haiwan comel itu baharu berusia sebulan dan memerlukan masa kira-kira tiga bulan untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling sebelum dipertontonkan kepada umum.

Menurutnya, anak harimau spesies Malayan Tiger itu dilahirkan pada pukul 5 pagi, 18 Januari lalu memerlukan penjagaan rapi serta perlu dilatih supaya mudah mesra dan tidak kekok berhadapan dengan orang ramai.

"Sekarang ini, Ruby (harimau betina) dilihat cukup aktif dan lasak berbanding Ben (harimau jantan) yang lebih pasif dan cuba membiasakan diri dengan keadaan sekeliling.

"Kedua-dua haiwan berkenaan kini di tempatkan dalam kurungan dan dijaga rapi oleh pengasuhnya sebelum dipamerkan kepada pengunjung," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, seorang lagi pengasuh haiwan berkenaan, Raja Zulkifli Raja Hassan berkata, kedua-dua anak harimau itu hanya minum susu setiap dua jam bagi menguatkan tulang dan membolehkan mereka bergerak aktif.

"Setiap dua jam, saya akan memastikan mereka minum susu untuk memastikan tumbesaran kerana pada umur sebegini mereka belum boleh makan daging," katanya.

JDT- utusan

Felda sedia 3,615 rumah untuk anak peneroka

NUSAJAYA 20 Feb. - Kerajaan negeri meluluskan kawasan seluas 180 hektar di 10 tanah rancangan Felda di negeri ini untuk membina projek perumahan kos sederhana dan rendah bagi 3,615 penduduk generasi kedua.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kesenian Kebudayaan dan Warisan negeri, Asiah Md. Ariff berkata, projek berkenaan merupakan sebahagian usaha kerajaan menyediakan penempatan untuk generasi kedua yang masih tiada rumah sendiri.

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 413 pemohon adalah dari Felda Papan Timur, 320 pemohon dari Felda Bukit Aping Barat manakala Felda Tenggaroh 2 dan 5, masing-masing melibatkan 552 serta 584 permohonan.

Pemohon lain katanya, termasuk sebanyak 560 orang dari Felda Tunggal, Felda Air Tawar 3 (277), Felda Sungai Sibol (284), Felda Simpang Waha (240), Felda Air Tawar 4 (146) serta Felda Lok Heng Timur (240).

“Kerajaan hanya menyediakan tanah namun kos pembinaan rumah yang hendak dibina ditanggung sendiri pemohon. Bagi membina rumah tersebut, pemohon boleh memilih sama ada membinanya sendiri atau menerusi kerjasama Syarikat Perumahan Negara Bhd. (SPNB)," katanya kepada pemberita di sini baru-baru ini.

Asiah berkata, projek sedemikian sebelum ini memberi manfaat kepada 2,418 orang generasi kedua Felda yang menyaksikan pemohon yang layak diberi notis 5A dan hak pemilikan tanah, malah ada yang sudah menetap di kediaman yang didirikan manakala selebihnya masih menanti kediaman mereka dibangunkan SPNB.

JDT- Utusan.

Rumah mampu milik diperbanyakkan

ABDUL Ghani Othman menyerahkan replika kunci rumah kepada Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Taman Sri Nilam, Zakaria Othman (tiga dari kanan) pada Majlis Penyerahan Kunci dan Sijil Layak Menduduki di Taman Sri Nilam dekat Tangkak, Ledang, Johor, kelmarin. 
 


LEDANG 23 Feb. - Kerajaan merancang membina lebih banyak rumah mampu milik bagi membantu golongan berpendapatan rendah termasuk pekerja ladang memiliki rumah sendiri, sekali gus dapat menikmati kehidupan lebih selesa.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, kerajaan sedar ramai pekerja ladang yang terpaksa tinggal di kuarters atau rumah milik ladang ketika bekerja kerana ketiadaan rumah sendiri.

"Tetapi selepas bersara mereka terpaksa meninggalkan kuarters dan perlu mencari rumah lain yang lebih selesa bagi keluarga. Kerajaan prihatin dengan masalah ini," katanya pada Majlis Penyerahan Sijil Kelayakan Memiliki Projek Perumahan Terbengkalai Taman Sri Nilam di Tangkak semalam.

Yang turut Hadir Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Ahmad Zahari Jamil; Ahli Parlimen Ledang, Ir. Hamim Samuri; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tangkak, Goh Tee Tee; ADUN Gambir, M. Asojan dan Pegawai Daerah Ledang, Ab. Han Ramin.

Abdul Ghani berkata, terdapat beberapa skim perumahan untuk golongan berpendapatan rendah tetapi projek itu terbengkalai sehingga membebankan pembeli.

Beliau berkata, ramai pembeli membuat pinjaman bank untuk membeli rumah itu tetapi apabila projek tersebut terbengkalai, mereka terpaksa menanggung beban hutang dengan menjelaskan bayaran bulanan pinjaman dan pada masa sama tidak dapat memiliki rumah itu.

"Kerajaan sedar perkara itu dan mengambil keputusan untuk menyelesaikan masalah rumah terbengkalai di negeri ini dan salah satunya adalah di Taman Seri Nilam di sini," katanya.

Beliau berkata, Taman Seri Nilam mempunyai 180 unit rumah kos sederhana rendah yang dibina pada 2002, tetapi terbengkalai lebih 12 tahun lalu.

Menurutnya, kerajaan memberi peruntukan sebanyak RM6.2 juta untuk meneruskan semula projek itu yang dibangunkan pemaju swasta sehingga berjaya disiapkan empat bulan lebih awal daripada tempoh masa yang ditetapkan.

"Pemaju mengambil masa kira-kira lapan bulan untuk menyiapkan projek ini dengan kerjasama semua jabatan kerajaan di Ledang dan rumah ini selamat untuk diduduki.

"Hari ini kita dapat melihat wajah gembira pemilik rumah yang sudah menunggu lama untuk mendapatkan kunci rumah ini," katanya.
 
JDT- Utusan

Sabtu, 16 Februari 2013

Skatepark Sentosa mula dibuka


SHAHRIR Abdul Samad (tiga dari kiri) melepaskan peserta pertandingan papan selaju dalam majlis perasmian Skatepark Sentosa di Taman Sentosa, Johor Bahru, Johor, kelmarin.

JOHOR BAHRU 13 Feb. - Kira-kira 300 ahli Papan Selaju Johor (PSJ) teruja selepas penantian tiga tahun untuk mendapatkan sebuah gelanggang sukan lasak berakhir apabila Skatepark Sentosa yang dibina hasil sumbangan ahli menelan kos RM40,000 dibuka secara rasmi malam semalam.
Perasmian gelanggang tersebut yang terletak di kawasan seluas satu hektar di Taman Sentosa oleh Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad turut diserikan dengan kehadiran selebriti tanah air, Afdlin Shauki.

Shahrir dalam ucapannya berkata, langkah proaktif yang dilakukan ahli PSJ itu jelas menunjukkan mereka mempunyai kebolehan dan keupayaan tinggi untuk melaksanakan sesuatu projek dengan baik.

"Yang penting kita selaku pemimpin dan masyarakat wajar memperkasakan golongan ini dengan memberikan sepenuh kepercayaan dan sokongan terhadap apa juga yang mereka lakukan.

"Hakikat itu terbukti apabila mereka berjaya membina gelanggang tersebut tanpa konsultan, arkitek dan tidak menggunakan khidmat kontraktor, sebaliknya dibina secara bergotong-royong dengan bertukar-tukar idea sesama mereka," katanya.

Beliau menyifatkan gelanggang sukan lasak tersebut setanding dengan gelanggang seumpamanya yang dibina secara profesional.

Shahrir berkata, kewujudan gelanggang sukan lasak itu juga dapat menghindari golongan tersebut daripada terjebak dalam masalah sosial dan sukan berkenaan mampu terus berkembang selari dengan perkembangan semasa.

Sementara itu, wakil ahli sukan berkenaan, Mohd. Amsyar Ghazali, 26, memberitahu, idea untuk membina gelanggang itu tercetus kerana mereka kerap 'diganggu' oleh pihak Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) apabila bermain di tempat awam.

