JOM SERTAI KOMUNITI KITA JDT
Selasa, 27 Ogos 2013
Kembara Mahkota KMJ 2013 ( Hari Ke Empat )
Aturcara Hari Keempat
27 Ogos 2013 – Selasa
0800 : SEBANA COVE- DYMM Sultan Johor berangkat ke Kampung Johor Lama, Kota Tinggi
0900 – 1015 : KAMPUNG JOHOR LAMA, KOTA TINGGI
- Keberangkatan tiba DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ di Kampung Johor Lama, Kota Tinggi
- Program DYMM Sultan Johor
- Membuat pelepasan pertandingan memancing (kategori pantai)
- Menyaksikan demonstrasi masakan belangkas, ikan asam pedas, siput gonggong, karipap gergasi dan air sakar (welcome drink)
- Program DYAM Tunku Mahkota Johor
- Program YAM Paduka-Paduka Anakanda
- Majlis santapan
- Sembah ucapan oleh Pegawai Daerah Kota Tinggi
- Persembahan cenderahati kepada DYMM Sultan Johor daripada Pegawai Daerah Kota Tinggi
- Persembahan cenderahati oleh DYMM Sultan Johor kepada Pegawai Daerah Kota Tinggi
- Bacaan doa keberangkatan oleh Kadi daerah Kota Tinggi
- DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ berangkat ke Dewan Serbaguna Kampung Rahmat, Kulaijaya
1200 – 1315 : DEWAN SERBAGUNA KAMPUNG RAHMAT, KULAIJAYA
- Keberangkatan tiba DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ di Dewan Serbaguna Kampung Rahmat, Kulaijaya
- Bacaan doa keberangkatan oleh kadi daerah Kulaijaya
- Program DYMM Sultan Johor
*DYAM Tunku Mahkota Johor serta paduka-paduka anakanda yang lain akan menyertai sukan rakyat sekiranya berminat
- DYMM Sultan Johor dan rombongan melawat ke pameran dan jualan oleh jabatan-jabatan dan masyarakat setempat
- DYMM Sultan Johor dan rombongan melihat pertandingan dan pertunjukan gasing
- Program YAM Paduka Anakanda
- YAM Paduka Anakanda melawat ke khemah pertandingan memasak, gubahan, demonstrasi IKS dan pameran produk IKS
- YAM Paduka Anakanda menyampaikan bantuan MAIJ dan JKM kepada penduduk miskin dan anak-anak yatim
- Majlis santapan
- Sembah ucapan daripada Pegawai Daerah Kulaijaya
- Cabutan bertuah 3 kaum disempurnakan oleh DYMM Sultan Johor
- Persembahan cenderahati kepada DYMM Sultan Johor oleh Pegawai daerah Kulaijaya
- Persembahan cenderahati oleh DYMM Sultan Johor kepada Pegawai Daerah Kulaijaya
- Bacaan doa keberangkatan oleh Kadi daerah Kulaijaya
- DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ berangkat ke Dewan Raya MPJBT, Gelang Patah, Johor
1515 – 1515 : DEWAN RAYA MPJBT, GELANG PATAH
- Keberangkatan tiba DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ di Dewan MPJBT Gelang Patah
- Bacaan doa keberangkatan oleh Kadi daerah Johor Bahru
- Program DYMM Sultan Johor
- Program DYAM Tunku Mahkota Johor
- DYMM Sultan Johor dipersilakan ke tempat bersemayam di dalam dewan
- DYMM Sultan Johor dan DYMM Raja Zarith Sofiah berangkat ke Majlis Perasmian Penutup KMJ 2013 di Padang Awam Gelang Patah
1515 – 1615 : MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2013
- Keberangkatan tiba DYMM Sultan Johor dan DYMM Raja Zarith Sofiah di Padang Awam Gelang Patah
- Persembahan pancaragam oleh Polis Diraja Malaysia
- Lagu Bangsa Johor
- Bacaan doa majlis
- Sembah ucapan oleh YAB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin Menteri Besar Johor
- Cabutan bertuah 3 kaum disempurnakan oleh DYMM Sultan Johor
- Persembahan cenderahati kepada DYMM Sultan Johor oleh Pegawai Daerah Johor Bahru
- Persembahan cenderahati oleh DYMM Sultan Johor kepada Pegawai daerah Johor Bahru
- Persembahan cenderahati oleh DYMM Sultan Johor kepada ketua-ketua jabatan
- Majlis santapan
- Bacaan doa penutup Kembara Mahkota Johor 2013
- Sesi bergambar bersama rombongan KMJ
- Keberangkatan balik DYMM Sultan Johor
1645 : ISTANA PASIR PELANGI
Ahad, 25 Ogos 2013
Jadual Kembara Mahkota Johor 2013 ( Hari Kedua )
Aturcara Hari Kedua
Ahad, 25,08,2013
0800 :
MAJLIS PELEPASAN DI TANGGA AGONG BANGUNAN SULTAN ABU BAKAR ( PEJABAT DAERAH MUAR)
- Keberangkatan tiba DYMM Sultan Johor di Tangga Agong Bangunan Sultan Abu Bakar
- Bacaan doa keberangkatan oleh Kadi daerah Muar
- DYMM Sultan Johor berangkat ke Taman Tangkak Jaya, Ledang
0845 – 1000 :
TAMAN TANGKAK JAYA, LEDANG
- Keberangkatan tiba DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ di Taman Tangkak Jaya, Ledang
- Bacaan doa keberangkatan oleh Kadi daerah Ledang
- DYMM Sultan Johor dipersilakan untuk melawat ke tapak pameran kesihatan
- DYMM Sultan Johor dipersilakan untuk melawat ke Medan Selera Taman Tangkak Jaya
- Majlis ramah mesra DYMM Sultan Johor bersama rakyat
- DYMM Sultan Johor dipersilakan untuk melihat demonstrasi masakan roti canai terbang, wi- cang dan tosei
- YAM Paduka Putera menyampaikan bantuan MAIJ dan JKM kepada penerima bantuan
- Majlis santapan
- Sembah ucapan oleh Pegawai Daerah Ledang
- Cabutan bertuah 3 kaum disempurnakan oleh DYMM Sultan Johor
- Persembahan cenderahati kepada DYMM Sultan Johor oleh Pegawai Daerah Ledang
- Persembahan cenderahati oleh DYMM Sultan Johor kepada Pegawai Daerah Ledang
- Bacaan doa keberangkatan oleh Kadi daerah Ledang
- DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ berangkat ke Kompleks Beli Belah 1Segamat, Segamat
1100 – 1200 :
KOMPLEKS BELI BELAH 1SEGAMAT, SEGAMAT
- Keberangkatan tiba DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ di Pasaraya 1Segamat
- Bacaan doa keberangkatan oleh Kadi daerah Segamat
- DYMM Sultan Johor dipersilakan ke pintu hadapan utama Kompleks beli belah 1Segamat untuk menandatangani plaque perasmian
- Bacaan doa perasmian
Rombongan dipecahkan kepada 3 kumpulan dan bergerak ke tempat aktiviti masing-masing
Program DYMM Sultan Johor
- DYMM Sultan Johor dipersilakan ke Restoran Sushi Octopus
- Santapan ringan
- DYMM Sultan Johor dipersilakan ke tempat hiburan keluarga untuk menyaksikan aktiviti bermain bola keranjang
- DYMM Sultan Johor dipersilakan ke LFS Cinema untuk menyaksikan tayangan dokumentari khas Kembara Mahkota Johor
Program YAM Paduka Anakanda
- YAM Paduka Anakanda dipersilakan ke tapak lawatan untuk menyaksikan
-Demo gubahan bunga
-Demo mewarna lukisan
- YAM Paduka Anakanda beramah mesra serta menyaksikan persembahan oleh OKU dan PDK
Program DYAM TunkuMahkota Johor
- DYAM Tunku Mahkota Johor dipersilakan ke tapak lawatan untuk menyaksikan persembahan kereta kawalan jauh.