Dia yang merupakan pelukis pelan di syarikat swasta berkata, pihaknya mengambil masa dua minggu untuk mengumpul idea dan akhirnya hasrat untuk membina gelanggang di tapak kekal menjadi kenyataan apabila MBJB dengan sokongan Shahrir memberikan sokongan padu.

"Sebagai tanda bersyukur kami akan gunakan kemudahan tersebut sebaik mungkin di samping berusaha menambah keahlian serta menyelenggara gelanggang itu dari semasa ke semasa," katanya.

JDTns

Festival layang-layang kali ini lebih unik

JOHOR BAHRU 15 Feb. -   Terdapat beberapa kelainan dalam Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang kali ini, sekali gus menjadikan edisi ke-18 ini lebih unik kepada peminat layang-layang, pelayang dan orang ramai yang bakal hadir di Bukit Layang-layang, Pasir Gudang dekat sini.

Pengarah Jabatan Pelancongan negeri, Md. Za‘nal Misran berkata, antara kelainan dalam festival selama lima hari itu ialah memperkenalkan Pertandingan Layang-layang Peringkat Sekolah ASEAN dan Seminar Wau/Layang-layang Peringkat Sekolah Kebangsaan.

“Antara kelainan lain ialah penyertaan peserta antarabangsa daripada Satun Kite Festival di Thailand yang dianjurkan selang seminggu selepas Festival Layang-layang Sedunia Pasir Gudang.

“Beberapa negara baharu iaitu Zambia, Colombia dan Bhutan juga sudah mengesahkan penyertaan manakala Rusia, Turki dan Ukraine dijangka turut serta," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Festival Layang-layang Sedunia Pasir Gudang merupakan anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Jabatan Pelancongan negeri dan Persatuan Pelayang Malaysia.

Festival ini bermula dari 20 hingga 24 Februari ini di Bukit Layang-layang, Pasir Gudang.

Acara ini dijangka mendapat sambutan daripada 1,000 pelayang dari 25 negara dengan 100,000 pengunjung dari dalam dan luar negara terutama Indonesia dan Singapura.

Menurut Md. Za‘nal, pendekatan menarik yang lain ialah memperkenalkan Pertandingan Layang-layang Ciptaan Peringkat Sekolah dan Terbuka dengan peserta dikehendaki memakai pakaian tradisional.

“Selain itu, Pertandingan Wau Merak Besar yang bersaiz lebih sembilan kaki dijangka mendapat perhatian ramai, begitu juga Pertandingan Layang-layang Malam. Festival kali ini turut menyaksikan pelajar Politeknik Ibrahim Sultan bersama dengan ahli jawatankuasa turut serta," katanya lagi.

Ahad, 10 Februari 2013

Burung hijrah di Sungai Skudai

Mohd. Seh Salim memberikan kupang kepada burung helang merah di Kampung Sungai Melayu Gelang Patah, baru-baru ini. 
 


JOHOR BAHRU  - Anda ingin menyaksikan telatah pelbagai jenis unggas yang berterbangan bebas dan gagah di kawasan habitat asalnya?

Jika itu yang diidamkan, lokasinya hanya terletak kira-kira 10 kilometer dari bandar raya ini. Anda boleh menyaksikan helang, bangau, undan, kelicap, merpati, siku lidi, itik air, punai dan puluhan lagi jenis unggas berterbangan bebas di sepanjang Sungai Skudai mengunjur ke Kampung Laut, Sungai Melayu hingga ke Teluk Danga.

Kehadiran burung hijrah ini disedari kira-kira lapan tahun lalu oleh petugas Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) yang menjalankan kerja-kerja pembersihan Sungai Skudai ketika itu.
Walaupun pada peringkat awal hanya kumpulan kecil unggas itu sahaja yang kelihatan, namun dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini, kehadiran burung-burung tersebut semakin bertambah sekali gus menunjukkan lokasi tersebut sesuai sebagai tempat pembiakannya.

Antara tarikan burung hijrah itu kerana kawasan di situ kaya dengan cacing laut, pelbagai jenis ikan, kerang-kerangan dan rumpai laut yang merupakan sumber utama makanan unggas terbabit.
Kini kehadiran kumpulan burung hijrah itu menjadi salah satu tumpuan orang ramai dan secara tidak langsung merupakan produk pelancongan baharu bagi penduduk Kampung Sungai Melayu selain daripada perusahaan membuat belacan, ternakan kupang dan nelayan tradisional.

Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kampung Sungai Melayu, Hamidon Ahmad berkata, keadaan sungai yang tercemar suatu ketika dahulu kini bertambah baik apabila kerajaan menggunakan teknologi mikro organisma berkesan (EM) ke Sungai Skudai untuk membersihkannya sehingga meningkatkan pembiakan pelbagai spesies marin.

"Turut mencuri perhatian pengunjung jika bernasib baik boleh menyaksikan burung helang yang jinak hinggap di tapak tangan bapa angkatnya, Mohd. Seh Salim, 53, untuk menyambar ikan, ketam atau apa juga makanan laut mentah," katanya yang menemani wartawan dan jurugambar Utusan Malaysia menyaksikan kumpulan burung itu baru-baru ini.

Beliau yang juga Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Johor Selatan berkata, kehadiran pelbagai jenis burung itu sedikit sebanyak menambah sumber pendapatan penduduk yang selama ini bergantung hidup daripada hasil tangkapan sebagai nelayan, perniagaan secara kecil-kecil dan makan gaji.
Hamidon memberitahu, waktu yang paling sesuai untuk melihat burung hijrah mencari makanan adalah ketika air surut, lazimnya antara pukul 5 petang hingga 7 malam.

"Bagi kemudahan para pelancong, kita sediakan perkhidmatan bot yang menyusur sungai berkenaan pada kos yang amat berpatutan dan berbaloi.

"Perkhidmatan ini disediakan oleh Koperasi Penduduk Kampung Sungai Melayu (KPKSM) yang beroperasi sejak Disember lalu dan mendapat sokongan daripada Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA).

"Pada mulanya kami tidak menyangka aktiviti ini mendapat sambutan menggalakkan, tetapi kini ramai pengunjung yang datang terutamanya pada musim cuti sekolah dan cuti umum," katanya.

Hamidon berkata, demi keselesaan pengunjung, pihaknya turut menyediakan pakej makanan dengan menu berasaskan makanan laut seperti ikan siakap bakar, asam pedas ikan sembilang, kupang goreng, udang goreng dan sambal belacan istimewa.

Orang ramai yang ingin mendapatkan keterangan lanjut atau membuat tempahan boleh menghubunginya di talian 013-7490280 atau 016- 950707 (Pandak Ahmad).


JDTns © Utusan Melayu 
 

Sabtu, 9 Februari 2013

HARIMAU SELATAN HAND BANNER

HARIMAU SELATAN HAND BANNER



# Untuk letak di cermin kereta atau pun untuk buat sorak boleh juga jadi perhiasan di dinding rumah

Harga RM 30.00  Sahaja.


Siap penghantaran seluruh negeri.

SIZE :  Length 24cm x Wide 70cm
Dual Function :  For Cheering And Can Place On Car Wide Screen

Untuk Tempahan sila Email : johordarultakzimjdt@gmail.com

Nama :
Alamat :
No Tel :
Qty :



# Sila letak tajuk Banner Harimau Selatan.
# Tunggu reply dari kami untuk buat pembayaran.

Jumaat, 1 Februari 2013

JERSI JOHOR FA 2013(AWAY)

OPEN TAKE ODER! 1/2/2013 - 3/2/13.

JERSI JOHOR FA 2013(AWAY)

PLAYER ISSUE Complete Patch & Sponsor

HARGA : RM89.90

Kos Courier : +RM10.00  ( tidak lebih 2 helai ) lebih 2 helai tambah RM5 pada setiap helai.