- DYAM Tunku Mahkota Johor juga dipersilakan untuk berlumba kereta kawalan jauh
- DYAM Tunku Mahkota Johor menyaksikan demo penalty shootout
- Pertandingan penalty shootout di antara pasukan KMJ dan pasukan Segamat
- DYAM Tunku Mahkota Johor dipersilakan untuk melihat demo paintball target shooting
- Pertandingan paintball target shooting di antara pasukan KMJ dan pasukan Segamat
- YAM Paduka Putera menyampaikan bungkusan dan sumbangan kepada para penerima bantuan
- Majis santapan
- Sembah ucapan oleh Pegawai Daerah Segamat
- Cabutan bertuah 3 kaum disempurnakan oleh DYMM Sultan Johor
- Persembahan cenderahati kepada DYMM Sultan Johor daripada Pengurus 1Segamat
- Persembahan cenderahati daripada DYMM Sultan Johor kepada Pegawai Daerah Segamat
- DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ berangkat ke SMK Seri Bali, Chaah
* DYMM Sultan Johor berhenti seketika di Gelanggang Bola Keranjang Pekan Chaah, Segamat untuk majlis ramah mesra. Lain-lain peserta akan dibawa terus ke Sekolah Menengah Seri Bali, Chaah
1245 – 1310 :
GELANGGANG BOLA KERANJANG, JALAN YEW CHOR, PEKAN CHAAH, SEGAMAT (REHAT)
* DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ berhenti seketika untuk majlis ramah mesra bersama-sama masyarakat kaum Tiong Hua
1315 – 1415 :
SMK SERI BALI, CHAAH, SEGAMAT
Program DYMM Sultan Johor
- Keberangkatan tiba DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ di SMK Seri Bali, Chaah, Segamat
- DYMM Sultan Johor dipersilakan untuk menyaksikan persembahan kawad formasi dan persembahan gajet badan beruniform
- DYMM Sultan Johor dipersilakan untuk melawat ke tapak demo pembuatan dodol dan tapak pembuatan kuih-kuih tradisional pelbagai kaum
Program DYMM Raja Zarith Sofiah
- DYMM Raja Zarith Sofiah dan YAM Tunku Tun Aminah menyaksikan pertandingan kaligrafi Cina, kolum dan khat jawi
- DYMM Raja Zarith Sofiah menyaksikan persembahan choral speaking dan sesi motivasi bersama pelajar
Program DYAM TunkuMahkota Johor dan YAM Paduka-Paduka Putera
- DYAM Tunku Mahkota Johor dan YAM Paduka-Paduka Putera yang lain dipersilakan untuk sesi menanam pokok
- DYAM Tunku Mahkota Johor dan YAM Paduka-Paduka Putera yang lain dpersilakan untuk menyertai pertandingan memanah
- DYAM Tunku Mahkota Johor dan YAM Paduka-Paduka Putera yang lain dpersilakan untuk menonton pertandingan futsal kain pelikat
* Pasukan DYAM Tunku Mahkota Johor menentang pasukan Belia Segamat
Santapan ringan
*santapan disediakan mengikut lokasi kerabat diraja bersemayam
- Persembahan cenderahati kepada DYMM Sultan Johor oleh Pengetua SMK Seri Bali Chaah
- Persembahan cenderahati kepada DYMM Sultan Johor oleh Pegawai Daerah Segamat
- Persembahan cenderahati oleh DYMM Sultan Johor kepada Pengetua SMK Seri Bali Chaah
- Persembahan cenderahati oleh DYMM Sultan Johor kepada Pegawai Daerah Segamat
- Bacaan doa keberangkatan oleh Kadi daerah Segamat
- DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ berangkat ke Paloh, Kluang
* DYAM Tunku Mahkota Johor berangkat ke Hotel Prime City, Kluang untuk berehat dan kemudian ke Stadium Kluang bagi menyaksikan perlawanan bola sepak antara pasukan pasukan JDT dengan pasukan daerah Kluang.
1520 – 1535 :
KANGKAR BARU, BATU PAHAT (REHAT)
* DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ berhenti seketika untuk majlis ramah mesra bersama-sama masyarakat setempat
1600 – 1715 :
PADANG MPK PALOH, KLUANG
- Keberangkatan tiba DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ di Padang MPK Paloh, Kluang
- Bacaan doa keberangkatan oleh Kadi daerah Kluang
Program DYMM Sultan Johor
- DYMM Sultan Johor melawat pameran-pameran :
– FAMA – Produk agromas dan hasil produk FAMA
– Jabatan Pertanian – Benih, pokok dan buah-buahan (Buah Melewar)
– Jabatan Veteriner – Kitaran hayat ayam bergaya
- DYMM Sultan Johor menyaksikan demonstrasi mengopek kelapa secara tradisional dan moden serta mengadili pertandingan mengopek kelapa secara moden di antara pasukan KMJ dan pasukan rakyat
- YAM Paduka Putera menyampaikan bantuan MAIJ dan JKM kepada penerima-penerima bantuan
Program DYMM Raja Zarith Sofiah
- Keberangkatan DYMM Raja Zarith Sofiah dan YAM Tunku Tun Aminah ke PDK Yaqeen Paloh (disambut dengan persembahan jambangan bunga kepada DYMM Raja Zarith Sofiah)
- DYMM Raja Zarith Sofiah melawat pameran terdiri daripada 8 buah pameran daripada PDK
- DYMM Raja Zarith Sofiah menyampaikan sumbangan kepada 20 penerima
- DYMM Raja Zarith Sofiah menyaksikan persembahan daripada KEMAS
- DYMM Raja Zarith Sofiah berangkat ke Padang MPK Paloh untuk majlis santapan ringan
Program YAM Paduka Putera-Putera
- YAM Paduka Putera – putera menyertai sukan rakyat berupa sukan sorong rim
- DYMM Sultan Johor berangkat ke khemah santapan
- Majlis santapan diiringi persembahan
- Sembah ucapan oleh Pegawai Daerah Kluang
- Cabutan bertuah 3 kaum disempurnakan oleh DYMM Sultan Johor
- DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ berangkat ke Seri Lambak
1700 :
PROGRAM DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR DI KOMPLEKS SUKAN, PERBADANAN STADIUM KLUANG
- Keberangkatan tiba DYAM Tunku Mahkota Johor ke Kompleks Sukan, Perbadanan Stadium Johor, Kluang dari Hotel Prime City, Kluang
- DYAM Tunku Mahkota Johor menyaksikan perlawanan bola sepak antara pasukan JDT menentang pasukan
1745 :
SERI LAMBAK, KLUANG (BERMALAM)
2045 – 2145 :
MAJLIS TAZKIRAH DYMM RAJA ZARITH SOFIAH DI DEWAN JUBLI INTAN KLUANG
- Keberangkatan tiba DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah ke Majlis Tazkirah bersama-sama penduduk kampung
- Bacaan doa
- Tazkirah oleh YB Dato’ Haji Nooh Bin Gadot
- Keberangkatan balik DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah
Yayasan Warisan Johor akan wujudkan program Satu Daerah Satu Muzium
NUSAJAYA 22 Ogos - Yayasan Warisan Johor (YWJ) akan mewujudkan program Satu Daerah Satu Muzium sebagai usaha memelihara budaya negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Zulkurnain Kamisan berkata, menerusi program itu sebanyak tiga muzium baharu akan dibina merangkumi Memorial Dato' Usman Awang di Kota Tinggi, Muzium Pagoh dan Muzium Diraja Maharani dengan kos keseluruhan sebanyak RM23.3 juta.
Beliau berkata, pembinaan Memorial Dato' Usman Awang dijangka siap pada 2016 manakala dua lagi muzium itu masih di peringkat mendapatkan kelulusan serta pengumpulan maklumat.
Menurutnya, hingga kini YWJ memiliki empat buah muzium iaitu Muzium Tokoh dan Galeri Seni di Johor Bahru, Muzium Kota Tinggi serta Galeri Dato' Onn di Batu Pahat.
"YWJ secara aktif mula mengumpulkan senarai bangunan bersejarah di negeri ini dengan kerjasama pelbagai agensi berkaitan dan sejumlah 208 bangunan bersejarah direkodkan.
"Pihak yayasan amat menghargai sebarang cadangan untuk pemeliharaan, pemuliharaan dan pemugaran peninggalan kesan sejarah. Setiap cadangan yang diterima akan dimasukkan ke dalam perancangan projek bagi tahun 2014-2019," katanya semasa menggulung perbahasan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kota Iskandar, di sini hari ini.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM30 juta di bawah Pelan Permulaan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) bagi melaksana projek Waterfront The Tebing Sungai Mall, Parcel 1 di Sungai Tanjung Emas, Muar.
Beliau berkata, projek tersebut dijadualkan bermula tahun depan dan meliputi kajian, reka bentuk terperinci, penstabilan tebing, pembinaan dan pengindahan tebing sungai.
"Kelulusan peruntukan ini diperoleh hasil kerja kuat dan permohonan yang dilakukan pemimpin Barisan Nasional (BN) tempatan," katanya.
Beliau menambah, kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM5 juta bagi kerja-kerja pengawalan hakisan di pantai Senggarang, Batu Pahat.
Jumaat, 23 Ogos 2013
Jersi Pink JDT
UNTUK PESANAN
Harga : RM 69.90
Pos : RM10.00
Saiz - S ~ XXL
Untuk pesanan sila kirimkan maklumat lengkap ke,
Email : johordarultakzimjdt@gmail.com
Kod baju :
Nama :
Alamat :
No Tel :
Saiz :
Qty :
# Setelah maklumat pesanan di hantar, kami akan hantaran maklumat pembayaran.
Kos RM3.8 juta atasi sesak
Pembinaan jambatan tersebut sekaligus menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya yang sering kali dihadapi penduduk.
Adun Mahkota, Md Jais Sarday berkata, perancangan untuk membina jambatan itu telah dijalankan sejak kempen PRU13 dan projek berkenaan telah ditenderkan Julai lalu dengan kos RM3.8 juta.
“Projek yang bakal dilaksanakan itu akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri bagi membantu penduduk di daerah ini yang sering kali menghadapi masalah kesesakan terutama pada waktu kemuncak.
“Masalah kesesakan di jalan Yap Tau Sah sudah lama berlaku selama ini disebabkan keadaan jambatan sedia ada yang sempit dan hanya mempunyai dua lorong selain berhampiran dengan simpang empat serta lampu isyarat.
“Projek pembinaan jambatan ini dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan tahun hadapan dan ianya merupakan salah satu janji yang telah berjaya ditunaikan oleh kerajaan BN kepada masyarakat Kluang,” katanya.
Md Jais yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri berkata, pembinaan akan dilakukan secara berperingkat.
Dalam perkembangan lain, Md Jais mengakui terdapat kelewatan dalam pembinaan empangan Kahang, bagaimanapun optimis projek tersebut akan dijalankan selewat-lewatnya hujung tahun ini dan dijangka siap pada akhir tahun depan.
“Projek pembinaan empangan Kahang sudah lama dirancang, tetapi disebabkan beberapa perkara yang timbul ianya menyebabkan kelewatan dan kerajaan negeri amat mengambil serius tentang permasalahan tersebut.
“Bagaimanapun, masalah telah selesai dan projek bakal dijalankan malah, isu air di Kluang juga dapat diselesaikan dengan segera dengan adanya empangan berkenaan,” katanya.
Sinar
TMJ Akan Lakukan Perubahan Struktur Untuk Mantapkan Lagi JDT
Katanya, jurulatih baharu JDT, Cesar Ferrando Jimenez akan membantunya di dalam “membersihkan” JDT daripada masalah-masalah yang dihadapinya dan seterusnya membawa pasukan ke tahap yang tinggi pada musim depan.
“Kita perlu menyelesaikan banyak masalah dalam pasukan. Saya telah belajar daripada kesilapan tahun ini dan tidak akan mengulanginya lagi.’”
“Saya memberi jaminan pasukan JDT akan memberikan lebih banyak impak padasaingan tahun depan,” katanya pada sidang media untuk memperkenalkan Jimenez danpenyerang baharu JDT musim depan, Braulio Nobrega Rodriguez di Stadium Larkin,pada Rabu.
Tunku Mahkota Johor berkata perubahan yang akan diperkenalkannya itu tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pasukan di negara ini sebelum ini, bertujuan memajukan lagi sukan bola sepak negara.
Jimenez merupakan jurulatih yang berpengalaman dan pernah melatih pasukanutama di dalam La Liga Sepanyol termasuk Atletico Madrid, Valencia, Salamancadan Albacete.
Sementara itu, Rodriguez juga pernah beraksi dengan pasukan-pasukan seperti Atletico Madrid, Real Zaragoza dan Hercules di dalam La Liga Sepanyol serta mewakili skuad bawah 20 tahun negara ini tidak lama dahulu.
Pemain berusia 27 tahun itu akan digandingkan dengan bekas pemain kebangsaanArgentina dan kelab Benfica di Portugal, Pablo Aimar, bagi memantapkan lagijentera serangan JDT musim depan.
Menurut Tunku Mahkota Johor, Jimenez akan membawa sama jurulatih taktikal,Andres Tebar yang akan bertindak sebagai pembantunya terutama di dalam perkara berkaitan taktikal serta kecergasan.
Walaupun hanya akan menyertai JDT musim depan, tetapi kedua-dua mereka kataTunku Mahkota Johor, akan berada di Johor bagi membiasakan diri dengan cuacadann keadaan persekitaran.
“Rodriguez akan memulakan latihan dengan JDT, manakala Jimenez akan mengkaji secara keseluruhan tentang pasukan dan memberi cadangan-cadangannya. Beliau bagaimanapun tidak akan ‘kacau’ pasukan JDT sedia ada,” katanya.
Ditanya tentang Aimar pula, beliau berkata, bekas pemain Argentina itu pada ketika ini sedang menyelesaikan pemeriksaan kesihatannya dan akan ke Johor tidak lama lagi untuk menyertai JDT.
Tunku Mahkota Johor juga meminta penyokong Harimau Selatan supaya bersabar berikutan prestasi tidak menentu JDT musim ini dengan berkata, pembangunan sesebuah pasukan mengambil masa dan kejayaan tidak berlaku dengan pantas.