Saiz Available Now : S,XL

Stok sangat TERHAD

# untuk oder sila hantar maklumat :
- Nama,
- Alamat,
- No telefon,

SILA LETAK PESANAN JERSI JFA AWAY ke

johordarultakzimjdt@gmail.com

# Tunggu reply dari kami.

- Sertakan Bukti pembayaran ke email,

Selasa, 29 Januari 2013

Lebih RM1 bilion untuk atasi masalah banjir Muar

MUAR - Kerajaan memperuntukkan lebih RM1 bilion untuk melaksanakan tiga fasa pembinaan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Lembangan Sungai Muar bagi mengatasi masalah banjir di daerah ini.Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Douglas Uggah Embas berkata, apabila keseluruhan pembinaan RTB yang meliputi daerah Segamat, Muar, Ledang dan Pagoh itu siap kelak, ia dijangka mampu melindungi 123.2 km persegi kawasan yang dihuni 12,500 orang daripada ancaman banjir.

"Untuk RTB lembangan Sungai Muar Fasa II, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM225 juta yang mana kerja-kerja pembinaannya dijangka dimulakan tidak lama lagi dan siap menjelang tahun 2015."Apabila projek ini siap kelak, ia akan dapat mengurangkan 43 peratus kawasan yang mengalami kesan banjir di daerah Muar dan Ledang," katanya selepas mengadakan lawatan kerja sehari di sini, hari ini.     

Menurutnya antara kawasan di daerah berkenaan yang akan menerima faedah ialah Lenga, Gombang, Liang Batu, Pagoh, Panchor, Tanjung Olak, Jorak, Kundang Ulu, Gersik, Belemang, Bukit Gambir dan Sungai Mati.Katanya, skop pelaksanaan projek RTB Lembangan Sungai Muar Fasa II ini meliputi pembinaan Pintasan Banjir di Tanjung Olak, menaik taraf Sungai Pagoh dan saliran di kawasan Pagoh, pengagihan utiliti dan pengambilalihan tanah.

"Sebagai permulaan untuk projek fasa dua ini, kita akan peruntukkan dahulu RM30 juta untuk Pagoh, disusuli RM100 juta untuk tahun depan dan RM95 juta lagi akan menyusul pada 2015."Dengan siapnya projek ini nanti maka masalah banjir yang sering berlaku sebelum ini akan dapat dikurangkan mengikut tahap yang bersesuaian dan semestinya projek Hab Pendidikan yang sedang dibangunkan di Pagoh akan mendapat manfaaf daripada projek ini," katanya.

Sebelum ini, kerajaan telahpun melaksanakan RTB Lembangan Sungai Muar Fasa I bermula pada tahun 2011 dengan melibatkan kos RM344 juta.Ia melibatkan kerja-kerja reka bentuk, kerja ukur, pengambilan tanah dan menaik taraf sebahgian Sungai Genuang dengan kos RM60 juta, kerja-kerja menaik taraf Sungai Chodan dan Sungai Segamat, menaik taraf jambatan serta membina lencongan Sungai Genuang-Sungai Segamat dengan kos RM231 juta.

Selain itu, RM53 juta juga diperuntukkan untuk membina benteng dan menaik taraf Sungai Gemas, selain membina lima buah kolam takungan banjir dan struktur kawalan air serta membekal dan memasang pam.Sementara itu, bagi melengkapkan penyelesaian bagi masalah banjir di Lembangan Sungai Muar, beliau berkata Kementerian Sumber Manusia dijangka melaksanakan fasa ketiga projek berkenaan yang dianggar menelan belanja RM480 juta. - Bernama

JDTns

Sultan Johor selar pihak tertentu tuduh polis tidak boleh dipercayai

JOHOR BAHRU - Sultan Ibrahim Sultan Iskandar membidas tindakan sesetengah pihak yang menuduh Polis Diraja Malaysia sebagai sudah tidak boleh dipercayai.

Titah baginda tuduhan yang dilemparkan itu tidak masuk akal dan sangat melampau.

"Tindakan itu hanya akan dilakukan penjenayah yang bersalah sahaja dengan memutar belit fakta selain menyalahkan undang-undang bagi mengelak diri mereka daripada dihukum," titah baginda semasa mencemar duli merasmikan Ibu Pejabat Polis Daerah Kulaijaya, di sini hari ini.

Lebih buruk lagi titah baginda, ada penjenayah meninggalkan negara kerana takut berhadapan dengan tindakan undang-undang dan kemudian membuat tohmahan yang memburukkan negara sendiri.

"Manusia berlidah biawak seperti ini adalah pengkhianat kepada negara. Jika mereka berkata benar, buktikanlah kebenarannya dan jangan terus menjadi pengecut, ibarat melontar batu sembunyi tangan," titah baginda.

Turut berangkat isteri baginda Tuanku Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Idris dan Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar.Hadir sama Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff dan Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman.

Titah Sultan Ibrahim, Malaysia adalah negara berdaulat dan mempunyai undang-undang yang digubal rapi serta semua tindakan yang diambil pihak berkuasa mengikut peruntukan yang ditetapkan.

Baginda bertitah setiap anggota polis sudah menjalani latihan dan dilengkapi dengan ilmu pengetahuan untuk menguatkuasakan segala undang-undang.Sultan Ibrahim turut memuji polis Johor yang berjaya meningkatkan tahap keselamatan di negeri itu dan sentiasa memberi pertimbangan kepada sensitiviti masyarakat serta kepentingan ekonomi. - Bernama

JDTns- Daulat Tuanku

Isnin, 28 Januari 2013

Iskandar Malaysia jadi pusat seni dan budaya

JOHOR BAHRU: Iskandar Malaysia akan muncul sebagai pusat kebudayaan dan kesenian sejajar dengan kekayaan warisan yang terdapat dalam masyarakat berbilang kaum di negeri ini.

Menteri Besar Johor, Dato’ Abdul Ghani Othman, berkata Kerajaan Negeri melalui Yayasan Warisan Johor (YWJ)berhasrat mewujudkan satu persekitaran di Iskandar Malaysia bagi mengembangkan seni dan budaya.

“Peranan YWJ bukan sahaja untuk menjadi pusat seni awam, tetapi juga untuk menjadi saluran yang memupuk dan menggalakkan rasa cinta terhadap sejarah seni, dan budaya.

“Melalui  YWJ, Kerajaan Negeri berhasrat untuk mewujudkan persekitaran bagi membolehkan bakat tempatan boleh berkembang maju, merangsang industri seni yang menarik dan meriah, serta menyediakan saluran antarabangsa bagi karya seni tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Pameran Lukisan Antarabangsa LINK di bangunan Muzium Tokoh di sini semalam.

Pameran yang berlangsung dan berakhir 28 Februari itu mempamerkan karya-karya daripada empat pelukis terkenal antarabangsa, iaitu Yusof Ghani, Masaaki Shibata, Widodo Soerno dan Gerard Van Den Oetelaar.

JDTns- medkom.my

Limaspuri Melayu Johor akan dibina.

JOHOR BAHRU: Kerajaan Negeri akan membina sebuah perkampungan Melayu Johor di atas tanah berkeluasan tujuh ekar di Danga Bay.

Menteri Besar, Dato’ Abdul Ghani Othman, berkata perkampungan yang dinamakan sebagai Limaspuri Melayu Johor itu akan dimulakan dalam masa terdekat dan dijangka siap sepenuhnya menjelang pertengahan 2014.

"Kerajaan Negeri mempunyai perancangan keseluruhan bagi menggantikan kompleks rumah limas lama yang dirobohkan untuk pembangunan sebenar yang lebih baik lagi supaya dapat mengukuhkan serta memelihara warisan dan budaya masyarakat Melayu di negeri ini.

"Oleh itu, kita akan bina kawasan perkampungan dengan mengenal pasti rekabentuk rumah tradisional Johor menggunakan kepakaran arkitek tempatan yang dilantik serta gabungan pelbagai pihak seperti Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Johor, Jabatan Pelancongan Johor, Yayasan Warisan Johor, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) serta anak syarikat Kerajaan Negeri, Cahaya Jauhar Sdn Bhd,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Perkampungan Melayu Johor di Teluk Danga di sini, Sabtu lalu.

Tambah beliau, perkampungan yang akan dibina itu akan mengukuhkan kepentingan masyarakat Melayu Johor dengan senibina serumpun yang unik.

“Kawasan perkampungan Melayu ini akan dilengkapi dengan sepuluh buah rumah tradisional Melayu Johor dan ia merupakan replika sebenar rumah yang telah wujud  sebelum merdeka lagi.

“Pembinaan perkampungan akan menyingkap kekayaan senibina  serta warisan masyarakat Melayu Johor di setiap daerah di negeri ini,” katanya.

Jelasnya lagi, projek berkenaan amat bermakna kerana dalam tempoh lima tahun mendatang akan berlaku perubahan besar di Iskandar Malaysia sekaligus meningkatkan ekonomi melalui aktiviti kebudayaan yang dijalankan.

"Kompleks ini akan menjadi sebuah tarikan destinasi pelancongan antarabangsa selain menjadi kebanggaan masyarakat Johor.

"Kita akan muatkan semua unsur budaya Johor di perkampungan berkenaan serta kegiatan kesenian dan kebudayaan berterusan untuk pengunjung.

"Kerajaan Negeri yakin projek ini akan membawa manfaat yang luas kepada masyarakat di negeri ini meliputi peluang pekerjaan serta pelancongan," katanya.

JDT - khabar orang johor

Ahad, 27 Januari 2013

Nelayan bertuah terima elaun sara hidup

Ahmad Maslan (dua dari kanan) menyampaikan bantuan elaun sara hidup kepada ahli Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Pontian di Pontian, kelmarin.


Nelayan bertuah terima elaun sara hidup

PONTIAN 25 Jan. - Golongan nelayan di negara ini lebih bertuah berbanding petani atau penternak yang tidak menerima bantuan elaun sara hidup seperti mereka.

Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan berkata, selain elaun sara hidup, mereka juga dilindungi insurans yang membolehkan waris menerima bayaran sekiranya berlaku kejadian tidak diingini terhadap mereka sama ada semasa di laut mahupun di darat.

Justeru, beliau berharap 'keistimewaan' itu dapat digunakan sebaiknya untuk menambah pendapatan dan pengeluaran dengan mendapatkan lebih banyak hasil tangkapan di laut.

"Bukan itu sahaja, mereka hendaklah memasarkannya di dalam negeri dan tidak sesekali menjualnya di luar kerana Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) juga memberikan insentif kepada mereka," katanya pada majlis penyampaian bayaran tunai elaun sara hidup untuk 573 ahli Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Pontian di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di sini semalam.

Turut hadir Pengarah LKIM Daerah Pontian, Ismail Abdullah; Pengurus Besar PNK Pontian, Alias Salam dan Pengerusi PNK Pontian, Pungot@Abd.Rahman Selamat.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri turut meminta golongan nelayan bersyukur dan berterima kasih kepada agensi berkaitan seperti LKIM dan Jabatan Perikanan yang sentiasa berusaha membantu meningkatkan taraf hidup mereka dari semasa ke semasa.

"Peluang melakukan aktiviti hiliran seperti memproses makanan berasaskan hasil laut perlu direbut khususnya dalam kalangan wanita bagi membantu menambahkan pendapatan keluarga masing-masing," katanya.
Bagi yang berkebolehan dalam bidang masakan, mereka boleh membuka restoran menjual makanan laut yang tentunya berupaya memberikan pulangan lumayan, katanya.

JDTns- Utusan Johor

PAFA : PBNJ tidak hormat tetamu !

 Pemain Johor, Mohd Ezaidy Mohd Khadar (kiri), merembat melepasi pemain Perak  di Stadium  Larkin, kelmarin.  
Pemain Johor, Mohd Ezaidy Mohd Khadar (kiri), merembat melepasi pemain Perak di Stadium Larkin, kelmarin.
 
Ipoh: Selepas mencetuskan kontroversi dengan menghantar komando bersenjata di Stadium Sultan Muhammad IV, Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) terus ‘menghangatkan’ saingan Liga Malaysia (Liga-M) dengan mencipta kontroversi terbaru.

Kali ini mereka bertindak memainkan lagu negeri Johor ketika perlawanan pusingan pertama Piala FA menentang Perak di Stadium Larkin, malam kelmarin - sesuatu yang luar biasa kerana mengikut peraturan lagu kebangsaan Negaraku dikumandangkan sebelum perlawanan dimulakan.
Namun, tindakan PBNJ itu yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen berbayar itu dikesali Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) kerana tuan rumah tidak memainkan lagu negeri Perak selepas itu.

Setiausaha PAFA, Abdul Aziz Yeop Jamaluddin, menyifatkan tindakan PBNJ itu sebagai tidak menghormati tetamu.

“Saya tidak tahu apa sebab ia berlaku, tetapi selepas hampir sebulan Liga-M berlangsung saya hairan pihak tuan rumah tidak peka.

Jangan berat sebelah FAM

“Perlawanan malam kelmarin bukan yang pertama diadakan di Stadium Larkin. Peraturannya ialah sebelum perlawanan, lagu kebangsaan Negaraku dimainkan dan jika lagu negeri pasukan tuan rumah dimainkan, maka lagu negeri pasukan pelawat juga perlu dimainkan.
“PAFA amat kesal dengan insiden ini,” tegas Aziz.

Aziz berkata, dia sudah menghubungi Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin yang memaklumkan sudah mengetahui mengenai insiden itu.

“FAM sudah tahu mengenai insiden itu. Jadi, PAFA berharap tindakan sewajarnya diambil. Ini soal maruah negeri dan pasukan Perak.

“Peraturan sudah dibuat dan dipersetujui semua. Justeru, semua pihak perlu patuh dan akur. Tiada pengecualian terhadap sesiapa,” katanya.

JDTns- Bharian Sukan

Sabtu, 26 Januari 2013

SANTAI ; Tanda-tanda orang yang sayang padamu.

TANDA ORANG YANG SAYANG PADAMU


 1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

 2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang terbaik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selalmat pagi’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung selain kata cinta.

6] Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingati setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kamu tuturkan padanya, dan akhirnya kamu musnahkan? pasti kamu lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu bahkan dia sanggup kirimkan makanan buatmu walaupun dia ada komitmen lain yang lebih penting. Baginya kamu adalah lebih penting pada waktu itu. kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

 12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu.

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaanmu.

 20.Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Tak percaya? Cuba ‘curi’ hp-nya seketika pabila dia terleka atau tertinggal di mejanya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

 22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.  

JDTns

Johor 'Messi' dapat simpati

Kementerian Pelajaran mahu bantu Sufian masuk semula ke sekolah

Kuala Lumpur: Nasib seorang remaja, Sufian Mat, 17, yang tidak bersekolah sejak dua tahun lalu kerana kecewa selepas gagal menyertai Sekolah Sukan Bandar Penawar Johor (SSBP), mendapat perhatian Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi.

“Saya tidak akan membiarkan masalah dihadapi Sufian, saya akan cuba membantunya.

“Saya akan lakukan semakan bagi membolehkan dia bersekolah semula, tetapi bagi kemasukannya ke sekolah sukan bergantung kepada syarat tertentu dengan mengambil kira tahap pencapaiannya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Tidak bersekolah

Beliau mengulas laporan BH Sukan semalam mengenai seorang remaja yang sebelum ini mendapat jolokan 'Messi Malaysia' dan disebut-sebut bakal menggegar arena bola sepak tanah air, kini terbiar dan tidak bersekolah lagi.

Episod duka Sufian bermula apabila bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Putera, Kota Bharu itu kecewa selepas namanya tidak tersenarai untuk ke SSBP pada 2007.

Keadaan menjadi semakin buruk apabila dia dibuang asrama kerana dikaitkan dengan insiden pergaduhan di sekolahnya.

Ibunya, Mahanun Mat, 39, berkata dia pernah menghubungi pihak sekolah untuk meminta kebenaran anaknya kembali ke sekolah, namun tidak dibenarkan atas alasan sudah berhenti terlalu lama.

Nama Sufian mula menjadi sebutan ketika berada di Tahun Lima, selepas dipilih mewakili skuad bola sepak bawah 12 tahun di Kejohanan Jemputan Antarabangsa Saitama, Jepun pada 2007.