Bagaimanapun katanya, pencapaian JDT musim ini dengan menduduki tempat ketiga di dalam Liga Super dan kejayaan memasuki final Piala FA membuktikan peningkatan prestasinya berbanding tahun-tahun sebelum ini.
Mengenai isu bekas jurulatih JDT Fandi Ahmad pula, beliau berkata, lagendabola sepak Singapura itu meletakkan jawatan selepas berjaya membawa JDT ke suatutahap yang membanggakan musim ini.
“Beliau (Fandi) bukan gagal. Kami amat menghargai sumbangannya kepada bola sepak Johor,” kata Tunku Mahkota Johor.
-BERNAMA
Khamis, 22 Ogos 2013
Logo Kembara Mahkota Johor
Logo
37 MAUT, 16 CEDERA
- Bas terhumban dalam gaung di Jalan Genting Highlands
- Mangsa terperosok, bertindih di bahagian depan bas
- Nahas terburuk babitkan bas dalam sejarah negara
Seramai 16 penumpang cedera, kebanyakannya parah dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur, Hospital Selayang, Hospital Sungai Buluh dan Hospital Bentong.
Tragedi itu adalah kemalangan jalan raya terburuk dengan jumlah mangsa paling banyak terkorban di negara ini.
Dalam kejadian jam 2.22 petang itu, bas syarikat Genting Transport yang dalam perjalanan membawa penumpang ke stesen Hentian Pekeliling di ibu negara, dilaporkan gagal dikawal ketika menuruni bukit di laluan sehala, lalu terbabas dan terhumban ke gaung sedalam 67 meter.
Selepas terhumban, bas tersangkut pada pokok, manakala ada penumpang yang tercampak keluar dan ditemui di celah pokok.
Menurut seorang penumpang yang cedera, Nur Fathia Jaafar, 21, bas dipandu melebihi had laju sebelum merempuh penghadang jalan dan berpusing dan terhumban ke dalam gaung.
Rempuh penghadang jalan
Penolong Ketua Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Soimon Jahid, mengesahkan bas merempuh penghadang jalan sebelum terhumban.
“Berdasarkan siasatan di lokasi, sebahagian besar penumpang tercampak keluar, manakala sebahagian lagi ditemui terperangkap dan tersepit dalam bas.
“Pasukan penyelamat dari Balai Bomba Genting yang tiba di lokasi pada jam 2.30 petang mengesan sebahagian penumpang yang masih hidup di kawasan kejadian sebelum memulakan operasi menyelamat membawa mangsa naik ke jalan raya," katanya ketika di temui di lokasi kejadian malam tadi.
Hanya 49 tiket dijual
Katanya, hasil perancangan teliti semua agensi keselamatan yang terbabit, operasi menyelamat digerakkan sebelum 16 mangsa yang hidup dapat dibawa naik dan dihantar ke hospital.
“Sehingga jam 8 malam, pasukan penyelamat menemui 37 mayat. Kita belum dapat mengesan jumlah sebenar penumpang kerana hanya 49 tiket disahkan dijual untuk perjalanan berkenaan," katanya.
Operasi menyelamat dan membawa keluar semua mayat dilakukan lebih 450 pegawai dan anggota Bomba, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Rela dan kakitangan Genting Highlands Resort (GHR).
Turut meninjau operasi menyelamat adalah Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah; Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Ahli Parlimen Bentong, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
SUMBER - Bharian
'Johor DT angkat bendera'
Saya akui silap ketika bentuk skuad kempen Liga M: TMJ
Johor Bahru: Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak meletakkan sebarang harapan terhadap skuad Johor Darul Takzim (DT) dalam saingan Piala Malaysia, musim ini.
“Saya akui silap ketika membentuk skuad Johor DT mengharungi kempen Liga Malaysia (Liga M) musim ini. Saya berjanji untuk melakukan perubahan struktur bagi memantapkan skuad itu menghadapi saingan Liga Super musim depan.
Selasa, 20 Ogos 2013
‘Ini keputusan saya’
“Pintu sentiasa terbuka buat Fandi kembali menyertai PBNJ dan pengurusan persatuan negeri tetap menganggap beliau sebagai sebahagian daripada keluarga kami, malah akan menyokong dalam apa jua yang beliau ceburi pada masa akan datang.
“Berita ini amat mendukacitakan buat PBNJ dan seluruh penyokong Johor DT, namun kami tetap mendoakan yang terbaik buat beliau yang sudah banyak menabur bakti kepada pembangunan bola sepak Johor,” menurut kenyataan PBNJ itu.
Fandi mula menjejak kaki dalam kancah Liga Malaysia (Liga M) musim lalu ketika membimbing Johor dalam saingan Liga Perdana dan kemudiannya dinaikkan pangkat musim mengendalikan skuad Harimau Selatan pada saingan Liga Super.
Kelibat legenda bola sepak Singapura itu berjaya membentuk barisan mantap dan selepas hanya enam bulan, Johor DT layak ke final Piala FA sebelum tewas 0-1 kepada Kelantan di Stadium Bukit Jalil, 29 Jun lalu.
Menyedari betapa perubahan harus dilakukan bagi memulihkan prestasi Johor DT, pengurusan PBNJ melakukan rombakan drastik apabila melantik Azmi Mohamad memegang jawatan ketua jurulatih mengambil alih tugas Fandi yang dilantik sebagai pengurus pasukan sebelum saingan Piala Malaysia bermula dan jawatan itu akan di ambil alih Cesar Ferrando Giminez bermula Liga M musim depan.
Fandi dalam kenyataan yang ditandatangani beliau sendiri menyatakan sudah membuat pertimbangan sewajarnya dan melepaskan jawatan pengurus pasukan.
“Bola sepak adalah hidup saya dan tidak boleh dipisahkan. Keputusan ini memang berat tapi demi karier saya sebagai jurulatih dan keluarga, saya terpaksa membuat keputusan ini.
“Saya berharap tiada pihak membuat sebarang spekulasi berhubung peletakan jawatan ini dan saya berterima kasih kepada Presiden PBNJ Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang sentiasa memberi sokongan ketika saya membimbing Johor DT. Ingin saya katakan keputusan ini dibuat menerusi persefahaman antara saya dan PBNJ,” kata Fandi.
Sumber
Ahad, 18 Ogos 2013
Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2013
Aturcara Hari Pertama
Berikut ialah jadual aturcara hari pertama.
24.8.2013 (Sabtu)
Aturcara Hari Kedua
25.08.2013 (AHAD)
Hari kedua Kembara Mahkota Johor kali ini bakal menyaksikan pelepasan DYMM Tuanku bersama Kru Kembara daripada Bangunan Sultan Abu Bakar , Muar menuju ke Bandar KluangAturcara Hari Ketiga
26.08.2013 (Isnin)
Hari ketiga penjelajahan Diraja ini akan dimulakan dari Kluang, dengan beberapa persinggahan di Kluang menuju ke beberapa destinasi di daerah Mersing dan diakhiri di Sebana Cove, Kota TinggiAturcara Hari Keempat
27.08.2013 (Selasa)
Bagi pengembaraan bertemu rakyat Kembara Mahkota Johor 2013 hari yang keempat, DYMM Tuanku dan kru KMJ akan melawat kampung-kampung di sekitar Kota Tinggi kemudian di Kulaijaya dan di Gelang Patah.SUMBER - kembaramahkota | |||||||||||||||||
Sabtu, 17 Ogos 2013
Pemilik pusat kecantikan dibunuh kejam
Dalam kejadian pukul 11.30 pagi itu, mangsa berusia 39 tahun ditikam sebanyak dua kali di bahagian perut. Mangsa turut dikelar empat kali di leher serta masing-masing satu di belakang badan dan pergelangan tangan kanan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Nusajaya, Deputi Supritendan Razak Md Said berkata, hasil siasatan awal percaya motif kejadian adalah samun kerana dua telefon bimbit, sebuah komputer riba dan sejumlah wang didapati hilang selepas kejadian. – UTUSAN
Sabtu, 27 Julai 2013
TRANSFORMASI JOHOR BAHRU
Transformasi Johor Bahru
Pusat Bandaraya Johor Bahru sedang mengalami era kerunduman dengan pembangunan terbengkalai serta kadar jenayah yang tinggi. Tujuan utama Transformasi Johor Bahru adalah untuk mengembalikan zaman kegemilangan bandaraya ini serta mengangkat reputasi Pusat Bandaraya Johor Bahru kepada bandaraya berkelas dunia yang berkebolehan dari segi aktiviti, kemudahan infrastruktur serta selesa dan selamat didiami. Transformasi Johor Bahru terletak di tengah Pusat Bandaraya Johor Bahru dan merangkumi keluasan sehingga 1500 ekar.Pusat Bandaraya Johor Bahru perlu melalui proses revetalisasi dan rejuvenasi bagi menjadikannya sebuah bandaraya yang berkembang, sekaligus dapat menarik aktiviti-aktiviti ekonomi tanpa mengabaikan nilai-nilai budaya dan warisan.3 fasa utama dalam Transformasi Johor Bahru:
1-Pemuliharaan dan pengaktifan semula Sungai Segget
2-Mengoptimasi bandaraya dengan menjadikan warisan dan budaya sebagai asset ekonomi.
3-Membaikpulih kawasan Pusat Bandaraya Johor Bahru untuk persekitaran yang sesuai didiami.
Dengan adanya program Transformasi Johor Bahru ini, ia akan membuka lebih banyak peluang ekonomi, meningkatkan penjagaan alam sekitar dan alam bina dan menambahbaik identiti dan komuniti penduduk Johor Bahru.
#jb
JDTns
Jumaat, 26 Julai 2013
MAJALAH HARIMAU SELATAN
Dikabarkan Majalah yang kedua akan di keluarkan pada minggu depan. Pasti banyak berita menarik di muatkan. Dapatkan segera.
JDTns
Jumaat, 19 April 2013
Karnival Azam Kerja 1Malaysia
Tarikh : 25/4/2013 ( Khamis )
Masa : 10.00pg - 6.00ptg
Tempat : Dataran Segamat
Aktiviti :-
1) Success story bersama Mejar Dr Faiz Khaleed
2) Temuduga Terbuka ( Lebih 30 majikan )
3) Klinik kerjaya
4) Aduan/ khidmat nasihat perburuhan
5) Pendaftaran online pencari kerja
6) Pameran agensi-agensi kerajaan
Semua di jemput hadir. Mohon kerjasama untuk share dan hebahkan kpd kwn2 anda.
JDTns
JDT susun strategi untuk balas dendam
Katanya, misi membalas dendam ekoran kekalahan 2-3 kepada pasukan bimbingan Dollah Salleh pada 8 Januari lepas semakin membara lebih-lebih lagi akan beraksi di halaman sendiri nanti.
“Saya akui barisan pemain penat selepas terpaksa bertarung dengan Selangor untuk menempah slot ke separuh akhir Piala FA. Apa pun saya bangga komitmen pemain yang tinggi mampu menjelmakan kemenangan buat JDT.
“Tapi, kita harus lupakan seketika detik gembira layak ke separuh akhir Piala FA dan kembali menumpu kepada kancah liga dalam usaha mengejar dan memintas pendahulu, Lions XII.
“Ini kerana, perlawanan menentang Pahang amat penting buat kami kerana tidak mahu keciciran mata dengan pendahulu liga, Lions XII dan Selangor. Peluang bermain di laman sendiri harus digunakan sepenuhnya meraih tiga mata penuh,” kata Fandi kepada Sinar Harian Online.
Mengakui bangga dengan komitmen pemain yang bertungkus-lumus layak ke separuh akhir Piala FA, Fandi bagaimanapun berharap momentum itu dapat dikekalkan bagi memastikan tiga mata tidak terlepas.
“Kalau aksi bertenaga seperti tempoh hari ditunjukkan, saya percaya peluang kami untuk mencatat kemenangan menjadi lebih mudah.
“Apa yang penting pemain harus bersedia mental dan fizikal dengan semangat juang yang begitu tinggi.,” jelas Fandi yang akan membuat rombakan pemain pada perlawanan itu nanti.
“Saya mungkin buat sedikit rombakan terutama di benteng pertahanan kerana mungkin Kamarul Afiq Kamaruddin diketepikan andai kecederaan belum pulih.
“Tapi saya ada pilihan sama ada menyenaraikan Muslim Ahmad bergandingan bersama Aidil Zaquan Abd Radzak,” ujarnya.
Pahang, Johor DT uji kemampuan
KUANTAN - Kunjungan skuad Tok Gajah ke Johor Bahru malam ini berdepan Johor Darul Takzim boleh dijadikan kayu pengukur untuk pertembungan separuh akhir Piala FA nanti.
Pengurus pasukan Pahang, Datuk Che Nasir Salleh berkata, semua pemain harus mempamerkan aksi terbaik untuk menang dalam perlawanan tersebut sebagai penyuntik semangat menjelang saingan separuh akhir Piala FA 2013.
Pahang layak ke separuh akhir Piala FA dengan agregat 2-0 setelah menumpaskan Sime Darby FC manakala JDT menewaskan Selangor menerusi penentuan sepakan penalti pada pusingan suku akhir.
"Kita sudah menang dengan JDT dalam perlawanan pembukaan Liga Super 2013 dengan jaringan 3-2 dan saya tidak mahu kemenangan tersebut melekakan para pemain kerana skuad Harimau Selatan semakin bertenaga dengan kehadiran dua pemain import baharu.
"Pada masa sama saya menaruh kepercayaan tinggi terhadap dua awang import baharu Pahang, Damion Delano Stewart dari Jamaica yang bermain di posisi pertahanan dan Matias Conti dari Argentina sebagai penyerang untuk memastikan kejayaan Pahang," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.
Menurutnya, perlawanan malam ini juga dijangka sengit apabila kedua-dua pasukan mempertaruhkan dua penyerang import dari Argentina.
"Kita ada Matias manakala Johor memiliki Leonel Jorge Nunez dan mereka mempamerkan aksi mantap apabila kedua-dua pemain tersebut menjaringkan dua gol dalam saingan Piala FA baru-baru ini," ujarnya.
Sementara itu, ketua pasukan, Jalaluddin Jaafar berkata, beliau mahu semua pemain bermain bersungguh-sungguh untuk mencipta kemenangan dalam perlawanan malam ini.
Katanya, kehadiran Delano dan Matias banyak membantu mengubah corak permainan skuad Tok Gajah terutama di bahagian serangan dan pertahanan.