Dia juga pernah berada di bawah bimbingan ketua jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee ketika menyertai program realiti anjuran Media Prima, TV3, Soccer Kids pada tahun yang sama.

Sementara itu, Kim Swee mengakui kemampuan Sufian ketika beraksi di atas padang cukup menarik perhatiannya.

“Pada pertandingan peringkat umur, dia (Sufian) memang memiliki bakat dan prestasi yang dipamerkannya cukup baik. Sudah lama saya tidak mengikuti perkembangannya dan tidak pasti bagaimana prestasinya sekarang.

“Apa pun saya akan melihat perkembangannya sebaik saya pulang daripada menyertai latihan bersama Harimau Muda A di Australia,” katanya.

JDTns- bharian

Harimau Selatan bernasib baik

JOHOR BAHRU - Johor Darul Takzim, pasukan yang dibarisi ramai pemain bintang menepati ramalan mara ke pusingan kedua Piala FA apabila berjaya menang tipis ke atas Perak 1-0, malam tadi.

Bermain di hadapan 30,000 penyokong di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin ternyata membakar semangat anak buah Fandi Ahmad sekali gus memastikan kemenangan milik skuad Harimau Selatan.

Gol berharga yang membawa Johor Darul Takzim mara ke pusingan seterusnya hadir pada minit ke-59 menerusi tandukan Aidil Zafuan Abdul Razak hasil sepakan sudut kapten pasukan, Safiq Rahim.

Pada separuh masa pertama, Johor Darul Takzim nyata mempunyai beberapa peluang menjaringkan gol, namun, Khairul Amri Salehuddin nyata cemerlang menjaga kemas gawang Perak.

Gandingan Norshahrul dan Guiza juga dilihat masih belum berjaya menemui sentuhan penyudah sehingga babak pertama dengan masa tambahan empat minit berakhir tanpa sebarang jaringan gol.

Pasukan pelawat juga bermula garang apabila kerap mengasak kubu pertahanan skuad Harimau Selatan menerusi penyerangnya, Abdul Hadi Yahya dan peluang terbaiknya hadir pada minit keempat.

Bagaimanapun, dia mensia-siakan peluang tersebut apabila sepakannya tidak tepat ke arah gawang.

Skuad Harimau Selatan kemudiannya bangkit dengan bermula garang pada babak kedua apabila Ahmad Ezrie Shafizie merembat deras ke gawang lawan, bagaimanapun Khairul Amri berjaya menangkap kemas.

Johor Darul Takzim tidak putus asa dengan berterusan membuat asakan dan akhirnya gol pertama mereka berjaya dihasilkan menerusi tandukan Aidil Zafuan pada minit ke-59.

Sebelum itu, pada minit ke-48, skuad Harimau Selatan mempunyai peluang menjaringkan gol menerusi gerakan solo Norshahrul yang berjaya memperdaya pertahanan dan penjaga gol lawan.

Namun, pemain yang turut dikenali sebagai Mat Yo itu mensia-siakan peluang tersebut.

JDTns- utusan sukan

Pemandu lori ditahan berhubung kemalangan di jalan Muar - Air Hitam.

MUAR  - Seorang lelaki dipercayai pemandu yang membawa lori dengan muatan tiang konkrit dan terbabit dalam kemalangan yang mengakibatkan tiga beranak meninggal dunia di Jalan Muar-Air Hitam, kelmarin, ditahan polis, semalam.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli berkata, lelaki itu yang baru keluar dari Hospital Batu Pahat ditahan untuk membantu siasatan selepas membuat laporan di Balai Polis Trafik, Ibu Pejabat Daerah (IPD) Muar, di sini.

“Lelaki yang dipercayai pemandu lori berkenaan datang membuat laporan pukul 10 pagi itu dan kemudian ditahan untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya kepada Sinar Harian.

Rabu lalu, isteri dan dua anak kepada Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Bakri terbunuh dalam kemalangan ngeri di Batu 14, Jalan Muar-Air Hitam, berhampiran Bukit Naning di sini, setelah kereta Proton Persona dipandunya  dihempap 32 tiang konkrit.

Sementara itu, suami dan juga bapa kepada kanak-kanak malang itu, Mohd Ghazali Salamun, 45, menarik nafas lega dengan penahanan itu dan mahukan pembelaan sewajarnya selepas kehilangan tiga ahli keluarganya.

“Saya bersyukur (dengan penahanan itu), bukanlah saya berdendam dengan dia. Saya reda dengan pemergian isteri saya tetapi cuma cara pemergiannya amat menyayat hati, tidak pernah terfikir sama sekali dalam fikiran.

“Apabila saya duduk berseorangan saya akan menangis.

"Isteri saya memang cermat apabila memandu kereta. Sebelum naik kereta mesti baca ayat kursi, selawat dan al-Fatihah,” katanya.

Mohd Ghazali berkata, tragedi tersebut adalah ujian paling getir pernah dilalui dalam hidupnya walaupun sebelum ini pernah melalui pengalaman jatuh bangun dalam dunia politik.

Piala FA: Selangor singkir ATM, Pahang dan JDT tunjuk taring

PENDATANG baru Liga Super musim ini, Pahang terus mempamerkan aksi cemerlang apabila berjaya memulakan kempen Piala FA 2013 dengan penuh bergaya selepas mengatasi Johor 3-2 di Stadium Pasir Gudang, malam tadi.

Tiga gol skuad Tok Gajah disumbangkan oleh penyerang import dari Maghribi, Mohamed Borji pada minit ke-13 dan dua gol Mohd Fauzi Rozlan minit ke-45 dan 74.

Dua gol pasukan Johor pula dijaringkan oleh Muriel Juan Orlando pada minit ke-10 dan 49.

Dengan keputusan itu, Pahang akan menentang ATM Tentera Darat pada pusingan kedua selepas pasukan itu menumpaskan wakil kelab dari Pahang, Shahzan Muda 2-0 di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh.

Selain Pahang, juara lima kali Piala FA, Selangor turut mengetuai senarai yang berjaya melayakkan diri ke pusingan kedua selepas mencatatkan kemenangan tipis 3-2 menerusi sepakan penalti ke atas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Shah Alam.

Skuad bimbingan Irfan Bakti akan bertemu Sabah pada pusingan kedua selepas Sabah menjinakkan Felda United 2-1 dalam satu lagi perlawanan pusingan awal.

Dua gol Sabah dijaringkan oleh penyerang import, Koh Traore pada minit ke-14 dan Jufrey Amopor pada minit ke-73 manakala gol saguhati skuad The Settlers dihasilkan oleh Mohammed Ghaddar Mahmoud pada minit ke-65.

Turut mara ke pusingan kedua ialah Johor Darul Takzim (JDT) selepas menundukkan Perak 1-0 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.

Gol tunggal JDT hadir menerusi jaringan pemain pertahanan, Mohamad Aidil Zafuan Abdul Radzak pada minit ke-59.

Pada pusingan kedua 26 Februari ini, skuad Harimau Selatan itu akan bertemu Kedah yang membelasah wakil Negeri Sembilan, NS Betaria FC 3-0 di Stadium Alor Setar.

Terengganu yang mencatatkan kemenangan 3-1 ke atas Kuala Lumpur SPA di Stadium Majlis Perbandaran Selayang turut tersenarai dalam 14 pasukan yang mara ke pusingan kedua bulan depan.

Tiga gol skuad Penyu dijaringkan oleh Ismail Faruqi pada minit ke-30 dan dua gol dari Jean Emmanuel Effa Owona pada minit ke-69 dan 80.

Terengganu akan menentang Pulau Pinang di pusingan kedua selepas pasukan Harimau Kumbang mengejutkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2-1 di Stadium Hang Jebat, Melaka.

Begitupun, dua lagi perlawanan  melibatkan pertemuan UiTM FC menentang Negeri Sembilan dan PKNS bertemu Lions XII di Stadium Majlis terpaksa ditunda esok ekoran hujan lebat.

Berikut keputusan perlawanan pertama Piala FA 2013:

Selangor (2) - ATM (2) * Selangor (3) - ATM (2) sepakan penalti

Johor Darul Takzim (1) - Perak (0)

Sarawak (3) -  Melaka (0)

Kedah (3) - NS Betaria FC (0)

Pulau Pinang PBAPP (5) - PKRFC (CAM) (1)

Kuala Lumpur (0) - Pos Malaysia (5)

PDRM (1) - Pulau Pinang (2)

Sabah (2) - Felda United (1)

Shahzan Muda (0) - ATM Tentera Darat (2)

T-Team (3) - Perlis (2)

Johor (2) - Pahang (3)

Kuala Lumpur SPA (1) - Terengganu (3)

Khamis, 24 Januari 2013

Suami ratapi kematian isteri, dua anak akibat dihempap lori 10 tan

MUAR – Hanya laungan nama Ngaisah, Balqis dan Azzem berulang kali memecahkan suasana pilu di kediaman Ghazali Salamon, 45, yang meratapi jenazah tiga ahli keluarganya selepas semua mangsa dikeluarkan dari timbunan barangan konkrit bahan binaan.

Ghazali merupakan suami kepada mangsa kemalangan, Ngaisah Redzuan, 46, bersama dua anaknya, Faatiorrohirullah Al Azzem Ghazali, 12, dan Puteri Balqis Sofea Ghazali, 10; maut selepas terbabit dalam nahas melibatkan sebuah kereta Proton Persona dengan lori sarat membawa muatan konkrit di Batu 14 Jalan Muar-Air Hitam, berhampiran Bukit Naning dekat sini, kira-kira jam 1.30 petang semalam.

Bagaimanapun usaha untuk menemu bual Ghazali iaitu Pengerusi Biro Kesenian dan Kebudayaan Umno Bahagian Bakri,. tidak berjaya berikutan keadaannya yang tidak mengizinkan dan terpaksa ditenangkan oleh ahli keluarganya.

Lebih memilukan, kejadian ngeri itu berlaku di hadapan rumah mangsa yang ketika itu dalam perjalanan pulang dari Sekolah Kebangsaan Bukit Naning iaitu tempat Ngaisah mengajar.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku apabila lori seberat 10 tan yang sarat membawa muatan dari Air Hitam menghala ke Muar cuba memintas kereta Proton Persona dipandu Ngaisah yang ketika itu sedang membelok ke kiri untuk pulang ke rumahnya.

Malangnya, lori terbabit hilang kawalan lalu terbalik menyebabkan keseluruhan muatan barangan konkrit bahan binaan itu bertaburan dan menghempap kereta dipandu guru Matematik itu.

Pegawai Bomba Kanan Dua, Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Muar, Ismail Mahmod berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 1.30 petang dan bergegas ke tempat kejadian bersama satu jentera dengan tujuh anggota.

Menurutnya, pihaknya terpaksa mengambil masa hampir satu jam untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dan terhempap dalam timbunan barangan konkrit bahan binaan dengan menggunakan bantuan dua jentera forklift.

“Ketika dikeluarkan, mangsa sudah meninggal dunia dan pemandu lori berkenaan dipercayai melarikan diri,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

“Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini untuk bedah siasat.

“Saksi kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Pertemuan terakhir Rabu lalu KAKAK kedua Ngaisah, Noriah Redzuan, 70, begitu terkejut menerima berita yang menimpa adiknya melalui penduduk kampung.

“Kali terakhir saya menemui Ngaisah pada Rabu minggu lalu di sebuah kedai runcit di Parit Sulung, Batu Pahat.

“Dalam pertemuan itu, dia tidak menunjukkan sebarang perlakuan pelik dan sentiasa dengan sikap ramahnya,” katanya.

Sementara itu, rakan mangsa yang dikenali sebagai Shidah, 47, berkata, sebelum kejadian arwah sempat meninggalkan pesanan supaya membantunya memasang langsir baru sekolah pada keesokan hari (hari ini).

“Tahun ini arwah menaja langsir baru untuk sembilan kelas seperti yang dilakukannya setiap tahun.

“Hari ini (semalam) kami tidak sempat berbual panjang kerana sibuk bergotong royong membersihkan sekolah berikutan akan menerima kunjungan lawatan Nazir Jumaat ini,” katanya.

Shidah turut sedih mengenangkan semula pesanan terakhir arwah dan menganggap pemergian sebagai satu kehilangan besar buat dirinya kerana mereka sudah bersahabat baik lebih 20 tahun lalu.

Manakala seorang anak murid mangsa, Nornasha Kamarudin, 12, berkata, dia turut sedih dengan pemergian guru matematiknya itu.

“Ketika mengajar dalam kelas hari ini, Cikgu Ngaisah banyak tersenyum dan mendekati rakan-rakan yang tidak faham dengan apa yang diajarnya,” katanya.

Rabu, 23 Januari 2013

Harimau Selatan garang

SHAH ALAM - Johor Darul Takzim FC mencipta kemenangan pertama di tempat lawan pada musim ini apabila mudah menjinakkan PKNS 3-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Shah Alam, semalam.

Penyerang kebangsaan, Safee Sali menamatkan kemarau jaringannya dalam saingan Liga Super 2013 apabila membuka tirai jaringan Johor pada minit ke-18 sebelum Ahmad Ezrie Shafizie dan Daniel Guiza memastikan tiga mata menjadi Harimau Selatan dengan jaringan pada minit ke-69 serta 87.

Pemain gantian, Mohd. Faiz Mohd Isa menjaringkan gol sagu hati buat tuan rumah pada masa kecederaan, namun ia sudah terlambat menghalang kemenangan kedua Johor pada musim ini.

Aksi yang dipertunjukkan oleh anak-anak buah Fandi Ahmad boleh dipuji dan keserasian pemain-pemain berstatus bintang dalam skuad pelawat ternyata semakin menjadi apabila banyak melancarkan serangan menarik ke kubu lawan.

Tuan rumah kembali diperkuatkan dengan kehadiran pemain import, Helmi Loussaief sementara Johor mempertaruhkan gandingan tiga serangkai, Safee, Guiza dan Norshahrul Idlan Talaha menerajui barisan serangan.

Pun begitu, PKNS terlebih dahulu mempamerkan aksi bertenaga di awal permainan dengan kawalan bahagian tengah menarik yang ditunjukkan oleh Mohd. Fazli Baharuddin dan Mohd. Nazrin Syamsul Bahari.

Namun, di hadapan 5,000 penonton setia Johor, suasana perlawanan berubah pada minit ke-18 apabila Safee Sali berjaya menanduk cantik hasil hantaran Guiza dari sebelah kiri bagi memastikan pasukan pelawat di hadapan.

Norshahrul boleh menambah jaringan kedua pada minit ke-35 selepas bijak memperdayakan tiga pertahanan PKNS tetapi rembatannya melepasi palang gol lawan.

Bermula babak kedua, Harimau Selatan semakin garang melancarkan serangan berbahaya ke kubu lawan. Ahmad Ezrie akhirnya menghadiahkan gol kedua Darul Takzim pada minit ke-61 apabila mudah melepaskan rembatan leret yang tidak mampu dijangkau Mohd. Remezey Che Ros.

Guiza melengkapkan kemenangan mutlak Johor apabila dia yang tidak dikawal mudah melunaskan peluang terhidang pada minit ke-87.

#Safee Sali (tengah) menanduk bola ke gawang PKNS walaupun diasak dua pemain lawan dalam saingan bola sepak Liga Super di Stadium Shah Alam, malam tadi. Johor Darul Takzim menang 3-1.

Harimau Selatan raih tiga mata

JDT - PKNS
Aksi perlawanan PKNS menentang Johor Darul Takzim malam tadi.

MISI Kelantan untuk mengutip tiga mata penuh sekali lagi gagal apabila pasukan itu hanya terikat seri tanpa jaringan ketika melayan kunjungan Negeri Sembilan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Baharu, malam tadi.