© Utusan Melayu (M) Bhd
Ahad, 24 Februari 2013
Ben, Ruby tarikan baharu Zoo Johor
JOHOR BHARU 18 Feb. - Orang ramai berpeluang untuk melihat dan berjinak-jinak dengan 'anak buah' baharu Zoo Johor iaitu dua ekor anak harimau yang diberi nama Ben dan Ruby bermula Mei ini.
Pengasuh haiwan berkenaan, Mohd. Nazri Mansor berkata, kedua-dua haiwan comel itu baharu berusia sebulan dan memerlukan masa kira-kira tiga bulan untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling sebelum dipertontonkan kepada umum.
Menurutnya, anak harimau spesies Malayan Tiger itu dilahirkan pada pukul 5 pagi, 18 Januari lalu memerlukan penjagaan rapi serta perlu dilatih supaya mudah mesra dan tidak kekok berhadapan dengan orang ramai.
"Sekarang ini, Ruby (harimau betina) dilihat cukup aktif dan lasak berbanding Ben (harimau jantan) yang lebih pasif dan cuba membiasakan diri dengan keadaan sekeliling.
"Kedua-dua haiwan berkenaan kini di tempatkan dalam kurungan dan dijaga rapi oleh pengasuhnya sebelum dipamerkan kepada pengunjung," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Sementara itu, seorang lagi pengasuh haiwan berkenaan, Raja Zulkifli Raja Hassan berkata, kedua-dua anak harimau itu hanya minum susu setiap dua jam bagi menguatkan tulang dan membolehkan mereka bergerak aktif.
"Setiap dua jam, saya akan memastikan mereka minum susu untuk memastikan tumbesaran kerana pada umur sebegini mereka belum boleh makan daging," katanya.
JDT- utusan
Felda sedia 3,615 rumah untuk anak peneroka
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kesenian Kebudayaan dan Warisan negeri, Asiah Md. Ariff berkata, projek berkenaan merupakan sebahagian usaha kerajaan menyediakan penempatan untuk generasi kedua yang masih tiada rumah sendiri.
Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 413 pemohon adalah dari Felda Papan Timur, 320 pemohon dari Felda Bukit Aping Barat manakala Felda Tenggaroh 2 dan 5, masing-masing melibatkan 552 serta 584 permohonan.
Pemohon lain katanya, termasuk sebanyak 560 orang dari Felda Tunggal, Felda Air Tawar 3 (277), Felda Sungai Sibol (284), Felda Simpang Waha (240), Felda Air Tawar 4 (146) serta Felda Lok Heng Timur (240).
Kerajaan hanya menyediakan tanah namun kos pembinaan rumah yang hendak dibina ditanggung sendiri pemohon. Bagi membina rumah tersebut, pemohon boleh memilih sama ada membinanya sendiri atau menerusi kerjasama Syarikat Perumahan Negara Bhd. (SPNB)," katanya kepada pemberita di sini baru-baru ini.
Asiah berkata, projek sedemikian sebelum ini memberi manfaat kepada 2,418 orang generasi kedua Felda yang menyaksikan pemohon yang layak diberi notis 5A dan hak pemilikan tanah, malah ada yang sudah menetap di kediaman yang didirikan manakala selebihnya masih menanti kediaman mereka dibangunkan SPNB.
JDT- Utusan.
Rumah mampu milik diperbanyakkan
LEDANG 23 Feb. - Kerajaan merancang membina lebih banyak rumah mampu milik bagi membantu golongan berpendapatan rendah termasuk pekerja ladang memiliki rumah sendiri, sekali gus dapat menikmati kehidupan lebih selesa.
Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, kerajaan sedar ramai pekerja ladang yang terpaksa tinggal di kuarters atau rumah milik ladang ketika bekerja kerana ketiadaan rumah sendiri.
"Tetapi selepas bersara mereka terpaksa meninggalkan kuarters dan perlu mencari rumah lain yang lebih selesa bagi keluarga. Kerajaan prihatin dengan masalah ini," katanya pada Majlis Penyerahan Sijil Kelayakan Memiliki Projek Perumahan Terbengkalai Taman Sri Nilam di Tangkak semalam.
Yang turut Hadir Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Ahmad Zahari Jamil; Ahli Parlimen Ledang, Ir. Hamim Samuri; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tangkak, Goh Tee Tee; ADUN Gambir, M. Asojan dan Pegawai Daerah Ledang, Ab. Han Ramin.
Abdul Ghani berkata, terdapat beberapa skim perumahan untuk golongan berpendapatan rendah tetapi projek itu terbengkalai sehingga membebankan pembeli.
Beliau berkata, ramai pembeli membuat pinjaman bank untuk membeli rumah itu tetapi apabila projek tersebut terbengkalai, mereka terpaksa menanggung beban hutang dengan menjelaskan bayaran bulanan pinjaman dan pada masa sama tidak dapat memiliki rumah itu.
"Kerajaan sedar perkara itu dan mengambil keputusan untuk menyelesaikan masalah rumah terbengkalai di negeri ini dan salah satunya adalah di Taman Seri Nilam di sini," katanya.
Beliau berkata, Taman Seri Nilam mempunyai 180 unit rumah kos sederhana rendah yang dibina pada 2002, tetapi terbengkalai lebih 12 tahun lalu.
Menurutnya, kerajaan memberi peruntukan sebanyak RM6.2 juta untuk meneruskan semula projek itu yang dibangunkan pemaju swasta sehingga berjaya disiapkan empat bulan lebih awal daripada tempoh masa yang ditetapkan.
"Pemaju mengambil masa kira-kira lapan bulan untuk menyiapkan projek ini dengan kerjasama semua jabatan kerajaan di Ledang dan rumah ini selamat untuk diduduki.
"Hari ini kita dapat melihat wajah gembira pemilik rumah yang sudah menunggu lama untuk mendapatkan kunci rumah ini," katanya.
Sabtu, 16 Februari 2013
Skatepark Sentosa mula dibuka
JOHOR BAHRU 13 Feb. - Kira-kira 300 ahli Papan Selaju Johor (PSJ) teruja selepas penantian tiga tahun untuk mendapatkan sebuah gelanggang sukan lasak berakhir apabila Skatepark Sentosa yang dibina hasil sumbangan ahli menelan kos RM40,000 dibuka secara rasmi malam semalam.
Shahrir dalam ucapannya berkata, langkah proaktif yang dilakukan ahli PSJ itu jelas menunjukkan mereka mempunyai kebolehan dan keupayaan tinggi untuk melaksanakan sesuatu projek dengan baik.
"Yang penting kita selaku pemimpin dan masyarakat wajar memperkasakan golongan ini dengan memberikan sepenuh kepercayaan dan sokongan terhadap apa juga yang mereka lakukan.
"Hakikat itu terbukti apabila mereka berjaya membina gelanggang tersebut tanpa konsultan, arkitek dan tidak menggunakan khidmat kontraktor, sebaliknya dibina secara bergotong-royong dengan bertukar-tukar idea sesama mereka," katanya.
Beliau menyifatkan gelanggang sukan lasak tersebut setanding dengan gelanggang seumpamanya yang dibina secara profesional.
Shahrir berkata, kewujudan gelanggang sukan lasak itu juga dapat menghindari golongan tersebut daripada terjebak dalam masalah sosial dan sukan berkenaan mampu terus berkembang selari dengan perkembangan semasa.
Sementara itu, wakil ahli sukan berkenaan, Mohd. Amsyar Ghazali, 26, memberitahu, idea untuk membina gelanggang itu tercetus kerana mereka kerap 'diganggu' oleh pihak Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) apabila bermain di tempat awam.