Meskipun beraksi di halaman sendiri dan mendapat sokongan padu daripada penonton, Kelantan nyata gagal memanfaatkan peluang itu untuk mengutip tiga mata penuh sebaliknya mengulangi prestasi sama ketika perlawanan menentang Felda United, Jumaat lepas.

Dengan keputusan itu, Kelantan kini menduduki tangga ketujuh dengan mengutip enam mata selepas mengharungi lima perlawanan setakat ini.

Sementara itu, Pahang yang tewas kepada Selangor Sabtu lepas, bangkit mencatatkan kemenangan apabila membelasah Terengganu 3-0 di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Tiga gol Pahang dijaringkan oleh Mohd Hafiz Kamal pada minit ke-75 dan 89 serta Mohd Fauzi Roslan pada minit ke-77.

Keputusan itu membuatkan pasukan bimbingan Dollah Salleh kekal menerajui takhta liga dengan mengumpul 12 mata daripada lima perlawanan setakat ini.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pula berjaya merampas tangga kedua daripada Lions XII selepas mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas Felda United di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Seremban.

Penyerang import skuad 'The Gladiators' iaitu Marlon Alex James membuka tirai jaringan pada minit ke-14 sebelum Mohd Shukor Adan meledak gol kemenangan pada minit ke-55.

Di Stadium Shah Alam, Johor Darul Takzim turut mempamerkan aksi garang apabila menewaskan PKNS 3-1.

Keputusan itu membuatkan pasukan bimbingan Fandi Ahmad itu naik dua anak tangga untuk berada di kedudukan kelima liga dengan meraih lapan mata.

Dalam perlawanan itu, Mohd Safee Sali membuka tirai jaringan untuk skuad Harimau Selatan pada minit ke-19 sebelum Ahmed Ezrie Shafizie Sazali menggandakan kedudukan pada minit ke-61.

Penyerang import dari Sepanyol, Danial Guiza menjaringkan gol ketiga pada minit ke-88 sekali gus menghadiahkan tiga mata penuh untuk pasukan pelawat.

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Tunku Ibrahim turut kelihatan di bangku penonton untuk sama-sama memberi sokongan.

T-Team juga berjaya mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan Lions XII 1-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Mohd Badrul Hisham Morris menjadi wira T-Team apabila menjaringkan gol tunggal menerusi sepakan penalti pada minit ke-75.

Dalam pada itu, Perak dan Selangor hanya mampu mengutip satu mata selepas masing-masing mencatatkan keputusan seri 1-1 di Stadium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut.

Francis Forkey Doe membuka tirai jaringan untuk pasukan Selangor pada minit ke-65 sebelum penyerang skuad Seladang, Abdul Hadi Yahya menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti pada minit ke-80.

Pada perlawanan keenam PKNS akan menentang Felda United di Stadium Petaling Jaya manakala Johor Darul Takzim akan bertemu T-Team  di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos pada 16 Februari.

JDTns

Isnin, 21 Januari 2013

Kerajaan lulus peruntukan RM33j

AZALINA Othman Said (kiri) menyampaikan wang sara hidup nelayan kawasan Pengerang di Dewan Bandaran Kejora, Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor, semalam. 
 


KOTA TINGGI 20 Jan. - Kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM33 juta bagi membina Kompleks Bersepadu Nelayan yang bakal menjadi pusat pendaratan ikan yang baharu di Kampung Sungai Musuh, Pengerang dekat sini.

Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, fasa pertama projek tersebut melibatkan peruntukan RM7.5 juta dengan pelaksanaan bermula sebaik sahaja kerja kajian tapak selesai.

"Kemudahan pusat pendaratan itu dilakukan bagi memenuhi keperluan golongan tersebut selain membolehkan mereka keluar menangkap ikan dengan selesa untuk meningkatkan taraf hidup mereka.
"Golongan nelayan perlu merebut peluang yang disediakan untuk meningkatkan pendapatan mereka melalui pelbagai peluang ekonomi yang dibawa ke sini, asalkan mereka sanggup melengkapkan diri dengan kemahiran berkaitan," katanya ketika berucap dalam majlis penyampaian elaun sara hidup nelayan di Dewan Bandaran Kejora, Bandar Penawar dekat sini semalam.

Yang turut hadir, Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) negeri, Abdullah Ismail; Pengarah Jabatan Perikanan negeri, Abd. Hamid Yassin dan Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Pengerang, Abu Bakar Mohamad.

Pada majlis tersebut, seramai 520 nelayan di kawasan Pengerang masing-masing menerima elaun sara hidup sebanyak RM200.

Azalina turut mengingatkan golongan nelayan agar tidak terpengaruh dengan hasutan pembangkang yang mahu memperdaya mereka dengan mengatakan projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang sebagai tidak bermanfaat dan hanya merosakkan alam sekitar.

"Pembangkang sekali pun tidak pernah mengatakan yang mereka akan menamatkan atau membubarkan RAPID jika mereka menang. Tidak pernah sekali pun Anwar Ibrahim, Azmin Ali, Chua Jui Meng mahu pun Salahuddin Ayub berkata seperti itu," katanya.

JDTns - Utusan

Kanak-kanak lima tahun maut dihempap tayar treler

kemalangan
Keadaan treler yang terbalik selepas terbabas dan meragut nyawa kanak-kanak berusia lima tahun

MUAR – Kejadian menyayat hati terpaksa dilalui sebuah keluarga yang kehilangan anak berusia lima tahun yang maut akibat dihempap tayar treler yang dipandu bapanya dalam kemalangan di Batu 10 Jalan Pagoh-Muar di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.20 pagi itu, Mohd Afiq Amrin Mohd Yazid tercampak keluar sebelum kepalanya dihempap tayar treler yang dipercayai hilang kawalan semasa membelok selekoh sebelum terbalik dan memasuki parit.

Bagaimanapun, keluarga kanak-kanak terbabit, Mohd Yazid Banain (bapa), 44; Suriyati Abd Rahman (ibu), 30an, Nur Damia Batrisya (kakak), 6, terselamat, tetapi mengalami kecederaan di beberapa bahagian anggota badan.

Pegawai Bomba Kanan 2, Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Muar, Razali Ismail berkata, ketika tiba di tempat kejadian bersama satu jentera dan tujuh anggota, tiga mangsa masih berada di dalam treler kecuali Mohd Afiq Amrin.

Pihaknya mengambil masa selama 20 minit untuk mengeluarkan Mohd Yazid yang tersepit di tempat duduk pemandu, manakala  isteri dan anak perempuannya di bahagian tempat duduk belakang.

“Mohd Yazid patah kaki. Isteri dan anak perempuannya yang pada mulanya tidak sedarkan diri tersedar sebaik sahaja berjaya dikeluarkan.

“Kami masih menjalankan kerja untuk mengalihkan treler ini kerana dikhuatiri ada kenderaan lain di bawahnya yang terbenam dalam parit,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Katanya, treler yang sarat membawa muatan papan lapis itu dalam perjalanan dari Johor Bahru ke daerah ini.

Beliau meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan.

JDTns - Sinar

Ahad, 20 Januari 2013

Jersi Home Johor FA 2013


JOHOR FA HOME JERSEY

Price :RM79.90
Size : S-XXL
Dry Fit

Additional:
Patch Liga Premier +RM10
Nombor Belakang +RM7(1digit)
Nombor Depan +RM4(1digit)
Nameset +RM8

STOCK AVAILABLE NOW


*Dapatkan yang ORIGINAL dari KAPPA.