Dia yang merupakan pelukis pelan di syarikat swasta berkata, pihaknya mengambil masa dua minggu untuk mengumpul idea dan akhirnya hasrat untuk membina gelanggang di tapak kekal menjadi kenyataan apabila MBJB dengan sokongan Shahrir memberikan sokongan padu.
"Sebagai tanda bersyukur kami akan gunakan kemudahan tersebut sebaik mungkin di samping berusaha menambah keahlian serta menyelenggara gelanggang itu dari semasa ke semasa," katanya.
JDTns
Festival layang-layang kali ini lebih unik
JOHOR BAHRU 15 Feb. - Terdapat beberapa kelainan dalam Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang kali ini, sekali gus menjadikan edisi ke-18 ini lebih unik kepada peminat layang-layang, pelayang dan orang ramai yang bakal hadir di Bukit Layang-layang, Pasir Gudang dekat sini.
Pengarah Jabatan Pelancongan negeri, Md. Zanal Misran berkata, antara kelainan dalam festival selama lima hari itu ialah memperkenalkan Pertandingan Layang-layang Peringkat Sekolah ASEAN dan Seminar Wau/Layang-layang Peringkat Sekolah Kebangsaan.Antara kelainan lain ialah penyertaan peserta antarabangsa daripada Satun Kite Festival di Thailand yang dianjurkan selang seminggu selepas Festival Layang-layang Sedunia Pasir Gudang.
Beberapa negara baharu iaitu Zambia, Colombia dan Bhutan juga sudah mengesahkan penyertaan manakala Rusia, Turki dan Ukraine dijangka turut serta," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Festival Layang-layang Sedunia Pasir Gudang merupakan anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Jabatan Pelancongan negeri dan Persatuan Pelayang Malaysia.
Festival ini bermula dari 20 hingga 24 Februari ini di Bukit Layang-layang, Pasir Gudang.
Acara ini dijangka mendapat sambutan daripada 1,000 pelayang dari 25 negara dengan 100,000 pengunjung dari dalam dan luar negara terutama Indonesia dan Singapura.
Menurut Md. Zanal, pendekatan menarik yang lain ialah memperkenalkan Pertandingan Layang-layang Ciptaan Peringkat Sekolah dan Terbuka dengan peserta dikehendaki memakai pakaian tradisional.
Selain itu, Pertandingan Wau Merak Besar yang bersaiz lebih sembilan kaki dijangka mendapat perhatian ramai, begitu juga Pertandingan Layang-layang Malam. Festival kali ini turut menyaksikan pelajar Politeknik Ibrahim Sultan bersama dengan ahli jawatankuasa turut serta," katanya lagi.
Ahad, 10 Februari 2013
Burung hijrah di Sungai Skudai
JOHOR BAHRU - Anda ingin menyaksikan telatah pelbagai jenis unggas yang berterbangan bebas dan gagah di kawasan habitat asalnya?
Jika itu yang diidamkan, lokasinya hanya terletak kira-kira 10 kilometer dari bandar raya ini. Anda boleh menyaksikan helang, bangau, undan, kelicap, merpati, siku lidi, itik air, punai dan puluhan lagi jenis unggas berterbangan bebas di sepanjang Sungai Skudai mengunjur ke Kampung Laut, Sungai Melayu hingga ke Teluk Danga.
Kehadiran burung hijrah ini disedari kira-kira lapan tahun lalu oleh petugas Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) yang menjalankan kerja-kerja pembersihan Sungai Skudai ketika itu.
Walaupun pada peringkat awal hanya kumpulan kecil unggas itu sahaja yang kelihatan, namun dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini, kehadiran burung-burung tersebut semakin bertambah sekali gus menunjukkan lokasi tersebut sesuai sebagai tempat pembiakannya.
Antara tarikan burung hijrah itu kerana kawasan di situ kaya dengan cacing laut, pelbagai jenis ikan, kerang-kerangan dan rumpai laut yang merupakan sumber utama makanan unggas terbabit.
Kini kehadiran kumpulan burung hijrah itu menjadi salah satu tumpuan orang ramai dan secara tidak langsung merupakan produk pelancongan baharu bagi penduduk Kampung Sungai Melayu selain daripada perusahaan membuat belacan, ternakan kupang dan nelayan tradisional.
Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kampung Sungai Melayu, Hamidon Ahmad berkata, keadaan sungai yang tercemar suatu ketika dahulu kini bertambah baik apabila kerajaan menggunakan teknologi mikro organisma berkesan (EM) ke Sungai Skudai untuk membersihkannya sehingga meningkatkan pembiakan pelbagai spesies marin.
"Turut mencuri perhatian pengunjung jika bernasib baik boleh menyaksikan burung helang yang jinak hinggap di tapak tangan bapa angkatnya, Mohd. Seh Salim, 53, untuk menyambar ikan, ketam atau apa juga makanan laut mentah," katanya yang menemani wartawan dan jurugambar Utusan Malaysia menyaksikan kumpulan burung itu baru-baru ini.
Beliau yang juga Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Johor Selatan berkata, kehadiran pelbagai jenis burung itu sedikit sebanyak menambah sumber pendapatan penduduk yang selama ini bergantung hidup daripada hasil tangkapan sebagai nelayan, perniagaan secara kecil-kecil dan makan gaji.
Hamidon memberitahu, waktu yang paling sesuai untuk melihat burung hijrah mencari makanan adalah ketika air surut, lazimnya antara pukul 5 petang hingga 7 malam.
"Bagi kemudahan para pelancong, kita sediakan perkhidmatan bot yang menyusur sungai berkenaan pada kos yang amat berpatutan dan berbaloi.
"Perkhidmatan ini disediakan oleh Koperasi Penduduk Kampung Sungai Melayu (KPKSM) yang beroperasi sejak Disember lalu dan mendapat sokongan daripada Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA).
"Pada mulanya kami tidak menyangka aktiviti ini mendapat sambutan menggalakkan, tetapi kini ramai pengunjung yang datang terutamanya pada musim cuti sekolah dan cuti umum," katanya.
Hamidon berkata, demi keselesaan pengunjung, pihaknya turut menyediakan pakej makanan dengan menu berasaskan makanan laut seperti ikan siakap bakar, asam pedas ikan sembilang, kupang goreng, udang goreng dan sambal belacan istimewa.
Orang ramai yang ingin mendapatkan keterangan lanjut atau membuat tempahan boleh menghubunginya di talian 013-7490280 atau 016- 950707 (Pandak Ahmad).
JDTns © Utusan Melayu
Sabtu, 9 Februari 2013
HARIMAU SELATAN HAND BANNER
# Untuk letak di cermin kereta atau pun untuk buat sorak boleh juga jadi perhiasan di dinding rumah
Harga RM 30.00 Sahaja.
Siap penghantaran seluruh negeri.
SIZE : Length 24cm x Wide 70cm
Dual Function : For Cheering And Can Place On Car Wide Screen
Untuk Tempahan sila Email : johordarultakzimjdt@gmail.com
Nama :
Alamat :
No Tel :
Qty :
# Sila letak tajuk Banner Harimau Selatan.
# Tunggu reply dari kami untuk buat pembayaran.
Jumaat, 1 Februari 2013
JERSI JOHOR FA 2013(AWAY)
OPEN TAKE ODER! 1/2/2013 - 3/2/13.
JERSI JOHOR FA 2013(AWAY)
PLAYER ISSUE Complete Patch & Sponsor
HARGA : RM89.90
Kos Courier : +RM10.00 ( tidak lebih 2 helai ) lebih 2 helai tambah RM5 pada setiap helai.
Saiz Available Now : S,XL
Stok sangat TERHAD
# untuk oder sila hantar maklumat :
- Nama,
- Alamat,
- No telefon,
SILA LETAK PESANAN JERSI JFA AWAY ke
johordarultakzimjdt@gmail.com
# Tunggu reply dari kami.
- Sertakan Bukti pembayaran ke email,
Selasa, 29 Januari 2013
Lebih RM1 bilion untuk atasi masalah banjir Muar
MUAR - Kerajaan memperuntukkan lebih RM1 bilion untuk melaksanakan tiga fasa pembinaan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Lembangan Sungai Muar bagi mengatasi masalah banjir di daerah ini.Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Douglas Uggah Embas berkata, apabila keseluruhan pembinaan RTB yang meliputi daerah Segamat, Muar, Ledang dan Pagoh itu siap kelak, ia dijangka mampu melindungi 123.2 km persegi kawasan yang dihuni 12,500 orang daripada ancaman banjir.
"Untuk RTB lembangan Sungai Muar Fasa II, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM225 juta yang mana kerja-kerja pembinaannya dijangka dimulakan tidak lama lagi dan siap menjelang tahun 2015."Apabila projek ini siap kelak, ia akan dapat mengurangkan 43 peratus kawasan yang mengalami kesan banjir di daerah Muar dan Ledang," katanya selepas mengadakan lawatan kerja sehari di sini, hari ini.
Menurutnya antara kawasan di daerah berkenaan yang akan menerima faedah ialah Lenga, Gombang, Liang Batu, Pagoh, Panchor, Tanjung Olak, Jorak, Kundang Ulu, Gersik, Belemang, Bukit Gambir dan Sungai Mati.Katanya, skop pelaksanaan projek RTB Lembangan Sungai Muar Fasa II ini meliputi pembinaan Pintasan Banjir di Tanjung Olak, menaik taraf Sungai Pagoh dan saliran di kawasan Pagoh, pengagihan utiliti dan pengambilalihan tanah.
"Sebagai permulaan untuk projek fasa dua ini, kita akan peruntukkan dahulu RM30 juta untuk Pagoh, disusuli RM100 juta untuk tahun depan dan RM95 juta lagi akan menyusul pada 2015."Dengan siapnya projek ini nanti maka masalah banjir yang sering berlaku sebelum ini akan dapat dikurangkan mengikut tahap yang bersesuaian dan semestinya projek Hab Pendidikan yang sedang dibangunkan di Pagoh akan mendapat manfaaf daripada projek ini," katanya.
Sebelum ini, kerajaan telahpun melaksanakan RTB Lembangan Sungai Muar Fasa I bermula pada tahun 2011 dengan melibatkan kos RM344 juta.Ia melibatkan kerja-kerja reka bentuk, kerja ukur, pengambilan tanah dan menaik taraf sebahgian Sungai Genuang dengan kos RM60 juta, kerja-kerja menaik taraf Sungai Chodan dan Sungai Segamat, menaik taraf jambatan serta membina lencongan Sungai Genuang-Sungai Segamat dengan kos RM231 juta.
Selain itu, RM53 juta juga diperuntukkan untuk membina benteng dan menaik taraf Sungai Gemas, selain membina lima buah kolam takungan banjir dan struktur kawalan air serta membekal dan memasang pam.Sementara itu, bagi melengkapkan penyelesaian bagi masalah banjir di Lembangan Sungai Muar, beliau berkata Kementerian Sumber Manusia dijangka melaksanakan fasa ketiga projek berkenaan yang dianggar menelan belanja RM480 juta. - Bernama
JDTns
Sultan Johor selar pihak tertentu tuduh polis tidak boleh dipercayai
JOHOR BAHRU - Sultan Ibrahim Sultan Iskandar membidas tindakan sesetengah pihak yang menuduh Polis Diraja Malaysia sebagai sudah tidak boleh dipercayai.
Titah baginda tuduhan yang dilemparkan itu tidak masuk akal dan sangat melampau.
"Tindakan itu hanya akan dilakukan penjenayah yang bersalah sahaja dengan memutar belit fakta selain menyalahkan undang-undang bagi mengelak diri mereka daripada dihukum," titah baginda semasa mencemar duli merasmikan Ibu Pejabat Polis Daerah Kulaijaya, di sini hari ini.
Lebih buruk lagi titah baginda, ada penjenayah meninggalkan negara kerana takut berhadapan dengan tindakan undang-undang dan kemudian membuat tohmahan yang memburukkan negara sendiri.
"Manusia berlidah biawak seperti ini adalah pengkhianat kepada negara. Jika mereka berkata benar, buktikanlah kebenarannya dan jangan terus menjadi pengecut, ibarat melontar batu sembunyi tangan," titah baginda.
Turut berangkat isteri baginda Tuanku Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Idris dan Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar.Hadir sama Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff dan Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman.
Titah Sultan Ibrahim, Malaysia adalah negara berdaulat dan mempunyai undang-undang yang digubal rapi serta semua tindakan yang diambil pihak berkuasa mengikut peruntukan yang ditetapkan.
Baginda bertitah setiap anggota polis sudah menjalani latihan dan dilengkapi dengan ilmu pengetahuan untuk menguatkuasakan segala undang-undang.Sultan Ibrahim turut memuji polis Johor yang berjaya meningkatkan tahap keselamatan di negeri itu dan sentiasa memberi pertimbangan kepada sensitiviti masyarakat serta kepentingan ekonomi. - Bernama
JDTns- Daulat Tuanku
Isnin, 28 Januari 2013
Iskandar Malaysia jadi pusat seni dan budaya
JOHOR BAHRU: Iskandar Malaysia akan muncul sebagai pusat kebudayaan dan kesenian sejajar dengan kekayaan warisan yang terdapat dalam masyarakat berbilang kaum di negeri ini.
Menteri Besar Johor, Dato’ Abdul Ghani Othman, berkata Kerajaan Negeri melalui Yayasan Warisan Johor (YWJ)berhasrat mewujudkan satu persekitaran di Iskandar Malaysia bagi mengembangkan seni dan budaya.
“Peranan YWJ bukan sahaja untuk menjadi pusat seni awam, tetapi juga untuk menjadi saluran yang memupuk dan menggalakkan rasa cinta terhadap sejarah seni, dan budaya.
“Melalui YWJ, Kerajaan Negeri berhasrat untuk mewujudkan persekitaran bagi membolehkan bakat tempatan boleh berkembang maju, merangsang industri seni yang menarik dan meriah, serta menyediakan saluran antarabangsa bagi karya seni tempatan,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Pameran Lukisan Antarabangsa LINK di bangunan Muzium Tokoh di sini semalam.
Pameran yang berlangsung dan berakhir 28 Februari itu mempamerkan karya-karya daripada empat pelukis terkenal antarabangsa, iaitu Yusof Ghani, Masaaki Shibata, Widodo Soerno dan Gerard Van Den Oetelaar.
JDTns- medkom.my
DITAJA OLEH
IKLAN BERBAYAR
Kepada yang berminat untuk mengiklankan perniagaan dan Individu sila hantarkan pemohonan ke email :
johordarultakzimjdt@gmail.com