Permohonan Kemasukan Program Latihan Kemahiran Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar


Bidang Minyak & Gas

Bahagian Pembangunan Kemahiran, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia melalui Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar akan melaksanakan program berasaskan latihan dalam Bidang Minyak & Gas. Melalui kerjasama antara Kementerian Belia dan Sukan dengan PETROLIAM NASIONAL BERHAD (PETRONAS), SIRIM Berhad dan Johor Petroleum Development Corporation (JPDC) pada November 2012 telah mencapai satu persetujuan untuk menjadikan IKBN Bandar Penawar sebagai hub Pensijilan Profesional Antarabangsa yang menyediakan latihan kemahiran bersepadu bagi memenuhi keperluan sektor minyak dan gas di Malaysia.
Bidang Latihan

Health Safety & Environment (HSE)
Welding For 6G/6GR
Basic Welding Inspections
Pusat Latihan
Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar
Jalan Kejora Utama,
81930 Bandar Penawar
Johor Darul Takzim
Kemudahan
Pusat pengajian, bahan pembelajaran, peralatan latihan, penginapan, rekreasi dan kemudahan sukan

Tarikh Tutup
Permohonan adalah terbuka sepanjang tahun
Keputusan Permohonan
Calon yang berjaya akan dihubungi secara terus oleh Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar melalui talian telefon atau surat tawaran rasmi
Permohonan
Calon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon program yang ditawarkan dengan

Pertanyaan
Sebarang pertanyaan lanjut, calon boleh menghubungi;

Pengarah
Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar
Jalan Kejora Utama,
81930 Bandar Penawar
Johor Darul Takzim

Tel : +607-822 1567/1530
Fak : +607-822 1566
E-mail : brendanicholas@kbs.gov.my atau khairunafida@kbs.gov.my

Mayat dalam gulungan tilam

JOHOR BAHRU – Mayat seorang lelaki lengkap berpakaian dan dibaluti tilam ditemui di Jalan Mewah Ria 2/10 Taman Bukit Mewah, di sini, semalam.

Seorang saksi yang enggan namanya didedahkan berkata, kira-kira jam 3 petang, dia dan rakannya yang melalui kawasan itu ternampak orang ramai berkumpul di lokasi mayat ditemui.

Menurutnya, perasaan ingin tahu membuatkan dia turut mendekati kawasan itu sebelum terlihat kaki manusia terjulur dalam gulungan tilam berkenaan.

“Saya bukan orang pertamanya yang menemui mayat, namun antara yang terawal tiba di lokasi kejadian sebelum salah seorang menghubungi pihak polis.

“Apa yang saya tahu terdapat mayat seorang lelaki berada dalam gulungan tilam berkenaan.

“Bagaimanapun, saya tidak berani untuk membuka tilam berkenaan dan menunggu pihak polis sampai tidak lama kemudian,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan mengesahkan penemuan mayat terbabit.

Katanya, polis akan menjalankan siasatan secara terperinci dan menunggu laporan daripada unit patologi sama ada mayat itu mempunyai sebarang kecederaan atau sebaliknya bagi mengenal pasti punca kematian.

“Tiada sebarang dokumen ditemui, dan polis akan siasat daripada semua sudut bagi memastikan mangsa dibunuh atau mati mengejut (SDR),” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, untuk bedah siasat.

JDTns - sinar

PBNJ: Kafa gagal tepati janji jamin keselamatan penyokong Johor

Persatuan Bola Sepak Negeri Johor

PENGURUSAN Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) membuat akuan bersumpah berhubung insiden perlawanan Kelantan menentang Johor Darul Takzim, minggu lalu.

Akuan tersebut dibuat Setiausaha Kehormat, Suhairi Hashim dan Bendahari Kehormat, Datuk Abd Latiff Bandi.

Antara isi kandungan akuan mengikut Akta Akuan Berkanun 1960 menyatakan kegagalan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) menepati janji bagi menjamin keselamatan penyokong Johor Darul Takzim diserang dengan objek sehingga mengakibatkan kecederaan.

“Dalam perbincangan kira-kira jam 2 petang hari perlawanan, Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Ismail Mohd Nor berbincang berkaitan perlawanan malam itu, di mana Kafa menyatakan tidak maklum kehadiran 200 penyokong Johor Darul Takzim tetapi bersedia untuk kehadiran VVIP, biarpun surat telah dihantar pada 14 Januari.

“Perbincangan turut mengutarakan tentang suasana penyokong Kelantan yang masih tidak berpuas hati dengan isu Norshahrul Idlan Talaha (Mat Yo) dan persediaan berhadapan provokasi penyokong,” katanya, semalam.

Satu mesyuarat diadakan jam 4 petang di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV dipengerusikan Ismail dan antara perkara dibangkitkan, memaklumkan kehadiran VVIP dan 200 penyokong Johor Darul Takzim yang beli tiket secara tempahan daripada Kafa.

Perkara lain yang dibincangkan adalah meminta kawalan keselamatan penyokong Johor Darul Takzim ditingkatkan dan pengerusi menjamin tiada masalah berlaku kerana penyokong Johor Darul Takzim diletakkan bersama Ultras Kelantan, polis serta Rela yang akan mengawal sebagai tembok pemisah.

“Saya minta kawalan FRU dibuat tetapi dimaklumkan FRU tidak boleh ada dalam stadium kerana penyokong Kelantan merasakan ia satu provokasi dan akan menyebabkan mereka bertindak liar.

"Pengerusi juga memberitahu jika terjadi kejadian merusuh, penyokong Johor Darul Takzim diminta jangan bergerak sehingga lampu dimatikan dan penyokong Kelantan dibawa keluar, barulah penyokong Johor Darul Takzim dibenarkan keluar ikut laluan belakang diiringi polis," katanya.

Menurutnya, ancaman menjadi kasar selepas gol Kelantan pada minit ke-38, dengan membaling objek bukan sahaja ke padang tetapi penyokong Johor Darul Takzim dan berterusan hingga tamat wisel.

Jelasnya, lampu dipadamkan 11.35 malam, penyokong Johor Darul Takzim mula diiring masuk ke padang dengan iringan polis menggunakan jalan belakang ke IPK.

Beliau berkata, Kafa gagal tepati janji untuk jamin keselamatan atas kekasaran itu, satu laporan polis dibuat di Johor Bahru sebaik tiba di negeri ini.

JDTns- sinar

Liga Malaysia : Annuar cadang selesai kemelut

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Negeri Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa menasihati Presiden Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ), Tengku Ismail Sultan Ibrahim supaya bersikap profesional dan lebih matang dalam menangani isu kekecohan yang berlaku pada perlawanan Liga Super membabitkan Kelantan menentang Johor Darul Takzim di Stadium Sultan Muhammad IV, 15 Januari lalu.

“Tidak usah bawa benda pelik-pelik ke dalam bola, buat biasa saja. Bola sepak permainan orang ramai untuk mewujudkan muhibah dan perpaduan serta perlu ikut peraturan yang ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM),” katanya.

Beliau berkata, kehadiran askar Rejimen Gerak Khas (komando) di dalam kawasan stadium juga mengundang pelbagai tanggapan bahawa penyokong Kelantan terlampau agresif, walhal Kafa sudah mendapat khidmat Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk pasukan Ikatan Relawan Rakyat (Rela) untuk menjaga keselamatan.

“Insiden yang berlaku itu di luar kawalan, walaupun kita sediakan pasukan keselamatan termasuk dikawal rapi oleh Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), ia tetap berlaku, jadi dakwaan baginda sebenarnya tidak berasas.

“Jadi untuk menyelesaikan kemelut ini agar tidak berpanjangan, Kafa mencadangkan satu pertemuan diadakan antara mereka dan PBNJ bagi menyelesaikan segala kemelut yang timbul selepas perlawanan kedua-dua pasukan di Stadium Sultan Muhammad IV, baru-baru ini.

“Saya cadangkan kita adakan pertemuan dengan jawatankuasa pengurusan Kafa dan PBNJ untuk berbincang secara baik untuk menyelesaikan masalah ini daripada terus berpanjangan,” katanya.

Kemelut terbabit tercetus apabila Tunku Ismail dalam laporan media sebelum ini, tampil menjelaskan kehadiran anggota komando tersebut ditugaskan untuk bersedia di stadium berkenaan berikutan ayahandanya, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar akan berangkat untuk menyaksikan perlawanan berkenaan.

Tunku Ismail turut mempertikaikan ketiadaan anggota polis FRU bagi mengawasi perlawanan tersebut.

JDTns - sinar

DITAJA OLEH

IKLAN BERBAYAR

Kepada yang berminat untuk mengiklankan perniagaan dan Individu sila hantarkan pemohonan ke email :
johordarultakzimjdt@gmail.com